Jom selak tirai tengok lawa buat apa 3 hari lepas tanpa ‘tenet’!!!


Origami baju..yang ini budak budak suka buat.


Antara origami yang dapat dihasilkan oleh peserta.

Hari ini 7 hb.Disember 2007 Mimi menemani aku ke SK Hi Tech Kulim kerana aku ditugaskan memberi ceramah mengenai Pendidikan Seni Visual untuk peserta terdiri dari guru-guru dan pengusaha dan bakal pengusaha tadika swasta Daerah Kulim Bandar Baharu.Sememangnya aku sebagai jurulatih prasekolah negeri dan daerah sejak dulu lagi sering berikan kursus seumpama ini!Sejak sehari sebelum ini aku telah mula membuat persiapan berupa ‘slide’ power point’ Pendidikan Seni Visual.Slide ini sebahagian isinya diberi oleh Wan melalui emelnya kepadaku.Wan seorang tutor OUM Sabah yang telah bermurah hati mengirimkan ‘slide yang ku perlukan itu.Pada mulanya aku begitu berminat dengan Corak Pualaman.Aku dah cuba menghubungi Johar juga tutor OUM tetapi Johar ternyata ‘busy’ tengah beri taklimat Pengawas SPM di sekolahnya.So aku batalkan niat nak buat corak pualaman tu….lain kali ajer la buat demo pualaman!!

Pagi tu aku terpaksa memandu sejauh 20 kilometer ke tempat ceramah itu.Aku bergegas juga kerana tidak mahu ‘Pak Wan ‘bekas Penyelia PPD Kulim itu datang terlebih dahulu dari aku.Ahh ‘anggapanku meleset kerana Pak Wan telah sedia menungguku.Nasib baik peserta belum datang ramai masa tu cuma baru lima orang.

mimi tiru gaya mama dia!Tapi dia memang skema tak mcm mamanya!!Posing jer..
Aku bergegas dengan Mimi dan dibantu oleh seorang peserta dan ‘guard’ mengangkat barang-barang .Nak tahu apa barang yang aku bawa..???Sudah semestinya ‘woofer’,laptop kertas warna dan contoh-contoh origami.Berbekalkan itu semua aku akan muncul sebagai seorang penceramah hari ni!Dalam otakku sudah ada beberapa selingan ‘games’teater yang ku perolehi dari hasil mengikuti kelas kelas teater di bawah Aminah Rafoor dan aktivis teater Mr Yusof(nama mat sallehnya ku lupa)dari England tu!

‘Game teater Lasida sida sida dasi sinorita papa mexcico’

Aku mula melangkah masuk dan setelah diriku di perkenalkan Pak Wan terus menyerahkan semua peserta itu untuk ku rebus dan goreng semahunya!!
Inilah saat yang ku rasa bebas sekali tanpa sesiapa mengawalku…masa yang ku rasa terlalu cemburu kerana bagiku biar diberi 3 haripun aku sanggup kendalikan kursus ini seorang diri!Seronok dan gembira bila bersama dengan peserta.Gaya ‘mesra pengguna’,mesra alamku amat disukai oleh peserta yang tak kering gusi kerana aku hidangkan mereka bukan sahaja ilmu psv&origami tetapi dengan ‘games’ yang mencuit hati dan senda loka yang kelakar hingga mereka yang mulanya malu kambing akhirnya jadi tak malu langsung!Yang aku herannya anak –anak dara yang berusia 20 an amat malu malu kambing hingga nampak pasif jika dibandingkan dengan mereka yang beruisa 40an dan 30an!Apa dah jadi ni???Remaja malu dalam majlis ilmu?Sedangkan perseta lain sangat aktif sampai layan request aku nakkan tarian India dan aku sama menari dengan peserta India tu….huh rasa macam Aznil Nawawi pulak kendalikan kursus kelmarin!!!!!Memang aku suka gaya Aznil Nawawi pojaan hatiku tu…hehehhe!!
Aku juga sempat menghidangkan peserta dengan aerobic poco poco!Sikit sikit poco –poco!!

Tepat 2.30 petang aku bergegas mahu pulang..tetapi teringat mimi belum solat zohor!Aku hentikan kereta di perkarangan Masjid Kulim dan Mimi segera bersolat!Anak dara aku tu tak pernah tinggal solat…syukur!Her mum sah sedang cuti cuti Malaysia jadi aku tinjau kawasan masjid Kulim tu yang kebetulan kawasan perkuburan agak dekat, jadi aku ambil kesempatan itu untuk ‘shoot’ beberapa keping gambar kawasan perkuburan!Seram juga aku sebenarnya di saat itu.Masa tu Budin sms aku bertanyakan kenapa ambil gambar kubur?Tak takut hantu posing ke?Ahhh…Budin tak habis habis dengan idea lucunya tu..nyampah!Aku tergelak bila baca mesej dia tu..dalam hati takut juga mana tahu tiba tiba nak jadi rezeki aku dapat lihat hantu posing di siang hari…dah le tu nanti hantu posing macam macam style jenuh aku..dibuatnya ada yang nak itot balik…jenuh x muat kereta!!!Budin kata orang lain ambil gambar cantik cantik tapi aku shoot gambar kubur?Sebenar dah banyak kali aku ambil gambar kubur dan pernah ambil gambar kubur Cina dan Kristian!hehehhe sah aku ni noty sangat! Aku pernah buat background kat desktop laptop aku…..hehhehehe!!!
Dan aku pernah terlintas idea kalau ada orang minta no fon aku nak kasi no fon kedai keranda dan batu nesan!!!Sahhhh!!!coppp!!!!Notinyaaaa aku!!!!Tapi aku belum pernah buat macam tu Cuma idea jer ada!!!hehehheheh…nakalnya!

Sebenarnya dalam noti aku ada baik juga (perasan dan angkat bakul)aku ambil gambar tu kerana aku jadi insaf sebab tengok dah ramai pergi ke sana…dan kita juga sedang dalam perjalanan ke sana!Kita bakal menyusuri mereka yang jasadnya terkubur dalam tanah itu!Tetiba aku teringat seorang sahabat teman sepengajianku Allahyarham Roslan Mahmud student kohot 1 SMP yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah dalam bulan November.Roslan agak rapat juga denganku semasa mengikuti kursus 14 M di Ipsah Sungai Petani.Pemergiannya amat mengejutkan kerana selama ini setiapkali pergi kuliah dia masih sihat dan nampak begitu bersahaja!Kami sama –sama pernah menjadi pengaca di majlis perpisahan Kursus 14M 2006 di IPSAH!Aku puas mencari gambar ketika kami sama sama menjadi pengaca tetapi tidak ketemu lagi.Ada dalam laptop ini tapi aku cari tak jumpa.Frust aku tau..lagipun Roslan pernah menegurku kerana aku ambil gambar kasut dan kaki ku dan letak di YM!Dia kata ada ke patut letak gambar kaki?Aku geli hati juga masa tu…ahhh semua itu kenangan bersama Roslan.Kami selalu berbual dan berbincang bab bab pengajian bersama ketika di IPSAH Cuma agak renggang semasa mengikut haluan masing masing setelah meneruskan pengajian di OUM!Roslan buat mu terimalah al Fatihah buat sahabatku yang telah bersemadi dahulu dariku!Al Fatihah….

Di pendekkan cerita,setelah selesai semuanya aku dan mimi singgah di Nashmeer Nasi Kandar.kami makan berdua tetapi selepas tu masing –masing terasa kenyang sangat….aku sebenarnya tidak suka dengan rasa kenyang!Aku lebih suka berhenti sebelum kenyang…kerana kenyang menyebabkan kita rasa tidak selsesa!

Selepas itu aku memandu dan terus pulang ke rumah.Asal sampai di rumah sahaja seperti biasa aku mesti on je pc dan sempat masuk tengok blog kegemaran dan blog aku!Alamak tetiba jer ‘server down’nyampah!!! Tul!! Kelmarin aku dah hubungin Junaidi mengatakan ‘aku dah bayar RM10 untuk shout box Junaidi!Junaidi Cuma katanya ‘take ur time…!’Geram betul dengan internet ni rasa nak pergi online je kat Nashmeer Nasi Kandar tu guna wireless dia!Eh bukan aku geram kat JUnaidi jangan salah anggap pulak …hehhe!!!
Junaidi sesungguhnya aku tak sabar nak guna shoutbox awak tu…uuwwaa!menguji tahap kesabaranku ni!!!(urut dada kata sabar…)
Dah 3 hari ‘server down’ entah ada Tsunami kat atas angkasa tu kut!!!Atau jin jin dah tak tahan lagi dengan satelite yang penuh kat atas tu menyemak je kut ganggu ‘traffic depa’ hehhehe!Depa(jin jin )dah sabotaj tak???

Eemm..baru teringat tadi semasa sedang makan di Nashmeer ‘budakganu’sms mengatakan dia baru jer masuk tengok aku punya blog! “cantik blog akak tahniah!” kata budakganu yang sms ku dari Sarawak!Thanks mi,itu menandakan akak masih ingat mi.su dan alif di sana!” jawabku dlm sms juga!
Itulah aku sebenarya aku tidak mahu putus langsung dengan semua teman yang ku kenali dalam saiber ni tidak kira tua ataupun muda semua akan ku abadikan sebagai sedara maraku!Kan kita ni Islam bersaudara???tak gitu???
Walau ada yang kurang senang dan meluat barangkalipun aku tetap akan menyayangi mereka yang pernah ku kenali di saiber ini!Akan ku doakan kesejahteraan buat teman teman yang pernah menghubungiku di Yahoo Messenger,email dan melalui shoutbox di blog!Tetap sayang tetap kasih hanya pada kalian…tanpa kalian sah aku hanya ngadap skrin kosong tau!!!!!!uuuuwwaaaaaaaa!!!!Ketahuilah teman teman saiber sekalian…aku jadi gusar jika aku sms kalian tetapi tiada jawapan tau…lepas dapat jawapan baru aku rasa lega…teruk betul aku???hehehehheh…macam orang bercinta,macam orang angau!!Daklan…hang jaga naa!!Hang selalu buat gitu kat lawa simpan mesej peram hingga ranum baru balas!Nyampah!!Tul!!

12 Responses

  1. waaaaaaaa… jenuh nak baca… hehehe… well 3 hari diisi ngan pelbagai aktiviti… menarik jugak tuh… ok la kan…

    nanti ajo kelat —> poco-poco tau!!

    uiks.. bani nyer bgambo kat kubor… ape pon.. taniahhh… cobaan brani… ngeh ngeh ngehhhh…

  2. Salam perkenalan. Lawa ni mmg arif bab prasekolah la ek? boleh ct dptkan add email lawa tak? Ct nak belajar origami dan tentang prasekolah. Dulu Ct pun kat IPSAH juga tp tamat belajar tahun 2005.

  3. aisey kelat cayunkku…manjer gilerku..sah dan cop kuat!!!kerana kelat dah masuk komen..kan dah janji dulu..wa caya lu dear!!!3 hari tanpa tenet huru hara dan haru biru tau hidupku!!!

  4. hi pena cinta lawa sambut salam pena tu emmm lembutnya tangan!!Losyen per ko pakai cinta???emel lawa azi_oum@yahoo.com
    nak belajar origami baju?rumah?beg?bunga?boleh ajer yangg..nanti kalau lawa cukup rajin lawa kan buat satu blog tentang car buat origami..insyaallah!Dulu dah buat buku tapi x publish…nanti nk tanya norz cemana nak publish..tatau benak sgt bab ni!

  5. Dah baca entri terbaru u dan nampaknya semakin mantap. lEBIH BERSIH dan tiada kata-kata noti yang melampau. Kekal begini zi…

  6. alaa bang budin dulu dulu kiter noty ke??Noty skit jer laa..masa noty tu gi tusyen dgn budin ler…dah lupa ka??

  7. nnt wat la program sendiri ek cam chit chat cikgu azi he…23x cam best plk handle peserta ek… nk join leh x

  8. frame…biler ada kursus u join tau..tapi jari jari ju tu kene lembutkan dgn rotan!sebab semua keje ni memerlukan motor halus!Bab aerobik poco poco tu i kan ajar u step..kita nari dua naa…dancing!

  9. Panjangnya perjalanan cerita ini.. menarik dan kita ni digalakkan selalu ke Perkuburan kan…

  10. mau tak panjang kasawari tu baru sehari dalam hidupku tanpa tenet..kalau seminggu sah berjela..janji u all masuk komen..

  11. Beshnyer pengalaman dan gambar2 yang disertakan… Banyak yang leh dipelajari…. Termasuk la mimi tu, dah ade yang punyer ke? Ekkekeke…

    But congrats sebab dah makin matang dalam berblog…

    Keep it up.

  12. alaaa time ni makin matang tetiba jer nanti berubah macam budak balik??pasti kene komen teruk …wakakaka!Tapi syok tau baca komen hampa!!!(korang)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: