SAH ATAU TIDAK JIKA BERNIKAH SEMASA HAMIL ANAK LUAR NIKAH??

RAMAI YANG BERTENGKAR HINGGA RIUH RENDAH TAK TAHU YANG MANA SATU BETUL? HARAP ADA USTAZ YANG ARIF TOLONG PERBETULKAN PERKARA INI.

KES 1: SEORANG GADIS HAMIL ANAK LUAR NIKAH,TETAPI MENERUSKAN PERNIKAHAN DENGAN LELAKI YANG SAMA TANPA PENGETAHUAN PIHAK KADHI.PERKARA INI DIRAHSIAKAN BIMBANG TAKUT MALU BESAR!SAH ATAU TIDAK PERNIKAHAN INI???

KES 2:SEORANG GADIS HAMIL ANAK LUAR NIKAH DAN BERNIKAH DENGAN ‘PAK SANGGUP’.SAH ATAU TIDAK PERNIKAHAN INI?

KES 3: KEDUA PERNIKAHAN DI ATAS DI TERUSKAN HINGGA MEREKA BERANAK PINAK DAN APAKAH SI BAPA BOLEH MENJADI WALI JIKA ANAK-ANAK PEREMPUANNYA PULA YG AKAN BERNIKAH?ADA PENDAPAT MENGATAKAN PASANGAN INI PERLU MENIKAH(AKAD NIKAH SEMULA) DAN ANAK ANAK YG LAHIR SELEPAS ITU TIDAK BOLEH DIWALIKAN OLEH SI BAPA MELAINKAN SI BAPA TELAH DIPERBETULKAN(NIKAH SEMULA)!JIKA TIDAK TERPAKSA MENGGUNAKAN WALI HAKIM!

TOLONG LAH JAWAB SESUNGGUHNYA PERKARA INI BANYAK TERJADI DALAM MASYARAKAT KITA DAN SIAPA YANG BERANI TAMPIL BETULKAN PERKARA INI AKAN MENDAPAT PAHALA BESAR….!!!

28 Responses

  1. sekarang kecoh suruh perempuan yang berzina itu bersalin dulu kemudian baru nikah…hmmmm betul ke tu? jom kita lihat hadis ni:

    “Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah” ( Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif)

    –> perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah SAH menurut mazhab ( maliki, syafie & at-tawry) dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah.

    –> kalau seorang wanita tu berzina dengan ramai lelaki dan tak pasti siapa bapa kepada kandungannya dan dia bernikah dengan ‘pak turut’ –> pernikahan itu SAH tetapi dengan syarat tidak bersetubuh sehingga selepas bersalin.jika mereka bersetubuh juga, maka berdosa walaupun pernikahan mereka sah.

    –> namun, sekiranya dia bernikah dengan lelaki yang dia berzina maka dibenarkan ‘bersama’ selepas pernikahannya.pernikahan mereka juga SAH.

    ***sy berpegang kepada pendapat di atas kerana ini apa yang sy telah pelajari semasa di tahun kedua di univ.

    sekian drp sy, terima kasih. (erkk sori terpanjang lak)

  2. kesimpulannya, janganlah berzina sebelum bernikah. bila dah termengandung baru nak fikir dosa pahala…

  3. emmm..azis ni ustaz rupanya terima kasih al ustaz al Azis…kita harap penjelasan ustaz dapat di manafaatkan bersama.banyak kes mcm ni melibatkan remaja kita!Yang dah tak remajapun terlibat jugak…

  4. panjang x per Azis its ok memang kat tempat saya ni semua yg termengandung disuruh ‘beranak’ dulu..baru kawin sebab dah semua’jantan’mengaku pernah tidur bersama…adehsss..

  5. ada byk pendapat sebenarnya…tp yang ni yang sy belajar kat univ dulu2..sy perempuan kak…huhuhu

  6. masyallah masyallah..anna silap jantina lah…ente ustazah kaa???ya ampun ustazah…awat x tunjukkan dgn jelas spesis?????wakakkakak

  7. la ustazah ke… kite pun tertipu la ciku azi… tempat cikgu ramai jantan ke yg ngaku suami

  8. nama ustazah tu azi. S untuk yang lain. tak taulah Syahbudin ke, Saleha ke, Selina ke… Bapa dia nama Azahar. berasal dari Sempurna, Sabah…hehe… Tol tak ustazah.., yang sukakan lagu-lagu rock..?

  9. salah2 smua…takkan orang semporna bleh cakap macam ni…adoiiii ni mesti tak khatam blog habis2 ni…

  10. dak frame..bukan macam tulaa..macam ni..jantan yg kene tuduh tu cakap I was not alone in that game..alone masa round pertama jer..bukan mengaku suamilaa..baca len?

  11. dak budin ni asik pasan asal s je nama syahbudin daiiieee tambiii!!!podaahh!!hehhehe aku syok jer nyakat dak budin ni…geram haku!!Dah ler aku sah noti mix dgn dia makin noti pastu join dak frame abis ustazahpun noti kang??

  12. oh ye ke… nie pasal game la ek… sebab tue la org xgalakan men multiplayer… klu pe2 jd susah nk mintak sape2 bertggjwb….

    eh kite mne de noti la… meh kite rotan cikgu azi n budin… meh bagi tapak tgn tue…

  13. emmm..sah dasar melawan cikgu dak frame ni sikit sikit wat pakatan dgn si budin..dah ler dia idea banyak!!So aku akan jd guru yg lebih sadis lagi dlm merotan!!!Minta doa dikekalkan kesadisan aku ni…wakakka

  14. libas je kalau dak frame ni ckp byk jgn warning2 lawa…baru terserlah kesadisan tu ;p

  15. Zisss….sah aku dah terasa ko memang layak masuk aku nyer geng!!!Sebab ko memang suka sadis..so aku lantik ko jd penasihat agama ko jaga brek aku jika aku over dos!!!

  16. budin tolong budin meh tolong aku…. dorg dah de pakatan la…. takut sih he…23x

    anak murid yang suke melawan cikgu adalah insan yang akan berjaya dimasa hadapan.. ini kerana mereka mampu mengeluarkan pendapat sendiri walaupun ditentang berhabis2an oleh cikgunye… xsalah kan.. ini adalah salah satu cara untuk seseorang mengunakan otaknya untuk berfikir sesuatu pada tahap yang lebih tgi dari usianya… kate genius he…23x

    -ikhlas dari ahli politik-

  17. hahahha..anak murid melawan guru inilah yg patut disula idup idup..sebab kecik kecik dah pandai melawan?Nak ikat cikgu kat pokok yg ada kerengga la!Rotan cikgu plak nak dibakar!Jika melawan perkara yg benar cikgu x marah malah cikgu makin sayang mmmuuuaahs hari hari mau!Jadilah murid yang memimpin cikgu ke jalan yg benarrr…meh sini cikgu pimpin frame dan dak budin ke jalan yg benar!!!!Rotan kang???

  18. tp cikgu dah melencong la…tue tandas perempuan xkan la nk bawak kami g sane kot… malu la kami

    p/s- baik la plk

  19. kura kura dalam perahu..
    pura pura malu…nyampah!
    Mana dak budin ni..dok belek mender berjam dalam tandas??Jom skodeng?

  20. pura pura malu
    sebab kite nie x sebulu

    xpayh nk skodeng cctv dah pasang pun…die dok cari ilham tue huhu

  21. amboi2 dak frame ni 23x kena rotan pun masih lg setia ngn cikgu lawa kesayangan die jg…hehehe

  22. Azis…dak frame ni dah melekat kat umah lawa!Tak boleh buat apa dah!!!Sampai tak mau balik umah dia..uuuwwaaaa!!!lawa nanes ni…uuwwaaa!!!Makin rotan makin tak mau balik…heheh

  23. sbb die dh syg sangat2 kat cikgu lawa skg ni…larikkkkkkkkkkkk

  24. rotan berasal dari selatan
    tempat berhimpun anak watan
    bukan sume boleh dirotan
    asalkan perangai xmacam setan

  25. tengok wayang filem hindustan,
    airmata mengalir tidak terasa, perangai frame tak macam setan,
    kekalkan sopan santun dan berbudi bahasa!

  26. perangai frame tak macam setan,
    kekalkan sopan santun dan berbudi bahasa,patut la die xkne rotan, walaupun sikit xfaham bahasa

  27. skodeng punya skodeng ,terjumpa kenyataan ini di http://www.muftiselangor.gov.my/SoalJawabAgama/Munakahat/SoalJawabMunakahat.htm

    Qoute:
    Soalan :

    Assalammualaikum.

    Saya ada sedikit kemusykilan di sini. Berhubung dengan orang yang bernikah ketika mengandung kandungan luar nikah.. adakah sah nikahnya.. Dan adakah benar. jika janin itu belum membentuk manusia.. ianya boleh di binkan kepada bapa luar nikahnya.. yakni org yg berzina dgn ibunya sebelum nikah..bolehkan pihak tuan terangkan secara terperinci mengenai hukumnya.

    ini disebabkan saya ada terbaca sebuah artikel mengenainya…
    Ini berdasarkan ‘isyarat al-nas’ drp ayat-ayat berikut:

    Ayat 15 Surah al-Ahqaf yg bermaksud, “Dan Kami (Allah s.w.t.) telah berpesan kepada manusia supaya berbuat ihsan kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya secara payah, dan melahirkannya secara payah, (tempoh) kandungan dan penyusuan selama tiga puluh bulan…”

    Manakala ayat 14 Surah Luqman pula bermaksud, “…dan penyusuannya selama dua tahun…” dan ayat 232 Surah al-baqarah yg bermaksud, “Dan ibu-ibu yang menyusukan anak-anak mereka selama genap dua tahun, iaitu bagi sesiapa yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”

    Berdasarkan ayat-ayat di atas, para ulama Islam yang bijaksana lagi memahami al-Quran telah merumuskan bahawa tempoh kandungan yg minima (paling pendek) ialah selama enam bulan Hijriah. Ini kerana Al-Ahqaf: 15 menyatakan tempoh kandungan beserta penyusuan ialah 30 bulan (perkiraan bulan dlm al-Quran adalah berdasarkan Qamariah/Hijriah), manakala al-Baqarah: 232 dan Luqman: 14 pula menyatakan tempoh penyusuan yang lengkap ialah 24 bulan. (30 – 24 = 6), maka tempoh 6 bulan yg tinggal itu ialah utk usia kandungan yg minima, walaupun kebiasaan tempoh hamil ialah lebih kurang 9 bulan.

    Berdasarkan inilah, maka anak yang dilahirkan selepas 6 bulan Hijriah ibunya bernikah, adalah dikira anak yang sah dan dibinkan kepada bapanya yang telah bernikah secara sah dgn ibunya, walaupun umum mengetahui si ibu itu telah berzina dan telah hamil semasa akad nikah diadakan. Maka sesiapa yang menuduh anak itu sebagai anak haram, maka si penuduh layak dikenakan Had al-Qazaf (jenayah menuduh zina tanpa saksi) sebanyak 80 sebatan (berdasarkan Surah al-Nur: 4).

    Sebaliknya, jika usia kandungan itu tak cukup enam bulan Hijriah selepas nikah yang sah, maka adalah HARAM membinkan anak itu kepada lelaki yg dinikahi oleh ibunya secara sah semasa sedang hamil zina itu.

    Jawapan :

    1. Hukum nikah dengan perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah adalah sah (iaitu mesti cukup rukun dan syarat nikah), sama ada lelaki yang menikah itu si penzina atau lelaki lain.

    2. masalah sama ada boleh atau tidak anak luar nikah itu dibinkan dengan bapanya (yang dinikahi secara sah selepas zina) adalah bergantung pada tempoh usia kandungan selepas dinikahi.

    3. Sekiranya usia kandungan adalah melebihi tempoh 6 bulan (mengikutperkiraan kalendar hijriah) selepas dinikahi maka boleh dibinkan anak yang lahir itu kepada suaminya yang sah.

    4. Sekiranya usia kandungan adalah tidak sampai enam bulan hijriah selepas akad yang sah, maka haram membinkan anak itu kepada lelaki yang menjadi suami kepada ibunya.

    5. Sebagai contoh: Bedah telah melakukan zina dengan Bedul lalu hamil. Semasa usia kandungnya tiga bulan hijriah, Bedah bernikah dengan Bedul atau lelaki lain enam bulan sepuluh hari selepas nikah, Bedah bersalin hasil perzinaan dengan Bedul lebih bulan sembilan bulan yang lalu. Walaupun anak itu sebenarnya hasil zina atas dasar Husnuz Zan (berbaik sangka) maka syariat itu membenarkan anak itu dibinkan kepada Bedul atau lelaki lain yang telah berkahwin secara sah.

    Walaubagaimanapun jika anak itu perempuan, yang menjadi pokok persoalannya ialah bila ia dewasa kelak, ibunya hendaklah berterus terang bahawa ia anak luar nikah dan tidak boleh berwalikan bapanya; anak itu berwalikan hakim ( imam jurunikah) tidak sah nikah jika anak zina berwalikan bapanya.

    Wallahulalam.

  28. maaf komen yang ini saya x dapat delete sebab terlalu panjang…maaf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: