Jawapan Tag Aziss…(dia ni paksa aku jawab!)

Azis haku dah jawab tag hang ni..mai baca kaiiihh!!
8 perkara tentang lawa ialah:
1) Aku seorang yang ceria type susah nak serius kalau serius time kene marah atau sakit hati.Tu pun hanya 2 minit kut serius lepas tu mudah senyum dan gelak.Aku meminati orang yang kelakar dan pandai buat joke terutama yang pandai borak merapu…. janji pandai buat aku gelak..sah aku sonok kawan dgn dia…

1) Aku ni kalau ada masalahpun samada kewangan ke?masalah peribadi ke walau tengah meruncing aku tetap cool masih boleh buat joke dan gelak lagi.Celah diskas bab masalah pun kdg masalah tu plak jadi bahan senda gurau.Memang kaki gurau la pembacaku sekalian!Percaya tak aku sering menyakat pekerja sekolahku hingga depa semua suka sangat padaku.Kalau aku x der sunyi depa…

3) Tiap2 bulan aku mesti hadiahkan sesuatu yg berjenama(macam macam makna ni…ada jenama Kotex…hahha)untuk diri aku sendiri,sebab nak tunggu orang beli lambat…dan sapa pun x hingin nak hadiahkan haku..nanes!!

4)Bende yg paling aku suka beli ialah bukan barang kemas macam perempuan lain!Aku suka beli barang teknologi seperti external hardisk,woofer,mp3 or mp4,boleh dikatakan keperluan PC aku suka beli.So kalau hampa nak beli hadiah belikan haku monitor flat screen ke?Habis koman mouse ke cukuplaa!

5) Ada 2 benda yang paling pantang dalam hidup ialah bila orang salah anggap dengan perkara betul yg aku buat!Misalnya aku pergi membeli di pasar raya,lepas balik rumah aku perasan ada barang yg dibeli tadi tidak dimasukkan ke dalam beg!Bila pergi argue langsung dituduh pura -pura!Sakit hati dgn keadaan ini.Satu lagi firasatku memang selalu tepat gerak hati aku tepat!Aku memang perasan orang yg suka haku atau benci aku…cuma aku susah nak kenal org sindir sebab aku dok ingat depa bergurau..hahhah ni yg syok ni..

6) Jangan risau aku seorang yang simple saja tak cerewet dalam bekerja,suka menghiburkan orang.Suka buat joke biar orang gelak tapi orang sering salah anggap!Terutama kalau berbentuk mesej yg bisu dan x der tone!Org susah nak beza aku gurau ke perli!Aku x pernah sindir orang..kalau aku gurau maknanya gurau laah!Hidupku memang penuh dgn gurauan…susah nak cari serius!

7) Terlalu pemaaf aku ni asal org senyum aku dah kata org tu suka aku …dek kerana itu aku mudah terluka dan kecik hati dengan sikap sesetengah orang di sekeliling aku walau apa pun anda di sekeliling aku buat pada aku,aku tetap maafkan dengan harapan berhenti sakitkan hati aku lagi…jom kita kawan nak??

8) Paling penin dan tak suka ialah-bila terhidu bau ketiak yg tengit…aku sabor je…hahhah sah orang tu suka makan bawang banyak ayoyo bawang putih jgn makan banyak taww!!
Mangsa tag semua dah meninggal donia so aku x sambung tag ini!!!

2 Responses

  1. cayang kak lawa ni….🙂

  2. Ziss..aku tunggu hang masuk lama juga semalaman aku peram tag ni..
    aku rasa nak repair lagi perkara yang aku benci hahahha:

    1)Kawan yang tikam kawan dari belakang.Depan pura -pura baik konon dia kawan kita namun apa sahaja rahsia yang patut rahsia dia ceritakan pada orang lain!

    2)Kawan yang sukakan gossip dan sanggup dedahkan bahan gossip yg dikumpul kepada orang lain!Sebab dia tak tahan jari nak copy paste pada orang lain maklumlah benda tengah panas!

    3)Kawan yang sanggup buat pakatan menghasut demi sakit hati melihat kelebihan kawan.

    4)Kawan yang gemar melihat reputasi kawan sendiri jatuh dan dia tunggu nak tepuk tangan!

    5)Kawan yang pandai berpura-pura sebagai sahabat tetapi dialah ‘spy’.’fbi’mafia’ pencari bahan gossip panas!

    Aku macam hang Azis mudah percaya dan mudah memaafkan jika kawan dah sapa kita dgn mesra aku jadi cair…sedangkan aku tidak langsung terfikir apa yg aku cakap dihebahkan keseluruh pelusuk supaya kawan dia dapat tahu sama.

    Pembaca sekalian berhati-hatilah dalam
    yahoo messenger,perbualan telefon,emel dan sebagainya kerana kepercayaan yang kita beri ada orang sanggup musnahkannya dan dengan di hujung jari dia kita akan musnah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: