Bini Muda Vs Bini Tua

Hari ini aku ada kuliah di OUM Aman Jaya Sungai Petani.Jadualku agak pelik kerana aku akan ‘join’ masa pertama.kedua dan masa ke empat.Aku tak kisah sebenarnya di letakkan di manapun walau dalam kelas itu tidak ada sesiapapun yang ku kenal kerana aku memang peramah dan dalam masa yang singkat sahaja aku beroleh kawan-kawan .Begitu juga jika ada’group work’ aku paling tak kisah dengan siapa sahaja aku tetap jalankan tugasan dengan hati yang senang!Mungkin cara dan gaya aku yang ‘simple’,kelakar,’happy go lucky’,merapu dan ‘easy going’ aku disenangi semua…sah aku perasan lagi!Sesiapa yang kenal aku memang tahu manusia jenis apa…jenis pulun hahahhahha!!!Selagi aku masih minat aku pulun! Cuma kene jaga ‘maintainance’hahha risau takut ‘percent’pulun makin berkurangan buruk padahnya!!!

Ketika waktu terluang menantikan waktu solat dan waktu kuliah yang ke empat aku meninjau –ninjau beberapa bilik dan aku terserempak dengan pekerja perempuan seorang India dan seorang anak mami.Aku menegur mereka dengan mesra dan rupanya mereka juga menyambut baik sapaanku.Kamipun berbual sambil keduanya membersihkan kesan kebocoran siling akibat air ‘aircond’ yang bocor!

Bual punya bual semakin rancak pulak dan Norela nama anak mami asyik bercerita tentang kehidupan lampaunya yang pernah hidup bermadu dan kini telah diceraikan!
Norela seorang yang tabah dan tenang dalam menghadapi hidup menjanda selama hampir 2 tahun.Pernah mengalami ketumbuhan (Febroid) setelah bercerai dengan bekas suaminya.Beliau bercerita lagi mengenai penyakit yang pernah dihidapinya.
“Sakit juga bahagian ari-ari selama sebulan,namun saya ingatkan sakit biasa…ibu saya dah bising risau saya ni buat hubungan dengan ‘jantan’mana pulak!Sedangkan saya sudah menjanda hampir dua tahun?Akibat ibu bising-bising saya buat pemeriksaan di Hospital Sungai Petani. “Syukur bekas suami yang hantar ke hospital semasa saya sedang sakit kak”!Bercerita Norela lagi. “Mungkin dia simpati sebab awak juga ibu kepada anak –anaknya seramai 2 orang kan?Bagusnya bekas suami awak tu..awakpun baik Norela..sebab gaya awakpun saya nampak macam jenis mengalah dan baik.”Jawabku mengiyakannya. “Cuba lah berbaik semula dengan bekas suami awak Norela,awak masih muda! Kasihan kat anak –anak yang hidup tanpa kasih sayang seorang bapa kan?”
Wajah Norela ku nampak macam ada menaruh harapan pada bekas suaminya.Rasa dia masih sayangkan bekas suami kerana mereka berpisah tanpa bergaduh cuma sekadar menurut kehendak isteri tua yang tidak sanggup berkongsi suami!Maka mengalahlah si isteri kedua…selalunya suami mengambil langkah menceraikan isteri muda kerana ‘malas’ bising dan tidak tahan dengan leteran bini tua….Mudah sungguh kan macam pakai baju jer rasa nak tanggal..tanggal any time jer…adehss!!Walau baju masih sayang demi tak tahan panas telinga dan sakit hati tempat bermanjapun sanggup dibuang…

Kisah kedua pula bila aku pulang ke Kroh berjumpa maksu Habibah yang pernah menjadi isteri kedua juga.Dahulu maksu tidak pernah buka kisahnya.Rupanya maksu aku ni juga ada cerita menarik yang selama ini aku tidak mengetahuinya.Maklumlah aku berhijrah ke Kedah dan jarang ada masa bertemu maksu.Maksu pernah berkahwin dengan lelaki bangsa Benggali(Pakistan) yang hensem dan jauh lebih muda darinya.Namun bekas suaminya itu meninggal akibat dibunuh beberapa tahun lepas di Grik Perak!
Sebelum itu maksu pernah berkahwin dengan seorang tentera dan hidup bermadu juga!Wah menarik semua janda –janda yang ku temui ini!Bekas suami maksu semunya jauh lebih muda darinya!Wah sakan juga maksu aku ni rupanya!Desakan hidup menjanda mungkin menjadikan dia rasa perlukan teman hidup.Maksu kini hidup seorang diri tanpa suami dan anak pula tunggal.Kalau ada ‘offer ‘tahun baru rasanya mahu lagi maksu aku ni…hahaha!Sapa tak nak dah offer kan???hahha
Rata-rata suami jarang menceraikan isteri pertama kerana kasih sayang yang sudah sebati ataupun kasih sayang mereka diikat oleh anak-anak yang lahir dari skandal cinta mereka di masa usia muda!Isteri kedua mesti sanggup menanti masa diceraikan ataupun dimadukan sekali lagi…hahhaha dah ambil orang punya jadi kenalah mengalah dan sanggup benarkan suami kahwin lagi!Biar berderet madu-madu macam cerita P Ramlee baru sakan kata orang Kedah!

Sebenarnya poligami adalah nikmat yang Allah berikan pada kaum lelaki.Kenapa harus dihina ‘sunah’ nabi ini???Macam –macam alasan perempuan tidak benarkan suami kahwin lagi.Akibatnya si suami merana dan keinginan menjadi kempunan hingga akhir hayat!Kasihan sungguh si suami yang berkeinginan nak pasang lebih dari satu.Apa daya mereka hajat tak kesampaian.Selalunya suami yang berkahwin lebih dari satu kebanyakan memang orang -orang yang sibuk dan sering ‘out station’.Pekerjaan yang membolehkan dia berhari-hari keluar rumah adalah peluang keemasan untuk berkahwin lagi….hahhahha…Awas lah siapa yang punya suami yang sering ada aktiviti ‘out door’,kursus lah,program lah ,’boss’arah out station lah..macam –macam alasan boleh di buat!Syarat untuk dapatkan kebenaran juga dah boleh diabaikan sekarang ini.Lelaki yang berkeinginan untuk kahwin lagi akan berusaha demi mencapai keinginannya yang meluap!Tambahan jika calon sudah ada depan mata menunggu masa nak ‘ngap’sahaja!Dan zaman sekarang asal kene tinggal sekejap pun jadilah ‘offer ‘datang mencurah-curah….tahan pilih jer laa…maklumlah kadang –kadang si suami yang tak pernah sedar isteri masih cantik dan bergetah,melekit lagi…dia tak sedar bunganya dipuja orang…..dah dia abaikan,tak puja,tak peduli apa lagi sang buaya-buaya menunggu peluang nak ngap saja…hahaha!Buaya-buaya sekalian,sebenarnya bukan buaya anda semua adalah bakal hero-hero yang bakal menang bertanding dalam sandiwara dunia…hahha!!Sabarlah giliran menjadi hero jika hero lama dah kurang laku,kadang pelakon tambahan diambil sebagai bidan terjun!!!Bersedialah….

Saya sebagai penulis memang sejak azali(ye ke ni) menyokong kuat poligami!Pernah saya terbaca dalil yg mengatakan jika kita mengatakan kita tidak sokong poligami…kita menghina sunah nabi dan sesiapa yang menghina sunah nabi maka nabi tidak mengaku umat di padang masyar nanti!!!Silakan rujuk para ustaz dan ahli agama jika ingin kepastian!

Apa salahnya kita benarkan suami kahwin lagi jika suami kita mampu zahir dan batin?Jika suami sudah jumpa pasangan serasi dan dia tidak abaikan kita dan anak-anak maka benarkanlah dia jalankan program hidupnya!!Jika kita rasa serasi dengan madu kita ,kita teruskan hidup bermadu,jika tak boleh buat macam Ziela Jalil hingga suami meninggal baru berjumpa!!!Kadang-kadang ada baiknya kita katakan pada diri kita,aku bukanlah lelaki/perempuan yang terbaik,bukan suami /isteri yang terbaik,bukan pekerja yang terbaik,supaya kita tidak ego dalam menjalani hidup di alam fana ini!

Hahhahha…mungkin tulisan saya ini menyokong kuat pihak lelaki!Semua orang pasti hairan kerana saya seorang perempuan…guru lelaki dan staff saya di sekolah memang sudah sedia maklum pendapat saya ini ramai antara mereka yang kagum dengan pandangan saya.Bukanlah saya berbuat demikian semata ingin mendapat perhatian mereka..tidak sekali!Saya sering cabar guru lelaki di sekolah…. “Kalau aku lelaki ,dah lama aku pasang 4 hahhahha”!!!
Daklan,Budin,abg Putra,Pak Asdy dan Radio mesti seronok baca ni!!Combi aku rasa kurang seronok baca ni!Norz boleh jadi setuju!MdmZend,Junn,Jie rasanya setuju bersyarat!Gebu aku tak baper perasan…kak G sah setuju sebab dia very open minded!Entah entah yang open mindedpun perang besar juga…???

Emmm saya ingin menyebut di sini,mengenai istilah ‘gedik’…perempuan/lelaki gedik disukai ramai sebab apa gedik ni satu daya penarik juga kan?Lelakipun jika tak gedik kurang nampak kementelannya hahhahha!!!Apa hal kalau lelaki dok gedik dalam hati??Lagilahh bahaya sebab bila –bila masa sahaja dia akan ngap kerana gedik yang over dos….diam diam kawen lain…
Hanya orang yang ‘open minded’ dan faham bab munakahad yang boleh setuju dengan poligami dan poligami sebagai satu keperluan kita belum sentuh lagi….macam –macam keperluan lelaki ni ya…!Macam kaum Cina,mereka tidak boleh berkahwin lebih selagi isteri pertama masih ada!Melainkan jadi macam kes menteri kita tu…memang dah jadi budaya mereka macam tu tetapi kenapa harus dijadikan isu???mungkin sebab video kelabu mereka dah tersebar merata…jika tidak memang itulah cara mereka bermadu kan???Bagi saya jika dah jadi budaya hidup mereka,perkara ‘dirty man’ tidak timbul…..!!
Saluran yang terbaik adalah mengikut hukum Islam jadi bertebaranlah kamu di muka bumi ini mencari keredhaanNya,rezeki pemberianNya!

15 Responses

  1. Gedik >> satu persoalan yang mengungkap seribu persoalan lain! Aku suka bab gedik dlm hati… ibarat menari tarian ikut tempo.. adakah itu nafsu semata2 atau keinginan yang tak terlepas? mcm mana tu lawa?

  2. hang memang laa…nak nyakat aku Daklan!Fes of all makna gedik ungkapan yang membawa seribu maksud mengikut penilaian masing -masing!Menurut kamus Dewan:
    Gedik-lincah,bergerak-gerak,terketar-ketar,kedegikan-keadaan sifat gedik.
    Gedik menurut kefahaman masing-masing.Bagi aku ,aku setuju jika ianya berkaitan pergerakan badan,kelincahan,lincah bercakap,menulis,kira aktif dan cepat beri respon!Daklan ni mesti banyak gedik dalam hati kan?Gedik ikut tempo iringan,bagaimana rentak dan irama begitulah gediknya!Jika gedik tak ikut tempo maka sumbanglah tarian!Penari disalahkan atau penari menyalahkan tanah/pentas yang tiggi rendah!Zaman dolu dolu ada pentas joget dan penari dijemput oleh pelanggan ajak menari dengan menghulurkan tiket!Jadi jom Daklan lawa nak ajak hang menari nak tak?Aku ni dasar peramah dan nampak gedikku nak buat cemana dah semulajadi tapi aku tetap jadi aku Daklan dan aku tak mahu jadi orang lain..kita jadi diri kita sendiri…

  3. bergantung kepada niat untuk berkahwin lain..sebagai contoh belum dapat anak setelah bertahun2 kahwin…ataupun terjatuh cinta untuk kali kedua…naluri manusia tak juga boleh dihalang, daripada wat maksiat baik nikah cara baik…😀

  4. salam. wei ko kata aku open-minded? ada maa aku x open-minded gak. dlm bab laki nk pasang cawangan ni aku kurang setuju. bukan pe aku kesian kat dia sb kat akhirat nnti kena soal ttg keadilannya pd anak isteri. kalau bini no 1 makan ikan gelama 1kg, bini no 2 pun kena ikan gelama 1 kg gak…mesti sama timbangnya. x leh ada lebih 1 gram atau kurang 1 gram pun. pastu ikan tu kena sama2 freshnya. itu baru bab ikan. kalau dia beli baj utk isteri kena sama 4 ela. mana leh lebih (hahaha mana tau bini no 1 to over dos saiznya. bab sayangnya leh ke dia timbang sama rata? leh ke sukat kasih sayang dia tu? bab dlm kelambu pun…opps…aku terpaksa cakap gak ni…leh ke sama cumbu mesranya? terus terang aku kata kita dgn anak2 pn lum tentu leh sama kasih sayangnya. lagilah bila laki dgn bini muda…sah2 terover sayangnya tmbhan dpt bini muda anak dara bergetah. bini tua dah jadi getah sekerap…mcm2 komennya… alangkan Siti Fatimah anak Nabi (penghulu syurga)pn x setuju Saidina Ali kawin lagi…inikan aku? yang imannya masih setipis bawang.
    Fikir2kan la…org lelaki memang suka bab pasang cawangannya sebab ramai di antaranya hanya berpaksikan nafsu. Antara sb knp lelaki nak kawin lg ialah bila isteri kononnya x leh layan nafsu dia.

  5. To Fauziah:
    Antara sb knp lelaki nak kawin lg ialah bila isteri kononnya x leh layan nafsu dia.

    >> ye ke fauziah? ada kebenarannya? Cuba kita singkap hijap ini dari sudut lain? Meh kita sama-sama singkap…meh..meh..meh… hik..hik..hik

  6. To Azis:
    Setuju dgn jawapan Azis mengatakan atas sebab sebab munasabah atau rasional nak kawin lain..satu lagi bab jatuh cinta kali kedua!Setuju sangat-sangat sebab perasaan cinta ni bukan boleh dipaksa-paksa,melainkan datang dengan sendiri!Walau mungkin ramai yang menggoda tapi kalau hati dah sangkut kat baju ‘hanger’sidia fullamak pakai tak boleh dipisahkan bagai irama dan lagu dah..hang kata kut ni aku kata kut nu tapi dalam hati dah ada sangkut jugakk…nampak semua indah kentut pun ada wangi jugak bauu!!Zis,bab buat maksiat memang betui sebab bila dah rindu sangat,bila jumpa hang faham faham jer la brek dah tak baper makan so jadi apa apa bahyer…sebab lampu sentiasa hijau..kahkahkah!

  7. To kak G aka Fauziah:
    Issh2x kak g aku ingat hang setuju bab pasang cawangan ni!!
    Bab adil …aku nak ulas bab adil di sini ialah berbeza dgn pendapat hang mengatakan jika beli sekilo ikan gelama di sini maknanya kene belikan gelama sekilo juga di sana!Issshhh3x sapa cakap macam ni kak g???
    Yang aku faham dan pernah dengar ialah suami mesti tanggung nafkah zahir dan batin menurut keperluan semasa misalnya bini muda ada anak 2 orang dan bini tua ada anak 7 orang,jadi keadilan sewajarnya ialah memberi sejumlah wang mengikut bilangan ahli dalam sebuah rumah.Jika bini muda ada anak 2 sahaja maknanya wang yg diberi memadai untuk 2 anak dan begitulah sebaliknya!mana adil jika wang diberi dgn jumlah yg sama banyak jika keperluan berbeza???
    Cuma bab giliran,mesti dijaga kerana jika minggu ni giliran bini muda tetapi masih melekat di rumah bini tua dah dikira berdosa si suami itu…akan segala makan minum dan pakainya….kitab lama ni!

  8. Antara sb knp lelaki nak kawin lg ialah bila isteri kononnya x leh layan nafsu dia.

    Aku nak kaitkan dengan jenayah dalam rumahtangga Daklan..Antara jenayah dalam rumahtanggga ialah perlakuan sisuami atau isteri terhadap pasangan.
    Misalnya contoh senang cakap perigi dah lama buta dan burung dah lama tak mandi!Sama maksud dgn kak g kata kes dalam kelambu…
    Sebenarnya perkara yang orang malu nak sebut,nak report,bila berlaku nak dedahkan malu hanya pendam dan pendam akhirnya melarat berahun-tahun bagaikan nanah dalam daging baru sedar!
    Jadi tampillah dan tuntutlah keadilan dengan seadilnya!
    Bila nak kawin,suami akan ditanya apa sebab nak kawin lain???
    Jawapan di ataslah alasan utama mereka!sebab apa?Pasai apa kata gitu?Pasal itu adalah keperluan utama fisiologi mereka!
    oooo..jangan buat main berleter juga dikira penderaan dan jenayah tau!!!

  9. ye la kak lawa…jangan pk perasaan kita je..ingat juga perasaan orang lain. kadang2 kita anggap suami kita hak mutlak kita padahal suami kita tak bahagia dengan kita. mana la tau dia dah jumpa kebahagiaan dengan orang lain tapi dalam masa yang sama dia tetap sayangkan kita juga. jadi takkan nak halang suami kita kahwin lagi kan….kan…daripada bercerai baik berkongsi kasih…bleh????????

  10. hehehe…aku kan just bg komen je…apa pun setakat ni aku penah gak tanya cik abang sayang aku tu ada pasang niat nak cari lain ke? aku bukan wanita sempurna. aku tidak sesabar isteri2 yg bermadu…jadi aku nak suami aku tu untuk aku je…hikhikhik… tak rela u dimadukan. itu pendapat aku dan aku x nak la menafikan sunnah Nabi cuma aku lum sampai tahap untuk diuji begitu.. berkongsi kasih… sori la azi akak x leh nak komen panjang lg. nanti ada lak yang bom aku. kalau lelaki lain nak kawin lg tu aku x amik kisah pun janji bukan laki aku…hahaha…sb aku kesian kat laki andai kata dia bersikap tak adil. kalau boleh aku nak dok kat syurga tu dengan dia kelak. InsyaAllah. Bagi tukang komen yang sokong pendapat ko tu…silalah kalau nak menambah cawangan. itu hak korang…no problem.

  11. komen aku…munakahad tu salah eja, sebenarnya MUNAKAHAT…hehe

    lain2 komen dah diYMkan ke tuan blog…haha

  12. Ye la Ziss…ishh aku ni sambil buat asemen ni masuk komen gak…perasaan memang kene jaga kerana semuanya bermula dari perasaan!

  13. Izaley ni hampa nak tau adinda haku sebab bonda dia kawen dgn bapak haku….dan dia ni bijak sebab banyak minum susu rimau dok dalam pantang beranak songsang kembar 3 dalam bulan puasa dan bonda dia masuk labour room lama sehingga 10 hari baru bersalin kat dia(Izaley)

  14. Saya kena angkat tabik springlah. Jarang wanita sokong poligami. abg putra rasa nak tambah satulah!

  15. huh abang putra..kalau dah ada calon cepat-cepat kawin jgn sampai kempunan!!Mata jgn putih biar putih tulang hahhha…
    Ayoh semua lelaki jom pertahankan hak berpoligami!!!
    Hidupkan sunah nabi!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: