Sambungan kisah semalam….

Setelah aku dan Ghazali perkenalkan Zaiton dan Fuad,aku masih tidak nampak apa-apa perubahan pada Zaiton.Kami tinggal di Taman Cantik dekat Cheras pada masa itu.Dalam rumah itu semua geng bujang ada 8 semuanya.Cuma kebelakangan nampaknya si Zaiton dah mula berani keluar seorang diri.Pada hal sebelum ini aku lah yang sering menemaninya jika hendak keluar ke KL!Zaiton begitu berdisiplin dan agak warak jika dibanding antara kami.Yang paling rock ketika itu sahehlah aku dan yang lain.
Kami memang kaki menari dan rumah itu dah jadi pusat aerobik!Cuma Zaiton walau dia bestfriend aku dia tetap memakai tudung labuh sedangkan aku masih tidak tentu arah lagi ketika itu!Aku dan beberapa orang kawan lagi sungguh nakal ketika itu asal saja ada kawan yang disyakki hendak dating tetapi masih berahsia rahsia siap!!!!Aku dan geng aku sanggup ikut dengan menaiki bas lain ke bandar!Kami intai dari jauh dan sanggup buang masa demi mengintai kawan!!Nakal sungguh aku ketika itu.Selepas mengetahui memang dia keluar dengan Fuad,si Ghazali pulak mengajak aku keluar dengannya.Selepas itu kami berdua berpakat elok keluar berempat….Namun aku tidaklah senakal Budin yang suka mencuba untuk kiss kali pertama??Kuang3X.malah nak pegang tanganpun aku segan..cuma sekadar berbual.Baiknya akuuuuu!!!Korang percaya ke tak??Percayalah aku anak yang baik dan taat pesanan ibu -bapa..semua itu aku tak buat .. semuanya berlalu begitu sahaja…hanya tinggal kenangan!

Kira kami ni jenis agak nakal namun kami masih suci…tidak ada seorang pun yang pernah bersentuhan dengan lelaki ketika itu kecuali tersentuh!Jeng !jeng!jeng!
Masih ku ingat ketika itu ada seorang kawan serumah aku bernama Normah Hamjah orang Banjar berasal dari Sungai Sumun bagan Serai Perak.Dia ni asyik dating dengan tunangannya je ketka itu.jeles juga kami melihat kemesraan mereka tu…Dengan dia juga aku telah terputus hubungan!Harap dapat suatu hari nanti aku bertemu Normah!Entah dah berapa anak dia agaknya…

Ini kes aku jogging di kawasan kubur…Masih ku ingat aku sering beranikan diri bersama seorang lagi teman .Kami sering memerhati satu kuburan Christian berdekatan dengan Taman Cantik.Satu pagi aku dan seorang kawan ‘jogging’di perkuburan itu..memang aku ni gemar alam mistik sebab itulah suka sangat dengan kawasan kubur!Kami berjalan dan sekejap berlari anak di celah celah kuburan Christian itu sambil membaca apa sahaja yang ditulis di setiap nesannya.Ada kes pasangan yang mati kerana terhempas kapal terbang dan bermacam kes lagi.Aku amati setiap gambar mereka yang telah meninggal itu satu persatu tanpa berkelip mata…terasa macam wajah wajah pada kuburan itu tersenyum dan gambar mereka kelihatan masih baru!
Kami melalui celah celah kuburan itu terasa macam melalui perkuburan Zombi.Tetiba aku teringatkan zombi apa kata jika hantu hantu itu menarik kakiku..huh jenuh aku dan kawanku berlari semakin ke tengah kawasan perkuburan.Kami semakin jauh ke dalam kawasan itu!Rupanya kawasan itu sungguh luas semakin jauh ke dalam!Dengan tidak semena mena aku terbau sesuatu yang sungguh wangi menusuk hidung kami!Mula ingat aku sahaja yang terbau…rupanya kawanku juga turut menyedut wangian itu!Apa lagi????kami berlari pantas tanpa menoleh kebelakang!Cabuuuuuutttt!!!Bila berlari patah balik kami tidak nampak satu kelibat manusiapun melintasi kawasan itu ..maknanya bau wangi itu datang dari mana????Lariiiiii!!!!!!Aku rasa perkuburan itu masih ada lagi di Cheras kan?Takkan kubur orang nak ubah ganti pembangunan pulak kan?

Ada satu lagi kisah semasa berada di Chow Kit Road bersama seorang teman aku pernah terserempak dua orang budak lelaki dan perempuan yang memerhatikan aku dan kawan aku.Ada kelainan pada mata mereka.Nak tahu apa…bulu mata keduanya panjang sepanjang 1.5cm!dahsyatkan???Akhirnya kedua beradik bersama nenek mereka hilang begitu sahaja di celah kesibukan orang ramai.

Kisah seterusnya ialah kisah aku yang berani menaiki bas dari hentian Pudu Raya seorang diri.Bila tiba di Pudu Raya,kebetulan bas itu memang akan pergi ke Bandar Tun Razak dan melalui Jalan Cheras,jadi aku beranikan diri bertanya dan menumpang naik bas tersebut hingga sampai di Cheras.Semasa berada di dalam bas tiba -tiba aku jadi ketakutan sangat.Masa tu hanya aku bertiga dengan pemandu dan seorang lelaki lagi.Dalam keadaan begitu aku teringat jika mereka mengapa-apakan aku tentu tidak siapapun yang boleh menolong…aku rasa sungguh menyesal kerana berani menaiki bas seorang diri.Sepanjang dalam bas aku berdoa..Ya Allah selamatkan lah aku…tidak putus -putus mulutku kumat kamit membaca doa.bayangkanlah…ngerinya aku jika sesuatu yang tidak diingini berlaku!
Akhirnya alhamdulillah aku selamat sampai dan mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua.Nasib masih menyebelahiku rupanya.Bila ada kes gadis yang kene rogol dan bunuh lantas mengingatkan aku peristiwa itu! Sesungguhnya sikap berani memang ada dalam diriku.Seperti kata Budin aku kadang bertindak macam tak menggunakan akal…hahahhaha…sejak azali.Main buat jer…masa teringin..tak fikir padahnya…padan muka aku!!Lepas selamat dari mulut drebar bas…aku kena hadapi anjing yang menyalak sepanjang jalan ke rumah sewaku.Aduh…keadaan masa tu masih gelap kira -kira pukul 4.30 pagi.Bas yang ku tumpangi sampai agak awal.Seram sungguh berjalan seorang diri ketika itu.Aku menyesal je kerana menumpang bas tadi…sumpah aku tak ulangi dah perkara yang sama.Semoga anak anak gadis janganlah terlalu berani macam aku dulu…berani tak bertempat!kah..kah kah..

Bersambung….

6 Responses

  1. kubur china tu masih ada. setiap hari budin lintas kawasan kubur tu sebab budinpun tinggal di kawasasn cheras.

    berfikir dulu sebelum bertindak. bukan bertindak dulu sebelum berfikir, takut tak sempat fikir.

    masa ornda kat choe kit tu nasib bek tak jumpa budin dengan mat gebu…. kalau jumpa, entah apa yang diorang fikirkan… lubang buaya kot…

  2. budin..bila lawa pi KL nanti bawa lawa ronda ronda cheras dan MPIK serta tempat-tempat yg pernah lawa lalui tu…boleh ke??Sudi ke budin?Lawa x minta dibawa ke tempat eksklusif sekadar kubur cina tu pun jadilah…hehheh

  3. Loo..citer lar pasal Taman Tasek Permaisuri tu.Seronok jogging petang-petang kat situ.

  4. nightsky..suka jogging ke lawa suka tempat mistik nanti lawa letak gambar posing dgn Zainal Arifin TV3 pengacara Misteri Nusantara…

  5. sungai sumun bukan di bagan serailah. bagan datuk kot…

  6. lor ye ke sg sumun bagan datok??Cuba sebut lagi apa sungai yg ada di bagan Serai??sebut banyak sket kang recall balik otak ni..hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: