EGO LELAKI

p/s:
Aku jumpa artikel menarik ini dalam Mohd Ismail dot Net dan ingin berkongsi bahan ini dengan semua pembaca di blog aku!Harap Mohd Ismail dot Net jangan marah kerana bahan ini menarik!

Okay. Jangan besar’kan mata kau begitu apabila Mohd Ismail dot Net membuat entri khas untuk Hari Kekasih. Ini bukan bermaksud merayakan hari yang sangat-sangat di’tegah oleh Islam ini, tetapi secara kebetulan, aku mempunyai bahan penulisan yang ada kaitan dengan hubungan lelaki-wanita. Jadi, aku persembahkan, entri khas sempena Hari Kekasih 2008, ‘Bagaimana Lelaki Mahu di’Kritik?’
Pendapat lawa: Lelaki suka juga di kritik ke?Tapi rasanya lelaki kalau selalu dikritik ‘merampos(aka hamok)’ sakan juga.Lelaki tidak lah sesabar perempuan walaupun perempuan dikritik berulang kali namun perempuan masih tetap tidak mahu jadi seperti cerita keldai,bapak dan anak!Walaupun kadang -kadang emosional juga jika dikritik berpanjangan tanpa henti!Sekurangnya berilah laluan untuk pertahan diri.Kecaman demi kecaman hingga tak sempat bernafas pun kadang perempuan rasa ‘down’juga!

Beberapa hari lepas, masa aku sedang enak bergaulan dengan bantal di’depan televisyen, telefon bimbit aku berbunyi & satu SMS ringkas dari seorang kenalan lama, seorang perempuan masuk. Di’tanya aku sedang buat apa jam 12 tengah malam, aku katakan aku sedang bermain bowling & bermula sessi berbalas SMS yang merentet ke isu beliau dengan boyfriend‘nya. Aku memang agak dah. Tina (bukan nama sebenar), mempunyai masalah kerana beliau terlepas cakap. Tina kurang senang sebenarnya dengan cara boyfriend‘nya memandu kereta. Satu hari, dek kerana sikap gelojoh boyfriend’nya ini ketika memandu kereta, Tina bersuara,”awak ni, bawak kereta macam orang takde sabar…” & mereka tidak bercakap sehingga malam Tina SMS aku. Okay, Tina bercakap, tetapi boyfriend‘nya bereaksi seolah-olah menyimpan sesuatu.
“Tina, boyfriend kau terasa hati”.Tina menyangkah. Dia kenal sangat boyfriend sendiri. Dia tidak akan sensitif tidak tentu pasal. Lelaki, sebanyak mana pun hormon kelelakian mereka, selagi mereka bergelar lelaki, ego itu akan ada.

Pendapat lawa: lelaki memang ego..kadang menyampah juga bila jumpa lelaki macam ni!Dia jaga ego dia walau dia buat salah juga!masih degil takmahu mengaku silap sendiri!Dalam hal ini perempuan memang patut dipuji kerana perempuan mudah mengaku silap dan mungkin mudah mengulangi kesilapan yang sama!Namun manusia memang tidak ‘perfect’ulang lagi dan buat lagi..tapi tak kisah lah semua ini adalah pahit manis kehidupan!Kalau tak ada semua salah silap ni hidup rasanya tidak menarik asyik skema sepanjang hayatpun rimas juga..

Jika mereka sensitif, mereka akan seboleh-boleh’nya menyimpan rasa supaya mereka kelihatan tidak sensitif. Mana kool lelaki sensitif ye tak?

Pendapat lawa:Yang ni aku setuju sebab ramai lelaki di luar sana yang sensitif tetapi semahunya menyembunyikan perasaan sensitif tetapi silap hari bulan tanpa depa sedar terkeluar juga walau tak banyak!Apa hal lelaki yang suka merajuk?Merajuk ni berpunca dari sikap sensitif lah!Lepas tu lelaki ni nak juga orang pujuk sebenarnya!Apa hal pula jika aku kata lelaki juga manja dan mengada ngada??Ingat perempuan sahaja manja dan mengada ngada?Lelaki pun ada kadang manja terlebihpun naik meluat juga…

Dalam kes Tina, Tina telah terlepas cakap dengan mengkritik sikap buruk boyfriend‘nya secara direct.
Bagaimana mahu mengkritik secara tidak direct begitu? Instead menggunakan ayat “awak ni, bawak kereta macam orang takde sabar…”, ada baik’nya Tina mengambil masa yang sesuai untuk mengungkapkan ayat ini, “awak, tahu tak apa yang akan buat saya makin sayang kat awak?”, dan lelaki akan memberi respon untuk apa sahaja yang akan membuatkan perempuan semakin sayang kepada mereka. Sambil tersenyum, katakan pada mereka yang kau tidak sukakan cara dia memandu & berikan satu dua cadangan kau untuk bagaimana dia dia boleh mengubah sikap buruk itu.

Lelaki memang tidak boleh di’kritik. Ego yang di’anugerahkan Tuhan memang akan mencanak naik.
Pendapat lawa:Iss iss ni aku geram sangat sikit sikit mencanak naik menyampah betul.Tapi kalau lelaki diberi peluang kritik orang amboi mak!!!Bukan main lagi sedap mulut dan jari hentam sambil sambil nasihatlah konon!Pada hal hentampun sama naik!Perempuan suka lelaki yang menasihati perempuan dengan lembut dan guna pendekatan ‘memujuk’.Kalau pandai pujuk perempuan akan cair secairnya…lelaki ini akan dikenang sepanjang hayat!Tedia aaaihh!

Tetapi, jika mengkritik secara halus & menggunakan kuasa perempuan yang kau ada sepenuhnya, kritikan akan menjadi satu semangat buat lelaki.
Mari kita ambil satu contoh lagi buat teladan, bau badan lelaki.

Pendapat lawa:Amboi nak kita jer guna pendekatan lembut dan halus??Yang ni jika masih sayang dan suka boleh guna,boleh pujuk tetapi awas jika perempuan dah tawar hati mahu jer di keronyok macam kertas lelaki berkenaan!

Ada lelaki, 0.001% mungkin yang masih tidak mahu menggunakan deodorant atau pewangi badan dek kerana merasakan bau badan sudah cukup macho. Baru lepas mandi takpe’lah bang, kalau dah lepas sejam dua berjalan, peluh tu siapa boleh tahan? Jika teman lelaki kau mempunyai masalah ini, jangan sesekali kau lontarkan ayat mengkritik secara direct seperti Tina lakukan. Itu nama’nya mencari susah. Beli’kan dia set mandian yang ada dalam’nya deodorant atau pewangi badan selain sabun mandi & span mandian. Kata’kan pada dia, jika dia menggunakan semua yang ada di’dalam set itu, pasti’nya sifat kelelakian yang ada pada dia akan lebih menyerlah & jangan lupa, katakan juga itu akan membuatkan kau semakin sayang kepada dia. Di’jamin 100% berkesan oleh Makmal Cinta Mohd Ismail dot Net!

Pendapat lawa:EEEE mak oi menyampahnya aku bila lelaki yang memang berbau badan tetapi degil tak nak mengaku bau badan yang tengit ni!!!Ni bab kesihatan jika dah malas nak jaga bau sendiri dan masih nak kekalkan bau yang tidak enak lebih baik jangan duduk dekat dengan orang!Bukan semua bau badan lelaki yang perempuan suka ?Jika dah 100% teruk sangat bau mahu loya tekak menahan bau tau!Bau bukan sebarang bau ingat perempuan boleh menilai bau mana yang best dan bau mana yang meloyakan!Ha haha..

Jika teman lelaki kau tidak berubah selepas menggunakan teknik di’atas, kau dalam bahaya. Dia tidak mahu berusaha sesuatu untuk mengekalkan rasa sayang & cinta kau kepada dia. Apa tanda’nya? Siap’kan tisu & DVD filem romantis sebanyak mungkin untuk menghadapi sebarang kebarangkalian tidak terduga. Okay Tina?
Pendapat lawa:Jika dah tak berubah dan masih ego hingga bertahun tahun alamat ‘say good bye’ la takkan kumbang hanya seekor!Berlambak cuma sekarang ni nak cari yang kualiti agak kurang sedikit akibat ramai yang menghuni di rumah serenti!Kalau dapat yang lebih kurang mahu tak mahu perempuan terima juga sebab perempuan ni bukan memilih sangat sebenarnya!
Eh kenapa lelaki kalau nak cari bini suka nak syaratkan yang cantik dan putih??Masih nak pilih yang sedap mata memandang??Sedangkan perempuan paling tak kisah sangat dengan wajah???Tak baper hensem pun tak kisah!EEEE ni pun buat aku geram juga sikit sikit pilih yang cantik!Dasar nafsu serakah memilih yang cantik macam la yang kurang cantik tak boleh pakai…namun ada keistimewaan yang terselindung!

4 Responses

  1. ermmmmm setuju dengan pendapat lawa🙂 perempuan memang lebih ‘gentleman'(ke nak sebut gentlewoman) sebab perempuan tak takut untuk mengaku kesilapan yang dibuat dan tak malu untuk memohon kemaafan daripada kesilapan yang tidak disengajakan… perempuan mudah mengalah demi menjaga keharmonian sebuah perhubungan.. perempuan juga sanggup berkorban demi kebahagiaan pasangannya… errmmmm banyaklah kalau nak disenaraikan kat sini… cukuplah yang tu du lu ekkkkk :p

  2. Salam Umi_e…terima kasih kerana sudi conteng sini hehe!
    Memang perempuan nilah segalanya..dialah tempat segalanya bagi lelaki!Dialah:
    1)Ibu
    2)kekasih
    3)isteri
    3)tukang cuci
    4)pengasuh
    5)drebar
    6)kaunselor
    7)guru
    8)tukang urut(ehem)
    8)tempat melampias nafsu serakah
    9)tukang masak
    10)tukang jahit
    11)pomen(pomen apa jer jenis kahak)
    12)tempat lepas geram lelaki!
    13)tempat hamokpun ye juga
    14)dll yg sewaktu dgnnya!
    Lelaki akan dapat seorang isteri yg baik tetapi sukar perempuan nak dapat suami yang baik!Percaya atau tidak?

  3. Perempuan2..kalau tak ader perempuan..tidor malam kesejukan…
    Perempuan2..masak capati juga perempuan..laki2 hanya balik tegang..
    Laki2 cari duit..memang senang senang..tapi sulit..kalau laki tak punya duit..balik rumah bini tendang masuk parit..

  4. Memang perempuan adalah segalanya die…tanpa perempuan pincanglah hidup lelaki!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: