Aku mulai menyayangi dan kasihkan Haziq…

Pagi tadi setibanya aku di kelas agak lewat..bergegas juga aku kerana risau jika ada lawatan pemantauan dari JPN Kedah!Kalau tidak pun dari nazir bebas…mampos aku..Dah ler JU negeri konon contoh bagi semua guru prasekolah!!Dari jauh ku lihat nampak ‘macam kelibat seorang ‘nurse’Pesal dia datang pepagi ni??Dia memberi salam dan perkenalkan diri ..kami bersalaman!Rupanya dia ibu kepada si Haziq yang kuat menangis!Kami berbual sambil dia menceritakan keadaan Haziq!Ku lihat air mata tergenang di kelopak mata ibu ini..memang telah ku duga anak comel itu ada sesuatu yang tidak kena..
Haziq disahkan ‘Autisma’..aduh..sungguh aku simpati nasib si Haziq!Pertama kali aku melihat Haziq semalam,sebenarnya telah ada bibit sayang yang melekat di hatiku.Dia amat manja dengan ku walau baru pertama kali bersua!bayangkan Haziq memanggilku dengan panggilan mama…aku terharu sebenarnya bila anak itu manja denganku!Mentelah lagi aku sudah lama tidak beranak kecil..aku sukakan kanak-kanak ini biarpun dengan keadaannya itu..ibunya berulang kali meminta agar aku menerima si Haziq!Aku sudah berkali katakan padanya aku akan menerima apa sahaja jenis budak yang diserahkan padaku..sekali aku terima bermakna selamanya aku akan jaga dia sepanjang tahun ini!Macam kes lama semasa aku mendapat si Alia yang down sindrom dahulu..
Hari ni Haziq masih menangis bukan kerana takut sebenarnya dia tidak boleh dihalang apa sahaja kehendaknya!Jika orang mengambil barang kepunyaannya dia akan menjerit menangis!Lepas dipujuk dia akan kembali tenang macam kereta yang di brek secara tiba-tiba..itulah Haziq buah hatiku yang baru…hari ni Haziq duduk atas ribaku dan manja dengan pembantuku!Aku akan beri kasih sayang buat Haziq…Mulai hari ini semua anak didikku memanggilku dengan panggilan mama…mama azi..atau ringkasnya ma..
Mama sayang kalian sekian peluk cium dari mama buat Haziq dan semua yang berada di kelas mama!Mama loves you..

One Response

  1. kak lawa BOLEH!!!!!!!……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: