Mengimbau Kenangan


Inilah kedua orang tuaku yang ku sayangi.Ayah masih gagah boleh memandu kereta sendiri.Cuma ibu sahaja yang uzur.Pun begitu kasih ayah tetap tidak berubah pada ibu walau ibu uzur ayah berkesempatan membawa ibu pulang ke kampung demi menghadiri majlis perkahwinan cucu sedaranya!Pasangan ini sangat romantis macam loving couple dan ayah dodoikan dan belai rambut ibu semasa tidurkan ibu!Dan aku terharu melihat ini semua…..


Inilah mak sedara lawa iaitu Mak Ngah kakak ayah yang masih ada!Dan inilah juga bidan kerajaan yang menyambut kelahiran Azizah anak pak Hashim dahulu!


Kesempatan lawa berjumpa dengan adik bongsu ayah.Mak Su Habibah.Cuma tinggal maksu dan mak ngah jer kini di kampung!maksu bekas guru KEMAS memang pandai memasak dan menjahit!


Bila melihat laluan ini teringat semasa lawa kecil dan masih bersekolah!Inilah rupa rumah yang telah kami sekeluarga tinggalkan kerana ayah dan emak berhijrah ke Kedah.Aku berangan jer kelak jika dah pencen nak menetap di Kroh dan buat mini banglo ke di tapak ini!Ha ha ha…jika dipanjangkan umur lah!Amin…


Lawa sempat berjumpa bekas guru Matematik lawa iaitu Cikgu Zainal Abdin b.Zin berasal dari Alor Star Kedah.Inilah wajah cikguku!Seorang guru yang dedikasi semasa mengajar kini menetap di Kampung Selarong kerana berkahwin dgn gadis kampung ini dan juga sedara lawa.


Di padang inilah lawa bermain luncur upeh kelapa/pinang bersama kawan-kawan atau lawa menjadi ‘passengger’dan kawan yg kuat menarik buat macam kereta la konon-konon!Ini semua adalah permainan budak -budak kampung macam kami!Tetiba teringat pula kawan lelaki yang cikgu suka match dgn lawa…nama dia Wan Suhaimi dan cikgu yang sering mengusik lawa ialah cikgu Kamarudin orang Kuala Kangsar.Harap jika mereka terbaca blog ini alangkah bagusnya!


Ini lah bangunan sekolah ketika aku bersekolah semasa darjah 4.Sedihnya bila terbayang di mata aku berlari,bermain dan keluar masuk di bangunan ini suatu ketika dahulu!Terbayang juga di mata ini wajah guru guru yang silih berganti mengajarku..aahh sedihnya!!Teringat juga di dalam bangunan ini juga kucing kesayangan lawa bernama ‘Jenny’ mati!Lawa menjadi ketua darjah mula dari darjah satu hingga ke darjah 6! Konon ada bakat pemimpin..pasan!!Nostalgia ini amat memilukan…


Sayu hati melihat runtuhan ini.Aku masih berkesempatan mengambil gambar runtuhannya sebelum ia terus hilang lenyap di pandangan!


Kesempatan menghadiri kenduri kahwin anak sedaraku,ku ambil untuk meninjau tapak bangunan sekolah tempat aku belajar semasa sekolah rendah dahulu!Kini bangunan lama itu sedang dirobohkan sebab sudah lama tidak digunakan!Dari balik pagar aku dapat melihat dengan jelas runtuhan ini!Sedih bila terbayang ketika aku masih kecil dan aku juga sempat mengajar di sekolah yang sama sewaktu berkhidmat sebagai guru sementara di Sek.Keb.Bekuai Kroh Perak ini.


Laluan inilah yang pernah aku gunakan ketika berjalan kaki ke sekolah kerana rumahku dekat jer dengan sekolah!

18 Responses

  1. Kalau Lawa nak menetap di Kroh bila dah tua nanti, Budin nak dok mane..? Mungkin masa tu Budin dah tak de kot…?

  2. Budin kan kita plan nak dok Kroh masa pencen nanti??Caaiiiiittt!!!Apa daaa!!!poddddah!!!
    Kita beli tanah dekat masjid senang budin nak pi solat jemaah!Dan kalau mati pon senang org usung kita pi kuboq!!!!
    Eh haper haku merepek ni…sah PakAsdy kata haku demam lagi!!!
    Budin walaupun kita bermusuhan yang agak pelik dan ajaib ini namun lawa tetap mendoakan musuh lawa yg seqoq ni sihat dan panjang umur!Agar dijauhkan dari segala penyakit bahaya seperti kusta,Aids,Hiv.demam Denggi berdarah,Lukimea dan segala sindrom terutama down syndrom!
    Harap Budin tolong doakan agar lawa juga panjang umur dan sihat sebab walaupun kita bermusuhan agak pelik namun biarlah sekurangnya dapat berjumpa juga dlm keadaan sihat dan masih cantik.Tak mo juga jumpa masa dah berkedut seribu kat rumah orang tua Bedong kahkahkah!
    Caiiitt bunyi mcm haku dah cair ni….

  3. Melihat gambar-gambar ini teringat siri dokumentari 3D Siti Nurhaliza terbitan SNP (syarikatnya sendiri).

    3D tu Dari Dalam Diri. Sepatutnya n3 ini berjudul 3D Cikgu Lawa

    Kalau Datuk Siti Nurhaliza dok pakai tudung penuh nanti adea persamaan kot.

    Maka kenalah cari Datuk K ..eeh Datuk B-nya sebagai pasangan abadi.

    Hehehe, Lawa dah semakin sembuh daripada meracau. Budin dah bagi ubat betul.

    Semoga semuanya sihat sejahtera. Amin.

    (Sebelum terlupa kat blog I ada n3 baru dihias bunga orkid cantik – pergilah tengok)

  4. uiks ye ke Pak Asdy 3D Datuk Siti??Entah laa ini cuma idea sendiri ketika ziarah kampung halaman yang lama ku tinggalkan kelmarin 26 Jan.2008.Lawa dah penat org panggil Datin di mana sahaja!kalau dapat kawen datuk betul x per la jugak..Datuk B plak dah!Nak rekomen ka dgn Datuk B?kang kene hamok x pasal….sedihla pak Asdy bila imbau kenangan zaman kanak-kanakku!Lawa anak tunggal agak lama juga baru nak dapat adik so emak bapak kawal bagai nak rak!Jauh sekali nak pi mandi sungai…teringin cuma tengok jauh sebab di belakang rumah memang ada sungai tempat mandi manda!Jangan harap laa nak buas buas macam budak lain tu pasal lawa ni lembik je sukan langsung tolak tepi tapi bab snorkling dan juggle tracking ok jer.

  5. Kenangan lampau sememangnya mampu mengimbau nostalgia manis yang tak ada dijual di mana-mana kedai…kan Lawa?

    Bayangkan, semua impian yang dicitakan itu tercapai tambahan pula orang yang siyangi ada di sisi…perghhh…susah mau ceritera la Lawa… kan?

    Tapi…kalu sekadar impian yang dibawa dalam mimpi hingga meracau2 jer…erm..xde maknanya! Betul ke nih?

    Apa-apa pun dengan gelaran datin yang diterima, untungnya jika Datuk B ada disisi… Datuk B? ermmm..Datuk Boncit kut! ngeh…ngeh..ngeh..

    >>larrriikkkk<<

  6. Cerita dan gambar begini membolehkan rakan-rakan blog mengenali peribadi Lawa dengan lebih baik.

    Sekarang saya lebih melihat Lawa sebagai seorang insan dengan kompleksiti peribadi khusus, bukan seorang cikgu yang kerap melaung suara atau meracau.

    Dapat juga dibuat perbandingan oleh rakan-rakan lain.

  7. Walaupun dia musuh aku, tapi aku sebenarnya sudah lama menyelami hati budinya. Dia seorang yang sepi, yang banyak dihimpit kenangan lalu. Dia seoranga berhati mulia, cuma jejarinya suka meracau, sehingga aku tak tahan dan bergaduh. Namun dalam hati kecilku masih menganggap dia seorang rakan yang sukar diajak bicara. Sebab peratusan hidupnya lebih memihak kepada gurau senda yang mengatasi normaliti. Kesimpulan aku, dia perlukan pembimbing yang dapat mengiringi dia kembali ke landasan yang nyata. Aku berharap Datuk B, walaupun Boroi, dapat memimpin dia ke jalan yang selamat.

  8. Aduh…selepas balik dari membeli barangan prasekolah aku membaca komen kawan-kawan di atas ini!Terima kasih buat kalian yang sudi!Adoi ketika menulis ni aku masih diserang gastrik sebab dasar degil dilarang makan cili aku melantak!

    Pak Asdy:
    Dulu pernah lawa tulis mengenai adik Haziq.Kesan dari tulisan itu Norz terasa ingin memeluk dan mencium lawa.Mungkin dia terasa sifat keibuanku…perasannya aku!
    kali ini bila lawa tampil dgn nostalgia ini,pak Asdy pulak dapat membaca peribadiku yang tersembunyi di sebalik kenakalan dan kemeracauan serta kemeroyananku!harap DBP jgn marahkan lawa jika ada pencemaran bahasa ok!

  9. Daklan:
    Amboi daklan ibarat buah yg kena jolok (rojoh) baru gugur!Puas lawa pi jolok kat blog baru gugur buah Daklan ni!
    Meracau,meroyan hanyalah senda gurauku.Nampak mcm gedik kan?Memang gedik dan peramah tapi jika pertama kali jumpa aaahhh aku jenis malu malu kambeng…daklan oi..tunggu panas enjin skit baru ‘rabong’ kata org Kedah!Tapi jika nak tengok lawa pot pet ko buka je jalan bertengkar!!!Sah haku over dos!!!Nak menang walaupun dah rasa kalah…padan muka haku..

  10. Abang Budin(Datuk B)
    Walaupun dia musuh aku-ye ke kita musuh ni?

    tapi aku sebenarnya sudah lama menyelami hati budinya.-patutla rasa macam ada orang menyelam ni..eh geli laa!

    Dia seorang yang sepi, yang banyak dihimpit kenangan lalu.-Banyak kenangan manis dan pahit dalam lubuk hati ini..ecececece!

    Dia seoranga berhati mulia,-memang mengikut bahasa Arab Azizah beerti yang mulia!

    cuma jejarinya suka meracau,-ya betul sebab jari lebih cepat pick up dari otak mengikut teori Budin.

    sehingga aku tak tahan dan bergaduh.-Lor Budin tak tahan ke?Patutlah cari fasal bergaduh sakan..tapi sonok kan gaduh dari serius?ramai diluar sana yg suka kelakar dari serius.Cuma buat-buat tak suka!

    Namun dalam hati kecilku masih menganggap dia seorang rakan yang sukar diajak bicara.-sukar diajak bicara secara serius sebab seriusnya sekejap merapunya banyak!

    Sebab peratusan hidupnya lebih memihak kepada gurau senda yang mengatasi normaliti.-Ya betul hampir peratus memihak kepada senda gurau!Iss takkan sampai tak normal kut??Sah kalau tak caya tanya bebudak yg tumpang kereta lawa!Pagi-pagi dah nyanyi sambil drive hingga sampai sekolah!Jenis hepi nak buat cemana!

    Kesimpulan aku, dia perlukan pembimbing yang dapat mengiringi dia kembali ke landasan yang nyata. Aku berharap Datuk B, walaupun Boroi, dapat memimpin dia ke jalan yang selamat.-ya bimbinglah daku ke jalan yang benar..tapi jangan paksa aku untuk serius sebab aku tak tahan nak gelak!Kalau orang marah aku tak tahan nak gelak dan lepas dia habis marah aku akan tanya dah habis belum?Kini dengar aku marah pulak ok?
    Bab boroi..ni sensitip la oi..boroi tak per janji masih macho dan romantis!Pandai ambil hati ni yg penting!

  11. Syukur Alhamdulillah, Cikgu kita dah sembuh 99.9 peratus.

    Yang 0.01 peratus itu letaknya di tangan Budin, pasal Budin ada kain kuning dari Pak Yus.

    Kalau dia asapkan kain itu, meracaulah si Lawa. Kalau diletakkannya di bawah bantal tidur nyenyaklah…

    Agaknya kita yang asyik berblog kadangkala kurang memerhati aspek psikologi dan sosiologi sesama rakan.

    Untuk maklumat yang baru kenal dengan Budin, sebelum, berblog Budin seorang yang amat reserve dan amat terhad pergaulan di tempat kerja.

    Hanya orang-orang tertentu macam saya dan Abang Putra yang boleh sama-sama bergurau dan ketawa dengannya.

    Orang lain berinteraksi dengannya secara official sahaja, mungkin kerana takut renungan tajam dan perawakannya macam Maharaja Daha dalam Panji Semerang.

    Sedar tak sedar blogging telah menukar personaliti Budin dan mengeluarkan potensi kemanusiaan positif yang sekian lama mendap dalam dirinya.

    Melalui blogging terbongkar banyak cerita dan rahasia siapa dia sebenarnya – yang walaupun mata dan misainya ala Mahgaraja Daha (lakonan S Kadarisman)dia seorang kawan yang kelakar dan mudah berienteraksi.

    Bagi saya inilah satu nikmat dan faedah besar blogging – memecah kesepian anggerik di taman kota.

    (Kesepian anggerik ini yang saya baca dalam tulisan Lawa dan Lawalah yang menjadi sumber ilham rencana anggerik itu ditulis di blog saya http://saieedriss.blogspot.com)

    Hanya satu hal saya perhati bahawa Budin yang satu ketika seorang pengkiritk sosiopolitik yang tajam sudah kurang menulis tentang sosiopolitik sebaliklnya mendekati apa dalam dunia sastera sebagai sosiomagis.

    Cukup sekian ulasan saya tentang saudara Budin yang sekarang ini hero blogging mengetop.

    Kalau ada ruang lain kali saya akan perturunkan analisis lain pula.

    Eh, macam pandai sangatlah… sori Din, I terbawa-bawa dengan rencana panjasng si Lawa…he hehe..

  12. Syukur Alhamdulillah, Cikgu kita dah sembuh 99.9 peratus.
    -Kejap nak scan guna scanner opis!

    Yang 0.01 peratus itu letaknya di tangan Budin, pasal Budin ada kain kuning dari Pak Yus.
    -Ya kain kuning pernah ku jumpa dalam bidai buluh suatu ketika dahulu.Cuma yg heran masa siangnya bidai itu dibuka beberapa kali tapi kain kuning tidak kelihatan pun.kenapa keesokan harinya kain itu muncul dalam bidai?Ini kisah benar dah lama…

    Kalau dia asapkan kain itu, meracaulah si Lawa. Kalau diletakkannya di bawah bantal tidur nyenyaklah…
    -emm best jugak sebab boleh lena sampai pagi!

    Agaknya kita yang asyik berblog kadangkala kurang memerhati aspek psikologi dan sosiologi sesama rakan.
    -Ada juga tapi ramai yg suka jatuhkan hukuman membuta tuli dan terus delete dari friendlist!Kira shutdown pc jika nampak kawan ni masuk!huh dahsat!

    Untuk maklumat yang baru kenal dengan Budin, sebelum, berblog Budin seorang yang amat reserve dan amat terhad pergaulan di tempat kerja.
    -Is is is tak sangka sungguh..seb bek ada pak asdy tukang habaq!Ni lom si abg Putra habaq lagi!!

    Hanya orang-orang tertentu macam saya dan Abang Putra yang boleh sama-sama bergurau dan ketawa dengannya.
    -Iss ..iss sah dahsatnya Raja Budin tu kan???I dont believe my eyes..hahah

    Orang lain berinteraksi dengannya secara official sahaja, mungkin kerana takut renungan tajam dan perawakannya macam Maharaja Daha dalam Panji Semerang.
    -bukanla dia macam harimau jantan mati bini beranak songsang sebulan masuk labour room baru beranak! kahkahkah!

    Sedar tak sedar blogging telah menukar personaliti Budin dan mengeluarkan potensi kemanusiaan positif yang sekian lama mendap dalam dirinya.
    -iss iss mendap lamanya tentu dah naik cendawan so x yah pergi pasar dah jimat kos!Gano ader??Mai secawan??

    Melalui blogging terbongkar banyak cerita dan rahasia siapa dia sebenarnya – yang walaupun mata dan misainya ala Mahgaraja Daha (lakonan S Kadarisman)dia seorang kawan yang kelakar dan mudah berienteraksi.
    -uiiihhh mak aaiii dia memang lah seorang yang lembut gigi dari lidah bila berbicara..cuma jaga time hamok suara dia picing lari habis tauuu!!!Suara dia dari alto bertukar jadi soprano kahkahkah!

    Bagi saya inilah satu nikmat dan faedah besar blogging – memecah kesepian anggerik di taman kota.
    -memang setuju sangat dapat memecahkan dara kesepian…uiks daringnya ayat ni!aauuuww!!

    (Kesepian anggerik ini yang saya baca dalam tulisan Lawa dan Lawalah yang menjadi sumber ilham rencana anggerik itu ditulis di blog saya http://saieedriss.blogspot.com)
    -AAuuuww Pak Asdy!!!Tak sangka aaiii!!yang tak baper lawa ni boleh jadi sumber ilham abaaaangg!!

    Hanya satu hal saya perhati bahawa Budin yang satu ketika seorang pengkiritk sosiopolitik yang tajam sudah kurang menulis tentang sosiopolitik sebaliklnya mendekati apa dalam dunia sastera sebagai sosiomagis.
    -Iss sasterawan ni memang la buat aku jenuh bukak kamus Dewan cari makna sosiomagis ..huh!jenuh!

    Cukup sekian ulasan saya tentang saudara Budin yang sekarang ini hero blogging mengetop.
    -Dia memang sakan dan durjana dalam mengetopkan diri!Peminat spesis lawa yg ramai syokk…semacam kat dia!sah kain kuning yg empunya angkara…Pak yos pulak dah..

    Kalau ada ruang lain kali saya akan perturunkan analisis lain pula.
    -Turunkanlah kami syok banget baca tulisa Pak Asdy!Tabek tuan Saiee Driss!By the way anak tiri aiii apa kabar dan cucu tiri aaii semua sihat ke??Mula meroyan balik ni ..haha

    Eh, macam pandai sangatlah… sori Din, I terbawa-bawa dengan rencana panjang si Lawa…he hehe..
    -memang lawa juga dipersalahkan..kalau dia ni polis trafik sah haku kene saman banyak kali dah….

  13. Renungan untuk Lawa. Apa yang dikatakan Pak Asdy mengenai diri saya bagaikan suatu kerja kopi and paste. Maksudnya, betul. Saya seorang yang tekun dengan kerja. Jarang bergurau senda sehingga sekarang. Saya meracau hanya dalam blog. Tapi di opis terus bermenung. bukan menung kosong, tetapi mencari idea untuk program seterusnya. Yang berkawan dengan saya sekarang hanya bos-bos. Sebab cara saya bekerja sesuai dengan citarasa mereka. Rakan-rakan sejawatan tidak berminat berkawan dengan saya, hanya mereka yang sama genuis dengan saya. Yang kaki ponteng, kaki sembang, tidak mahu mendekati saya, sebab saya tak suka sembang kosong ditempat keje. Kita kerja dengan tekun untuk dapatkan rezeki yang halal. Pak Asdy dan Abg Putgera juga tekun. Sebab tu mereka mahu berkawan dengan saya. Yang lain, kaki temberang je… Boleh gurau senda, tapi selepas habis kerja. Muka saya memang garang. Pandangan mata saya tajam. Harimau pun tunduk kalau pandang saya……

  14. Profesional sungguh Budin ni ye Pak Asdy!So lawa pun nak profesional jugak la..so nak jawab ni..
    Sejak mengenali penerbit tersohor ini lawa pada mulanya lawa ingat dia remaja berusia 20 an!Tolong jangan sengih baca ni!memang lawa nampak cara dia kebudak-budakan semasa 1st time masuk kamar blog lawa iaitu blog praskbs!Cara dia mesej keanak-anakan dan member lawa yang lain juga menganggap si budin tu macam budak budak lah!lawa pernah dengar org kritik dia masa tu!lawa cuma anggap Budin ni seorang yang suka bergurau.Cuma lawa rasa kurang selesa masa tu sebab blog yang budin masuk tu adalah blog agak rasmi iaitu blog sekolah lawa.Lawa warning dia masa tu sebab Guru Besar lawa pun dok masuk perati!Mungkin dia terasa hati masa tu..lawa terpaksa tegur dia sebab gaya dia macam masuk mengurat!hahhaha ..lawa segan nanti Guru Besar lawa perli pulak..sebenarnya lawa ni paling x kisah org nak belasah blog sebab itulah lawa mula buat blog lain!Supaya boleh merapu…Ada ke patut budin komen suruh buang kan gambar Guru Besar sebab nampak garang!nakal sungguh dia.dan asik sebut cikgu kesayanganku..nakal dah dia masa ni pak asdy nak tauu??Dan sepanjang bulan September(kebetulan bulan puasa)Budin dan sapa lagi masa tu lawa lupa rasanya UJ kut yg sering masuk blog Budin.sapa ha budin masa innah,baba masuk?Sorang lagi sapa lawa lupa..tolong ingatkan sat..time ni ramai masuk juga, lawa lupa siapa asik ajak pi kuliah subuh,kuliah tengahri dan kuliah maghrib di blog budin!Sapa haa pls tolong ingatkan siapa yg rajin ajak lawa masuk kuliah subuh dan kuliah tengahri di blog budin???X larat recall ni…pls budin ingatkan sat!masa ni budin ajar kami semua niat mandi wajib!lucu sungguh..dia

    kini dia(budin) yang warning lawa plak dah sebab aku over dos di blog dia..uiks mcm balas jer..
    dalam hati lawa ..masa tu lawa dah rasa suka sangat budin ni walau tak pernah lihat wajah dia.Dia letak gambar pun sekejap je dan gambar tu kecik nak tengok kene guna kanta!lepas tu dia delete pulak!
    Nak tahu cerita seterusnya??ni sorang lagi combi dan norz muncul dalam blog budin dan lawa tidak sedar cemana boleh mengenali combi dan norz cuma masa tu kononnya kami ni bini budin.Konon konon kami ni bermadu hahahha!Yang ni pun kene hamok dan perli oleh seseorang yg menyamar(dasar pengecut) mengenai kami yg sering msg di shouts budin.kami bertiga kena warning!!!
    Combi dan lawa pernah berbincang mengenai budin dan combi pernah tanya lawa hang pernah nampak gambar dia tak?lawa jawab mana der gambar kecik nak mampos aku nk tengok jenuh betulkan spek haku!!Combi kata dia pernah tengok dan menyesal sebab dia tak save gambar budin masa tu!Yang syoknya combi menyesal jer sebab tak boleh nak kasi lawa tatap wajah budin!Combi lupa di mana dia pernah lihat gambar budin..dia kata budin macam cina!hehehe yg ni geli hati sebab gambar budin sebenarmnya ada dalam n3 Ogos dan dia x pernah buang pun gambar tu..
    Akhirnya Budin sendiri yang beritahu lawa di mana gambar dia dan lawa pun masuk tengok..syok jer kenangan ni..
    Akhirnya lawa dah mengenali Budin yg sebenar… memang masa tu lawa x pernah bacapun dia ni siapa?Pada hal terpampang kat depan tu tertulis RTM Dunia jam 11…kahkahkah!Ini pengakuan lawa langsung x baca info tentang dia masa dia dok meracau di blog lawa praskbs dulu.dan masa lawa syok masuk bersama baba dan innah pun lawa masih tak perasan RTM Dunia lagi..sah dia kata betapa teruknya haku…yang tau lawa cuma mula lihat RTM DUNIa time lawa letak dalam guest book di blog antulawa.masa ni memang dah tahu RTM DUnia teruk sungguh haku…memang aku jarang tengok TV sejak aktif melatih budak sejak hujung Mei 2007 utk karnival prasek.
    dan selepas itu dah x larat tatap wajah dia di kaca TV sbb x larat terhendap hendap macam orang gila bila tiba berita jam 4,5,6…kahkahkah!
    masa ni lawa guna nick peminat_berita jika norz masih ingat ada fasal la guna nick tu combi…hahaha!masa ni ada org majuk dgn lawa kahkahkah.

    dah panjang ni dah boleh buat n3 baru ni…stop dulu pak asdy nanti bersambung biar jd n3 baru..

  15. Hahahaha…. Din, terbongkar rahasia… bila sayang berputik dan cinta tersemai. Hoooo Boleh dijadikan skrip filem Hindustanlah … tapi kat mana nak bubuh virus selsema burungnya?

  16. Memang dah ku duga Pak Asdy lah orang yang akan masuk komen no satu!Uiks selsema burung?Lawa tak baper faham bab selsema burung..maklumlah baru tadika?Ni..ni masuk jawab pagi ni pakasdy..
    Lawa pun syok filem Hindustan dan filem Tamil pun belasah jugak!Baru duduk depan TV je dah nanes…tapi tak ler sampai guna tisu!!
    Lap guna tepi lengan baju jer aaahhh style macam orang dolu dolu la…

  17. Pak Asdy – Virus selesema burung dah nak baik. Sebab dah jumpa perigi buta. Sebab cara pengubatannya kena rendam dalam perigi buta selama tujuh hari tujuh malam.

  18. selsema burung pun masih biruuu!!
    X fahammm!!Ini pulak perigi butaaa???lagi hughu haghaaa..
    Dengan budak budak tak baik tau cakap berbelit belit mesti direct to the point!!!
    Pak Asdy boleh explain kut supaya terang lagi bersuluh!
    Kalau cikgu mesti terang dengan jelas hingga faham betul betul…kalau penerbit dia cuma terbit jer laa!!Ore kelate kater kiro dok tubek sokmo…dok kesah ore pehe ke dop..dio dok tubekk …jer!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: