Selamat Datang

Tirai hidup telah terdampar disini setelah menjadi mangsa PERMAINAN IT….. tetapi semua terkawal setelah pertubuhan blogger-blogger bersatu turun padang melerai mereka !

AKSI ANAK DIDIK LAWA -JUARA NYANYIAN DAN GERAKAN DAERAH KULIM KEDAH 2008

ANAK ANAK DIDIKKU YANG COMEL,AKTIF,BIJAK,CERIA DAN BERBAKAT!
LISA SAHAJA YG TIDAK HADIR HARI INI GARA GARA ‘MAJUK’ SEBIJIK CIKGUNYA UUWWAAA!
AKIBAT HADIAH(Juara daerah Kulim)KU SIMPAN UNTUK DIBERI SEMASA ‘ASSEMBLY’NANTI!
Catatan: Selepas ini mereka akan berentap sekali lagi diperingkat negeri di SK Jeniang Sik Kedah.Semoga berjaya ke peringkat kebangsaan di Kuantan Pahang nanti!

LISA MAJUK KONON CIKGU TAK BERI HADIAH…..Lisaaa!!!maafkan cikgu sayang!Cikgu simpan hadiah tu …memang cikgu nak berikan pada lisa sayang!!!

Love is Chenta-Frust Sikit Tak Per


Bayangkan kalau minah ni duduk atas mamat ni???mau patah pinggang huhu…


Mungkin Dia nak beri kita “gergasi” huhu..beginilah dikatakan “Chenta Buta”kan??Kan??
Jika dia adalah untuk kita walau di mana kita berada,
kita tetap ditemukan jua,
kerana jodoh dan pertemuan di tangan
Illahi..Percayalah!!!

“Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”

Everyday We Go To School By Tractor -Tiada Rotan Akarpun Berguna…kan??

Penulis dah pernah saksikan banyak kemalangan maut di sini!
Pengalaman membantu mangsa dan membisikkan kalimah syahadah paling tidak ku lupakan..mengalir air mataku ketika membacakan syahadah di telinga mangsa kemalangan!Sedih bah!
Sedih teramat seolah aku megiringi pemergian seseorang ke alam barzakh…

Kelihatan pekerja estet Ladang Bukit Selarong menurunkan murid-murid SJK Tamil yang juga turut sama menaiki ‘tractor’bersama murid-murid SK Bukit Selarong.

Beginilah senario yang dapat dilihat oleh kami guru-guru di kawasan estet di sini.Mungkinkah senario begini dapat dilihat di seluruh sekolah di kawasan estet di seluruh Malaysia???

Maknanya…keselamatan mereka ini terjamin kerana mereka tidak lagi melintas jalanraya yang begitu tenat laluannya di waktu pagi setiap hari!
Alhamdulillah syukur kerana inisiatif pihak ladang menyediakan ‘tractor’ini demi keselamatan murid!
Lampu trafik berhampiran sekolah ini memang terkenal kerana telah meragut banyak nyawa!!

Apa daya mereka dilahirkan dan dibesarkan di kawasan estet mahu tak mahu terpaksa melalui pengalaman ini setiap hari!
Kalau di tanya mereka,….mereka dengan bangga berkata,’Kami balik naik tractor cikgu!”Kami datangpun naik tractor cikgu”Seronok tau cikgu!’

Rahsia Lahir Bulan April

APRIL

* sangat aktif dan dinamik
* cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
* sangat menarik dan pandai manjakan diri
* punya daya mental yang sangat kuat
* suka dapat perhatian
* sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
* sangat berani dan tiada perasaan takut
* suka adventure, pengasih,penyayang, sopan santun dan pemurah
* emosi cepat terusik jika tidak terkawal
* Berkecenderungan bersifat dendam
* agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
* kuat daya ingatan
* gerak hati yang sangat kuat
* pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
* berpenyakit di sekitar kepala dan dada
* sangat cemburu dan terlalu cemburu

AKU LAHIR BULAN NI? DIA????

TERIMA KASIH BLOGGERS TAWAU!


*INILAH SATU PENGHARGAANKU BUAT PARA BLOGGERS TAWAU KERANA INISIATIF MEREKA MEMBANTU DALAM
KEMPEN DANA SURAU SKBS. (Kredit gambar puadede.com-klik follow link)

Praskbs Juara Nyanyian Dan Gerakan Daerah Kulim Pada
16 Julai 2008



Saat ini kami sibuk sekali kerana mereka ni giliran pertama muncul di pentas!


Murid yang akan naik pentas…tetapi cikgunya yang hampir pingsan…harap menang lagi kali ini!!