ROTI RENDAM BERAHI


Hari ini dah 3 hari aku diserang penyakit ‘sakit lidah’yang aku namakan ‘sawan lidah'(reka sendiri)sementara kebanyakan orang memanggil penyakit ‘telaga buruk’!Sakit sangat tau..pedih tiapkali lidah bergesel dengan gigi dan begitu juga ketika menelan dan mengunyah…malah bercakappun dah macam orang keras lidah!Jika ‘time’ni kena jadi pengacara,sah memang tak boleh nanti orang kata pengacara lidah keras!
Bacaan dalam solat juga terganggu sebab baca dalam kesakitan!

Punya lama sakit tapi haram nak pi kliknik beli ubat sebab aku rasa lemah sangat nak keluar rumah malah nak drivepun rasa malas!Cuma aku bangun tidur saja di rumah dan makan panadol je!Kalau orang lain sakit aku la yang sibok suruh ke klinik!Hahahha cakap memang tak serupa bikin..

Selama 3 hari aku makan apa jika korang nak tahu?Aku dah dapat cipta satu resepi seperti di bawah ini yang aku namakan Roti rendam berahi.Ingat hanya chef macam Gebu,Norz,Jun dan sorang lagi bloggers yang baru jadi chef boleh cipta resepi ke?Aku akan bukukan resepi di bawah ini untuk menambah saingan depa di alam masak memasak ini!!

Roti Rendam Berahi

Bahan-bahan:

Beberapa keping roti
Air panas secukupnya
susu pekat atau susu tepong
sebiji mangkuk

Cara membuatnya:
1.Koyakkan bungkusan roti untuk mengeluarkan roti yang diperlukan.
2.Carik -carikkan roti jika biskut anda perlu guna kemahiran ‘karate’mematahkannya.
3.Masukkan roti ke dalam mangkuk yang disediakan.
4.Masukkan susu kegemaran anda samada susu pekat ataupun susu tepong secukupnya.
5.Tuang air panas hingga roti atau biskut kembang.
6.Jika suka hiaskan dengan hiasan mengikut kesukaan anda!

Selamat mencuba!Jika ada sebarang kesulitan ketika membuatnya anda boleh hubungi saya di talian 103 sebab saya sudah menyediakan seorang operator untuk menjawab kemsykilan anda!

10 Responses

  1. 103???

  2. hahaha…tabik laaa….pas buat tu, mintak tolong bapak budin suapkan yeaa…amboi manjaanyaaa!!!..

  3. sat nak gelak omputih ni Theheheheh!Pak budin pun suap terketaq ketaq maklumlah takut tumpah..kahkahkah!
    Gebu lepas ni ko jgn jeles sebb kami nak bukukan resepi koleksi kami berdua..tauuww!!!Resepi yg mudah mudah dan simple kahkahkah!

  4. koyak2..carik2…karate2…senang punya resepi…hehehehe

  5. Azis,
    Resepi ini ilham ketika sedang sakit.Mana lah tahu jika ada sesiapa nak cuba masa sakit mulut,kerongkong ke dan amat sesuai dihidangkan kepada orang yang dah kehilanagn pagar…kahkahkah!Jika nak tambah kekuatan sila masukkan serbuk kopi Gano,kopi jantan dll.

  6. Ok..all the best utk buku masak2 kak lawa dgn abg budin tu….resipi muka surat pertama “magi telur budin” dan resipi last “roti rendam berahi”…2 tu aje kaa?…

  7. emmm..pasti ada lagi Gebu dibawah ni ada list menunggu:
    1)Telur goreng dadar asmara gelora
    2)Telor rebus cinta berahi
    3)Sirap kasih bertaut
    4)Pek Nga Jaipong
    5)Jemput Pisang Pendam Kasih
    6)Ketayap malam pertama
    7)Pengat Labu love is cinta
    8)Serawa Janji Manismu
    9)Bubur caca cakk aaa!!
    10)Jus limau aci ligan!
    Inilah yg hasil ciptaan kami bersama..aku rasa Gebu dan chef len dah kalah.Huh ..perah otak gak aku pikir nama-nama resepi kali ini!Kalau budin yg beri nama aku rasa lagi dahsat dan tak sensored langsung..kahkahkah!Sama-sama kita lihat senarai resepi dia pulak…

  8. Ada lagi satu Lawa tertinggal. Pisang Rebus Madu Jadi Tebutan. Yang ni Mat Gebu wajib cuba. Sedap seseda- sedapnya…

  9. hahahaha…..memamng haruuu!!!!…tapi resipi kak lawa paling best sekali “bubur caca cakk aaa!!!” tu…Tak biol ke otak kalau pekena resipi yg tu…Abg budin nya resipi baguzz laa…JANTAN habisss!!!

  10. Pisang rebus tu semalam terlintas di kepala aku juga,sebab aku memang suka makan pisang..cemana lah boleh tertinggal?Ralat sebenarnya pisang rebus madu tebusan!Ejaan lemah kerana Bang bud hang lemah BM!SPM dapat 7..sorry to say..hahaha
    Gebu semua hasil resepi adalah senda gurau yg kami rajin buat!
    Lagi satu lawa pernah buat biskut berkepit kurma dan biskut asmara tak jadi!
    Sejak dulu masa rajin reka biskut ada je nama pelik pelik..sekarang je dah malas nak masak sebb bz sekolah.umah.oum.blog dll.
    Dulu masa mimi kecik haku rajin cuba mcm2 resepi hingga jiran cop kata aku rajin masak??Satu request kat hang Gebu aku nak hang buat satu resepi yg aku ingin sgt iaitu kek sarang anai -anai.Seakan kek gula hangus tapi bilapotong nampak lorong anai anai cantik sekali…member haku buat eksyen jer x bg resepi hingga 10 tahun aku nanti x beri beri..pls Gebu ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: