Kenangan Lama Bermain Di Hati….

Masa lampau aku,aku masih ingat betapa masa tu mak dan ayah sangat strict seolah kawasan rumah jika ada penceroboh pasti akan ditembak jika lalu.Aku memang la gadis yang ‘cute’dan lincah masa tu.Suka berkawan dengan semua orang tidak kira lelaki ke perempuan!Tudung memang sah tak pakai.Kalau di rumah cuma berseluar pendek.Rambut pulak panjang hingga ke paras ponggong.Kulitku putih gebu macam Mat gebu dan berbadan kecil.Kemana pergi aku lebih senang melepaskan rambutku terburai mencecah ponggong.Ramai lelaki bersiul ayunya…..kalau keluar ke pekan memang sah pakai seluar panjang atau berskirt pendek dan terbelah di tepi.Yang herannya aku langsung tidak tahu semua pakaian ku masa tu untuk apa??Untuk bergaya je la..Jauh sekali untuk pikat lelaki?Aku hanya memikirkan fesyen jer tanpa niat untuk pamerkan batang tubuhku.Masa tu didikan agama hanya di sekolah dan sedikit di rumah itupun kerana mengaji Quran dan mak yang ajarkan.Kalau masa PE(Jasmani) aku hanya berseluar pendek rambut ikat tocang je.Sah masa tu budak lelaki amik kesempatan jamu mata..tapi aku tak sedar…naya je aku kan?
Selepas sekolah aku banyak habiskan masaku menjadi guru sementara di daerah Grik.Aku mengajar di SK Air Ganda.Anak anak muda di kampung itu memang kaki skodeng!
Aku tinggal bersama seoarang guru sementara bernama Faridah.Tiap malam kami selalu berbual hal peribadi.Jadi macam -macam topik la setiap malam kami bualkan.Masa tu belum ada internet kalau tak tentu dok ngadap tenet je la keje!Tanpa kami sedar ada dalam 12 orang kaki skodeng kat bawah rumah kami.Mungkin dah lama depa ni buat keje skodeng ni hingga suatu malam kes ini disedari oleh kawan aku yang sempat menyuluh mereka dengan lampu suluh.Bertempiaranlah mereka lari dengan keadaan selimut telanjang.Hampa tau tak cemana selimut telanjang tu?Dia tarik kain pelikat ke atas macam pocong!hahhahha…ramainya skodeng kami….aku tak marah sebab mereka normal dan sebagai peminat cikgu hahahha!Seb bek mereka tidak ada niat tidak baik untuk ‘rape’kami ke..kalau tak nayaaaa…

Kira masa tu aku bebas jer nak pakai apa tanpa ada sesiapa menghalang walau ayah dan mak strict tapi bab berpakaian melantak jer.Nasib baik aku tidak kaki layan ‘jantan’ masa tu.Aku langsung tak de keinginan nak bercinta yang aku tahu nak study je masa tu.Konon pandai sangatlah pada hal cuma dapat masuk maktab jadi guru je..hahhaha!
Bila menjejak kaki jadi student kat maktab Perguruan Ilmu Khas KL aku masih serba salah nak pakai tudung ke tidak.So jadi masa tu jap pakai jap tidak.Serba salah sebab hati memang tidak suka langsung pakai tudung.Aku rasa aku lebih cantik jika tidak pakai.berkawan plak dengan budak Cina.Habis kawan Cina aku kata aku ni sebagai the hidden beauty..apa lagi rasa betul juga kata mereka!Tak pernah fikir langsung bab dosa tidak menutup aurat masa tu.Syok pulak orang puji kata cantik..haaha budak pompuan kan syok dipuji???
Aku suka menyanyi dan menari hingga terbawa bawa sampai sekarang hobi ni!Apa lagi masa di maktab join dengan badan budaya maktab.Kehulu kehilir lah dengan drama dan teater.namun kalah di peringkat Daerah…hahhah.memang kaki aerobik masa maktab dah memang suka menari.Terbawa bawa hingga kini ajar budak prasekolah menari plak…heheh!
Yang pelik aku tidak ada hati untuk bercinta dengan sesiapa pada masa itu.Aku pernah dapat surat cinta dan ajak date!Ingat lagi nama lelaki malang tu Radhi.Orangnya cute kira hensem la tapi aku tolak dengan lembut.Bab dating ni aku takut sebab ayah aku tu strict sangat.Pernah aku dapat surat cinta dengan gambar lelaki .Abis ayah aku bakar lepas tu abunya ditabur atas tanah…sedih tau..

Masa maktab aku agak sosial tetapi langsung tidak layan date hingga aku ketemu dengan seorang yang bernama Ghazali orang Ketereh Kelantan.Syok kisah dengan Ghazali ni.Mula kenal dalam bas sebab bas dia rosak tumpang bas aku.Aku memang tak suka duduk bersebelahan dengan lelaki sebab aku ni pemalu masa tu dan tak suka beri chance untuk lelaki bercinta denganku.Heran betui aku langsung tidak memikirkan fasal kawin masa tu sah…sebab aku takut “beranak” hahahha!Betul paling aku takut ialah beranak…ngeri mungkin ramai anak gadis sekarang yang berfikiran macam aku..sah jd andartu nanti…hahhaha!Soal sex aku letak tepi langsung sebab kurang pendedahan.Aku dikira baik dan bersih bab ini masa tu.Sesuci embun pagi la katakan..

Ghazali hensem dan cute.Dia serba salah bila dicabar oleh kawan-kawannya duduk sebelah aku!Dia anggota TUDM.Puas merayu minta nak duduk sebelah aku.Bila duduk mula adegan interview…mesra juga aku dengan dia!Punya gentlemen dia tolong angkat beg aku yg sarat sebab mak dan ayah bekalkan buah buahan masa tu sah berat!Dia carikan teksi untukku balik ke maktab.Sempat tulis no fon dia atas tapak tangan dia yang gagah tulis dan nak sangat beri no fon….aku masih jual mahal…

Sejak itu hubungan dengan Ghazali bermula…bila saling berhubung melalui telefon publik hahahha masa tu mana ada hand phone lagi daa!!!!Kalau ada pun yang jenis besar dan panjang…geli tengok…Bibit centa bermula…Aku dan Ghazali sempat perkenalkan seorang kawan hingga mereka bertemu jodoh.Ghazali kenalkan kawannya bernama Fuad dan kawan aku bernama Zaiton.Hingga keduanya berkahwin dan beranak pinak hingga sekarang menetap di Kelang. Hingga kini aku kehilangan Ghazali tanpa berita.Aku harap jika dia terbaca blog aku ini dapatlah hubungi dia semula.Bukan apa cuma ingin tahu kisah kawan lama kita.Bukan nak ganggu hidup dia!Dengar kabar dia sambung belajar dah naik pangkat apa entah itu pun aku tahu melalui Zaiton dan Fuad.
Zaiton dan Fuadpun aku dah kehilangan mereka di dunia ini!Bukan matilah…tetapi lost contact!Harap kesemua mereka dapat menghubungi aku yang rindukan kawan-kawan lama ni….bersambung….

18 Responses

  1. jejak kasihan ni…hehehe

  2. tak sabar nak baca cerita selanjutnya…

  3. trime kasih buat kami,
    kerna rajin bg komen disini,
    begitu jugak buat azi,
    buat kami rajin ke sini

  4. sama sama kasih dak frame eh ko mewakili Azis ye…

  5. sama sama kasih diterima
    buat saya azis sekeluarga
    suka duka kite bersama
    asalkan bahagia ke syurga

  6. Kak lawa….mesti selain “Ghazali” tu ramai lagi abg2 askar yg mabuk kat u..Sekarang pun masih cun, masa muda lagi leeerrr..melecunn!!…nasib baik tak jumpa abg budin masa akak muda2 dulu kan…kalau takkk…….

  7. kesian ghazali tu…

  8. nightsky..tarik nafas lepas..tarik nafas tahan esok baru lepas…sabar tunggu sambungannya!!

  9. Gebu..kisah abang askar nanti akan akak ceritakan!Lagi lucu..akak pernah terima surat dari bini askar sebab askar tu amik alamat sekolah dan nama akak dari budak sekolah!Sah askar askar ni noti akak x salahkan sebab semua ini perkara normal!Positif thinking sungguhh aku ni gebu…

  10. Gebu,kalau jumpa budin masa muda tentu dia x layan lawa sebab dia tengah hemsem giler dan mungkin tengah mabok dengan aweks dia masa tu…mana dia nampak lawa kan???

  11. Ghazali memang satu kepala dengan lawa sebab dia peramah,kelakar dan cute muka pulak ala ala Mat Bangla..hahaha..semua taste lawa la kiranya masa tu..kuikuikui..
    emmm ya Budin kesian kat dia…

  12. nk sambungan

  13. ramai nak sambungan…penin gue..jap gue nak muntah jap..penin ni!!

  14. sejak bile kita sekeluarga dak frame??? lain2 mak pak tau…

    apa lak samb. die akak ku yg lawa lagi jelita🙂

  15. komen sampai berpuluh2 tapi yg komen 4 orang je…kekdg out of topic hehehehe..sp lg kalau bukan aku sendiri…;p

  16. Azis…belasah jer komen out of topic x per kat sini x der protokol langsung..dan polis x tangkap…gaji x kene potong!!

  17. Sah!!!!geng skodeng selimut telanjang adalah suku sakat skodeng rupanya mereka dan keluarga mereka!Patut bela sangat dah geng dia..

  18. geng skodeng selimut telanjang,
    suku sakat skodeng asalnya,
    memang dasar nk kne terajang,
    klu xbetul pada tempatnya

    buat azis:-
    komen sampai berpuluh2
    tapi yg komen 4 orang je
    sume dtg berpeluh2
    dok tgu sambungannye

    sejak bile kita sekeluarga,
    lain2 mak pak tau,
    klu bukan sebab bahagia
    xdenye kite dok mengacau

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: