Mimpi naik pelamin..

Abg Putra mimpi Budin naik pelamin dan lawa pulak dapat semua ni dalam mimpi siang tadi!

Cerita selepas naik pelamin:
Sebelum Tido:
6 minggu: Sayang terima kasih kerana melayan abang..nak dakap ayang sampai pagi ni…aahhh!! iklan Air Asia kahkahkah!
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!Panas ni!Aircond pun rasa panas! Bau apa ni awak mandi tak??

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Pesal lambat u berangan ke haper?Pikir sama org len nak berak jugak?

Balas SMS:
6 minggu: Yang I love u very much..abg tengah tatap gambar sayang ni..yang jampi apa abang dah terok ni… ni mesti bukan doa makan jer kan?
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..kalau call pun x der yangg..x der penutup off terus!

Dating process:
6 minggu: I love U, nak kiss u boleh tak??
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Pikir masalah banyak…faham faham je la kalau ajak masuk bilik buat projek tu dah kira love..faham amik la x yah ngader!X yah mukaddimah dah!

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih… jom nomen nak? Katil kita dah ada org datang pomen kaki dia tak?kali ni yg belah kiri plak dah!
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??mengeluh kalah lembu marah! malas dah nak pomen kaki katil..emm

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli spot rim baru sesuai untuk keter kita, dikira hadiah bersama la!
6 tahun: Faham je la x yah nak ngader beli hadiah…duit banyak nak guna ni!

Telefon:
6 minggu: Baby, abang rinduuuu nih rasa macam nak dakap u dan rasa panas badan u! yanng abang angau ni….rinduuuu!
6 bulan: Balik nanti kalau boleh tumpang orang lagi baik.. x yah abang ambik!
6 tahun: WOOIII nak jawab call pun susah sangat ke….lambat lembab!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!! Karipap malam lagi dan nasi lemak RM 1 kesukaan abang..fuyyo!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, jgn sedih dan meroyan abang ada di sisi sayang…kita beli len..
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Awak ni mata buta ke?Tara tu besar x nampak???haaa??

Sms berahi:
6 minggu: Aduh sayang, teringat u selalu yang tak boleh keje ni…u jampi apa yang?? Abang angau ni…
6 bulan: kalau ada masa kita jumpa tu pun kalau x sibuk!
6 tahun: abang sibuk ni jangan lupa kunci kereta check minyak sama!!Abang sambung seminggu lagi kursus ni!

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita pi langkawi atau ke tempat yg U nak honey?
U nak kemana sebut jer…ekonsave x main laaa..kubur China Cheras ok gak!
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK.Bila nak ubah perangai?pi ngajar sekolah menengah cepat matang sket!!!Caaiiiittt!!!

12 Responses

  1. Hahahaha, satu entri yang mendedahkan rupa kita yang sebenar. Kenapa jadi demikian? Kenapa perangai kita lain–masa cinta, baru kahwin, dan beranak pinak–nada dan iramanya berlainan sekali. Tang ni Cikgu Lawa boleh jawab.

  2. Hahahaha, satu entri yang mendedahkan rupa kita yang sebenar.
    -kebanyakan kita mudah boring dgn hidangan lauk yg sama tiap hari!kalau asik ikan tamban jer cemuss jugak bang!Sekali sekala cuba upgrade diri dan cuba hidangkan makanan mengikut selera yg disukai!Budin tahu bab bab selera ni sebab dia suka dan pandai makan bang!Aauuww…

    Kenapa jadi demikian? Kenapa perangai kita lain-
    -masa cinta,
    jangan cakap laa rindu bagai nak rak,nak dengar suara,nak jumpa,nak duduk dekat.haba badan pun dah rasa indah tu belum bersentuhan lagi…aaauuww!!Nampak bumbung rumah,bumbung keta atau masuk blog pun dah syok sangat!!peeewitt!!

    baru kahwin,
    memang la sebab keta baru,enjin baru,body baru,semua masih berkilat so start sekali pulas punat jer jalan..kahkah!Tapi kadang -kadang brek je agak terkejut!

    dan beranak pinak–nada dan iramanya berlainan sekali.
    lor dah sebutpun dah beranak?maksudnya dah masuk workshop dah rosak so ada jer la bahagian yg nk kene pomen!Kalau bawak pun x baper smoooth dah…haha

    -memang lelaki bila dah lama kawin,baru sedar kata salah pilih konon!masa tengah angau rasa inilah pilihan yang tepat buatku!Sebab banyak perangai dan sikap dia seakan sama dgnku…orang kata bila dah gila orang memang teruk…
    Abg putra rasa budin setuju tak dengan pendapat lawa ni???kahkahkah?

    Tang ni Cikgu Lawa boleh jawab.
    -Alaaa sapa sapa jer boleh jawab bang…abg putra lagi laa sampai berderet holdings!Kita nantikan abg bud dan abang asdy serta Dak Rio yg ada idea bernas masuk komen bang…atau daklan pakar psikologi masuk…combi dan norz jgn dok diam jer…

  3. TO LAWA:

    Belum sempat nak ‘n’omen ( KAKI ‘k’ dah ilang sbb oku)…konsep percikan bunga api dan konsep lilin kehidupan! Nanti kita huraikan….ok? Nak ke bengkel kejap, urgent!

  4. iss daklan ni ngader jer masuk buang karen..habaq dia nak pi bengkel ..urgent laaa…adoooi bau umah sapa masak ikan pekasam ni!!!Sedap makan dgn pulut lemak ni..adehss..
    Daklan haku tunggu hang masuk komen kalau x masuk x mo kawan dah!!Muhaaa…ala abg put! ececececec ala combi!

  5. setuju lawa 99% jer..sbb 1% tu abg aku..dia menten cm dulu gak..cumanye dah tua2 ni romantik pun cm org tua gak.. :p

    tak larat nak main kejo keliling pokok pisang cm dulu lagik..

    ~ p e a c e ~

  6. sape la yg mimpi nih, sik baik aku x mimpi camni…aku baru nak sempat nak mimpi jek dah kena kacau…:D

  7. aku mmg budak baik, budak aku pon baik gak, yg tukang kaco lagi baik…haha

    tp kan, dlm byk2 angka asal buat 6 tahun?? mcm tau jek aku dah 6 tahun tawen..hehe

    dah 6 thn tawen x byk ckp dah, sbb semua dah paham masing2, kalo ok, kasi angguk itu kapla…muehahaha

    tp kan, bila balik keje, semua org nak bercakap, along mengadu nak beli alat-tulis, angah mengadu nak beli buku kaler2, acik mengadu nak beli helikopter…mak pulak mengadu nak beli ladang sawit. issh pelik tol bini aku nih minat property… uhuhuuu

    ps: asyik aku je komen blog org, org len x plak komen blog aku…isk isk

  8. Setiap yang baru semua orang suke…GF baru..BF baru..makwe baru…tokwe baru…kawan baru…gulai baru….tambah baru kawinnn…mcm dah tak lagi dunia..

    Tp bila dh lama2 ….lagi lama…bertambah lama..semakin jauh..tido jauh…sembang jauh2…apa tah lagi kalo berjalan..smua jauh2
    kenape yek?

    Sepatutnya yang lama lagi ohmmm tp kena le servis selalu….tukar minyak itam (kalo kete)…tegak kan mana2 yang bengkuk2..keraskan mana2 yang kurang keras mcm tayar kete atau taya vispa..mudah2an berjalan lancar !!!:)

  9. Tu pasal kita semua kene ubah paradigma dalam hubungan..ececececce!

    atau

    kene cari spare part baru

    atau

    kene ubah gear box baru

    atau

    eh jap ko ni anjang aki ke?Anjang dah ubah semua part ke anjang?
    harap servis anjang berjalan lancar!Boleh masuk formula 1 ..kahkahkah.

  10. Hehemmmmm

  11. Pak Asdy…singkatan Saiee Driss.lenkali pi berdehem di bilik air sebab lebih bergema ada pantulan…hehe ni msti ngata haku la ni..nyampahss..

  12. Adakah sesiapa makan nangka? Hehehemmmm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: