LELAKI IDAMAN WANITA-SILA PASTIKAN APAKAH ANDA SEBAGAI LELAKI ADA CIRI-CIRI INI???

Lelaki idaman wanita:

Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.Tapi sukar juga sebab kdg dia cemburu sebab sayang sangat!Penin gak ni kdg syok tengok masa dia jeles nampak nakal..cute!Geram..
Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
Lelaki yang punya pendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
Lelaki yang kemas dan bersih.
Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.
Lelaki yang bersuara:
Lunak dan romantis serta manja macam merengek gitu!
Lelaki yang tidak cerewet:
Menghormati perempuan dan tidak bermusuh dengan perempuan,malah menganggap semua perempuan adalah kawan tanpa pilih bulu!
Lelaki berminat dengan seks:
Jika tidak berminat dengan seks mungkin dia tidak normal!Jika dia gemar seks maknanya dia masih normal.Perempuan suka lelaki yang pandai berasmara!

15 Responses

  1. lelaki idaman je..dalam idup betul2 belum tentu yang diidam2 tu jd kenyataan kan…time bercinta bukan main lagi…hehehhe

  2. agaknya lawa dah jumpa ke yang semacam tu? Cari betul-betul… betulkan apa-apa yang patut sebelum mencari yang betul…baru le betul…tak gitu lawa?

  3. Kak lawa…ciri2 tu semua mesti ada kat “Ghazali” kan…..

  4. jenis ape aku nie…tak de dalam senarai la..

  5. tu pasal Aziss…cinta mesti di bajai dgn kasih sayang dan hidup perlu gurau senda..jgn matikan semua tu…komunikasi dan interaksi penting!!!

  6. skodeng…kalau kau buaya tak per..lawa terima secara positif sebab keinginan dan hasrat ko sebagai pecinta wanita adalah sangat positif…kau masih normal!tak caya tanya pakar sakit tuan??

  7. Selalunya wanita tidak akan berjumpa lelaki idaman…susah sketlaa..tetapi lelaki selalu dapat wanita idaman!!Tapi org kata biar sakit mata jgn sakit hati…boleh pakai ke kata-kata ni???

  8. Gebuuu…jangan sebut Ghazali..lawa sedih..entahkan hidup..entahkan mati mamat tu???

  9. erkkk!!Nightsky akan muncul bila tiada awan mendung!!Namun masih mencari dirinya dalam kategori mana??rasa night u boleh masuk dlm beberapa kategori tu..cuba muhasabah diri sebentar!!Entah yang last tak???Kuang3X

  10. TIRAI HIDUP said…

    Selalunya wanita tidak akan berjumpa lelaki idaman…susah sketlaa..tetapi lelaki selalu dapat wanita idaman!!

    Betul tu …Bagi saya lelaki atau perempuan idaman memang selalunya kita tak dapat. Skodeng idamankan c.t nurhaliza .. tengok apa dah jadi ..tak dapat jugak. so…
    bagi kenyataan “tetapi lelaki selalu dapat wanita idaman” .. saya kurang sokong.

    Apa-apa pon dalam soal bercinta dan kemudiannya berumahtangga paling utama dalam meredah liku-liku hidup adalah ‘tolerance’, give and take, u scratch my back I scratch yours. Mana nak cari teman sehidup semati yang sama saperti kita. Manusia memang berbeza, ada pro contrast. tuhan telah ada pro dan contranya, menjodohkan api dengan air sesuai, salah seorang akan menjadi ‘toleratornya’. Perlu banyak bersabar. Tiada seindah cinta sejati apabila usia berkahwinan itu menjadi matang dan kedua2 insan yang bercinta itu telah tua dan pada saat-saat ini lah baru kita sedar erti cinta sejati.

    ….just my 2 sen

  11. skodeng ni boleh jadi pakar rujuk jika sesiapa inginn mencari jodoh …sila berikan no banduan anda untuk dihubungi… skodeng??

  12. Lawa, agak2 abg putra ni lelaki jenis mana? Hehehehe

  13. Rasa Abg Putra lebih berat kategori yang last tuuuu!!!???
    Sebab nampak dari segi fizikal,muka hidung,bibir memang berat ke arah tu wakakkakka!!!Daringnya aku baca air muka orang…dah dia tanya??Budin yg ni nak kena tooooot tak???

  14. Skodeng bukan pakar rujuk, tapi skodeng skodeng sana-sini, teropong nun jauh kedepan. Percintaan dan perkahwinan mcm teropong sebuah pulau, dari jauh nampak cantik dan aman, siap dengan hiasan sunsetnya dibelakang pulau tu. Akan tetapi kalau diteropong lebih dekat akan nampaklah semak-samum, hutan belukar, duri dan onak yang menyelubungi pulau itu. Utk sampai ke pulau itu, terpaksa lagi mengharungi ombak besar, atau nasib tak baik – tsunami. Persoalannya mampukan kita mengharungi obstacles yg tu sehingga ke puncaknya bukit tu. Teropong skodeng bukan tahap boleh tengok planet tu, apa-apa pon teropong itu sajalah yang dapat skodeng gunakan untuk menempuh dugaan kehidupan. Bila dah sampai kepuncak barulah kita dapat lihat pada alam sekeliling bahawa, tempat yang kita bertolak itu sebenarnya indah juga. Untuk sampai kepuncak bukit itu mengambil masa yang panjang, kebahagian berada dipuncak amat susah diperolehi.

    Mungkin kebahgian tidak dapat kita rasai didunia, tapi telah dijanjikan disyurga. Soalnya mampukan kita bertahan dengan sikap toleransi. Ucapan kasih dan cinta tidak perlu sebut kepada yg dikasihi. Perbuatan, rasa tanggungjwb, rasa hormat dan saling mengerti satu sama lain adalah adalah tandanya. Tidak semestinya percintaan itu berakhir dengan perkahwinan di dunia ini, mungkin disyurga kot? Wallahualam.

    Ada kalanya skodeng guna untuk teropong kat cermin, tengok adakah diri skodeng sempurna, manusia tak akan sempurna, manusia tetap manusia, bukan malaikat, kecuali manusia itu nabi. Tapikan nabi dan para ambia pun pernah menangis juga, so teori tirai “harga dirinya hilang apabila lelaki menangis” skodeng tak dapat terima.
    Skodeng pernah menangis tau, masa fail B.Mel masa ambik SPM tau! Akan tetapi bab menangis ni tengok keadaan bagaimana tangisan itu dititiskan, kena skodeng betul-betul adakah ikhlas, dari hati atau saja buat-buat. Dlm dunia ni skodeng dah teropong ramai yang pandai berlakun, depa ni semua dah pernah masuk uji bakat drama tak tak layak mungkin kerana tak ensem kot.

    akan sambung dengan kritiria yang skodenga tak brapa setuju.

    ..just my 2 sen.

  15. female bloggers tak berani komen ke??I’m waiting for them to drop few comments…Azis lom tawen sah x berani tomen tomen..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: