Kita tidak ubah macam cerita masam masam manis…


maaf teman kadang aku jadi over dos dalam membalas mesejmu..
jari jemariku sepantas idea yang muncul dalam fikiranku..
akalku belum sampai tetapi mesejku tiba dahulu..
sepantas kilat jariku menaip laju..
aku tahu kau tidak senang melihat kenakalanku macam tidak punya akal kan?
aku tahu marahmu juga tiada sempadan bila kerasnya kau hamburkan kata-kata kesat
sebagai hadiah dan denda di depan khalayak..
aku ibarat budak-budak yang dimarahi depan khalayak..
aku tidak boleh terima marahmu di khalayak..
kerana prinsipku tidak akan marah bergaduh depan khalayak
aku akan terima jika teguranmu bertempat..
memang bertempat teguranmu,tetapi marahmu tidak bertempat..di khalayak sayang!
bila kita mulai saling memadam mesej..aku padam kau tulis,padam.kau tulis!!
padam!kau tulis!Hingga berkali -kali..
aku sempat tersenyum lagi masa tu..walau ketika itu marahmu masih menggelegak dan hatiku sedang terguris,namun aku masih boleh tersenyum hambar..
Inilah dugaan hidup berblog…antara kawan dan lawan,sayang kawan sayang lawan!
Tika marahmu tidak berpandu,jari jemarimu juga hilang kawalan..terbabas
Sama seperti tika aku sedang over dos aku juga hilang kawalan!!!
Esok aku akan ke workshop untuk repair apa yang tak kena..
‘Pomen’ lah aku kawan…

Bila aku minta untuk dipomen..wah mesti dapat respon dari aktivis pomen!
Cuma permintaanku kalau nak pomen aku..masuklah ke workshop aku dalam tiraihidup ini kawan..jangan pomen aku di khalayak..di premis orang lain!Seolah macam aku hendak dimalukan sahaja,atau sengaja hendakkan publish skemamu dan kenotianku.Maaf pakar bahasa,hamba ini jenis kelakar cuma.Jika jadi senssitiviti pakar bahasa harap maaf!Terima kasih buat semua yang pedulikan lawa dan tingkahlaku lawa.Tegurlah tapi …please la jika boleh direct kat empunya tubuh!
Aku terima teguran walau nampak macam aku nak debat jer bela diri konon..tapi aku jenis cool kawan.Terima kasih buat Jie,Norz,combi.budin dan terkini Mat Over!!
harap Mat Over marilah kita berdamai dan jadi kawan lawa ok.Aku terima nasihatmu Mat Over….rajinlah masuk sini pomen apa yang patut.Servismu diperlukan…

12 Responses

  1. Mai sini, nak teropong kot-kot ada virus dalam kamus minda kot..kekeke.
    javascript:void(0)
    Publish Your Comment
    Alahai biasala kalau tak tahan kena tegur atau kena marah jangan masuk kelas cikguazi ponteng jer. Biasala manusia nampak semua sama, tapi hakikatnya semua berbeza, walaupun kembar siam sekalipun.

    ..just my 2 sen.

  2. hahaha..dak skodeng..lawa suka kene marah sebab lepas kene marah majuk,lepas majuk orang pujuk,masa marah,gaduh sebenarnya ada nikmatnya cuma orang yang sedang bergaduh jer tahu nikmatnya marah -marah sayang tu..sapa nak rasa nikmat bergaduh jom kita pakat bergaduh..lepas bergaduh ingatan kita makin kuat terhadap musuh kita…bila baik semula jadi sahabat sejati..pergh…

  3. haha .. .. lagi best pi kat pesta p.pinang tu ada pertandingan boxing .. siap dengan gelanggang lagi u. Lepeh gaduh, naik roda pusing2 ‘eye of penang’ plak .. biarq pening.

  4. awat posting lama saya dah tak ada? kena delete ke … ni nak cari gaduh ni!

  5. la sapa kata x dak????? kan ada tu…awat siksa diri naik pusing bagi penin..nak rasa cemana org pragnant rasa ke?hehheh

  6. tak semua suka ngn kita..kdg2 depan memuji belakang mulut cam longkang…sabo je la😉

  7. saya memuji dan mengutuk sama je. depan-depan. nak kata apa katalah. sebab memuji kat depan mengutuk kat belakang amalan manusia tak bermoral. tak ada telur… hehe…

  8. Setuju dengan Dak Azis memang ada orang suka memuji tetapi berpura-pura di belakang kita dia kutuk kita!Lawa tak setuju sikap macam ni.Biar depan atau belakang kita layan sama sahaja!Prinsip lawa juga begitu jika depan lawa suka,puji mesti di mana sahaja lawa tetap puji dan suka seseorang itu!Lawa ikhlas kalau suka seseorang…

  9. Sikap Budin lawa suka,dia puji dan kutuk depan depan…sshhhh cuma satu jer lawa tak tahan jika teguran dibuat depan khalayak ramai.Sebab lawa tidak menegur silap murid di depan murid lain kelak akan timbul rasa rendah diri dan malu!Melainkan jika special case,budak yg tegar atau sebagai teladan kepada yang lain dibenarkan!Tapi cara ini jarang dibuat kerana masih menjaga sensitiviti murid itu!Cara teguran juga berlapik agar tidak terlalu mendenda dan mendera perasaan pesalah!Nanti dia merajuk,kecil hati…perasaannya perlu dijaga walau dia pernah buat salah…

  10. skg ni ada satu tabiat buruk yg dh byk bjangkit kat bloggers ni…bukan main lagi puji melangit kat blog kita..tapi kat blog dia or orang lain bukan main pulak dia kutuk…kalau sekadar nak main2 tkkan sampai menghina…sapa la manusia tu…pikir la

  11. Azis…jika sampai tahap menghina tu dah melampau zis!Jangan dibiarkan diri kita dihina tanpa pembelaan!Azis jika lawa terjumpa orang menghina zis lawa akan bela insyaallah walau zis tak mintak..bela setakat yang lawa tahu peribadi Azis la!Perlu ingat juga orang adalah cermin kita.lawa suka orang kritik tetapi biar kene cara nya!Tapi lawa tau bila orang sedang emosional dia tidak dapat kawal perasaan jadi apa tindakannya mungkin kurang kena!!Jadilah manusia pemaaf supaya kita juga akan dimaafi….sebak plak rasa hati ziss…

  12. huhuhu…

    awat hg xmo jumpa aku???

    ~misteria tol hg ni puan lawa..

    ~nx time aku terjah jer..xyah koling2..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: