Anda termasuk dalam kategori mana???


Adalah menjadi satu tanggungjawab kedua ibubapa menceriakan hidup anak-anak!Fitrah kanak-kanak adalah bermain.Beri peluang dan jangan rampas hak mereka di usia muda mereka!Jangan terlalu ghairah mengejar budaya peperiksaan hingga abaikan emosi mereka!

Di bawah ini anda boleh kategorikan anda berada di mana?

Bentuk Asuhan Keluarga
1)Ibu bapa authoritarian
*mengenakan peraturan dan hukuman
*mahukan anak-anak patuh dan menghormati mereka
*Pertuturan lisan antara ibu bapa dengan anak-anak adalah terhad dan tidak digalakkan!
*anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga begini biasanya tidak dapat bersosial dengan baik.Mereka bimbang tentang pertandingan,gagal menunjukkan inisiatif dalam aktiviti dan kurang kemahiran dalam komunikasi.

2)Ibu bapa authoritatif
*menggalakkan anak-anak berdikari di samping memberi sedikit kawalan ke atas tingkah laku mereka.
*anak-anak dibenarkan bebas berkomunikasi secara lisan dengan ibu bapa yang bersifat menyokong dan membantu dalam perkembangan anak-anak mereka.
*anak-anak yang dibesarkan dengan cara ini menunjukkan tingkahlaku bersosial yang baik.Kanak-kanak tersebut dapat berdikari den bergaul dengan baik dengan rakan sebaya,bersabar dan punya harga diri yang tinggi.

4)Ibu bapa yang mengabaikan anak
*Mereka bertindak permisif,iaitu tidak terlibat dengan kehidupan anak anak mereka.
*Mereka sibuk dengan hal lain dan tidak sedar tentang tingkah laku anak-anak mereka!
*Anak-anak dari daripada keluarga begini tidak dapat bersosial dengan baik .Mereka tidak dapat mengawal diri jika diberi kebebasan dan tidak bermotivasi!

5)Ibu bapa Indulgent
*ibu bapa terlibat dengan anak anak tetapi kurang mendisiplinkan mereka.
*ibu bapa begini percaya bahawa,dengan membenarkan anak-anak berbuat sesuka hati,ia akan menghsilkan anak-anak yang kreatif dan berkeyakinan tinggi!
*akibatnya anak-anak mereka gagal mengawal tingkah laku apabila berada dalam masyarakat.Ini disebabkan mereka tidak menitik beratkan perkembangan individu yang menyeluruh ,iaitu seseorang boleh diberi kebebasan,tetapi perlu ada had.Kanak -kanak perlu diajar mematuhi peraturan dan disiplin sebab hidup bermasyarakat memerlukan peraturan supaya wujud keadaan yang harmoni!

6 Responses

  1. Pasal didik anak ni..aku biasanya serahkan pada maknya..aku ader anak 9 orang..dah tiga kali emaknya bersalin..setiap kali bersalin dpt 3 anak kembar..bangganya aku..tak lama lagi aku akan dpt cucu..sbb kembar yg pertama tu dah ada marka..peh mengikut jejak aku..pantang tgk marka nak di ayatnya semua..he he he

  2. aku ada anak juga baru ni aku dah tak larat nak bela!Aku pujuk pujuk dan aku boh sumbat dalam bonet lepas tu aku buang anak anak aku dekat pasar sebab kut ada sumber makanan boleh juga anak anak aku makan!Aku sempat tengok ada jantan dah mula main mata dengan anak anak aku yang aku lepaskan itu…sah sikit hari lagi aku akan dapat cucu!!!!
    Maka bergelar opah la aku die….hahhahha!anak aku semua ada banyak bulu…menyampah betul pulak tu berak x reti basuh…
    Anak aku namanya Jimmy Wongso,Jenny Wongso.Jimie Asmara,minah sengal,Iriani Dewi dan Jefry Wongso!

  3. Jadi ibunya lawa Songo… hohoho

  4. hahhahhahha…sure ibunya lawa wongso la!Uuuwwaaa nanes bila ingat nama Jimmy Wongso tu sempena nama bapak tiri depa yg telah meninggalkan lawa Wongso gara-gara bini tua nak rekemenkan Jimmy dgn pompuan len!!hahhahha…

  5. saya pilih no.2..

  6. mama shahmi,
    terima kasih kerana sudi masuk komen,maaf saya lewat masuk reply!memang tepat pilihan anda itu!
    Tahniah anda ibu yang baik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: