Cikgu Terkena ni…sonok baca la!

Kenakan Cikgu(bahan ni aku jumpa dalam forum FRT)

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi saja? Petang dan malam, awak doakan saya tak selamatkah?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!
Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuat oleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu akan menguji kamu semua tentang perkataan berlawan. Apabila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab
dengan cepat lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar sini!
Murid-murid: Dengar situ!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini adalah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru kamu tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku nak mengajar kamu semua!
Murid-murid: Rajin kami tak belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua ini bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab kami semua itu pandai sikit!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup belajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pegajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya
keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun
berdering. Murid-murid berasa lega
Kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah
keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana
telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi,
tetapi esok masih ada.Cikgu itu pasti akan datang
lagi….

P.S.: Moral of the story: Don’t ever ask anybody
answer you in “kata berlawan”.

4 Responses

  1. Ha ha ha ha pandaipun buat komen politik yang tajam dan sinis, serta manis, macam orangnya. Sapa kata tak tahu politik?

    Cerita ini kalau dipentaskan dalam ceramah pilihan raya boleh menyebabkan pengundi beralih arah.

    Ha ha ha ha

  2. hahhaha…Saiee…rasa terpanggil nak letak n3 ni sesuai dgn musim pilihanraya!
    Uiks…ni lemah ni masuk poji dinda plak dah!Dah ler dinda mudah cair!!!kahkahkah!
    Sahhhh!!!kalau bang Saiee masuk bertanding sure lawa tolong kempen siang malam!Sanggup bersengkang mata maa!!!

  3. Tak tahu pula saya ni pandai puji. Ia ke? Komen itu kerana itulah komennya..berdasarkan fakta yang ada.

    Yang anggun kita kata anggun, yang femminin kita kata feminin, yang lucu, hha haha luculah…

  4. anggun dan feminin ..hahha!Harap suatu hari nanti jadi Guru Besar yang anggun dan feminin hahhah!
    Rasa macam nak jadi guru prasekolah sampai pencen!!!
    Emmm nak buka tadika swasta di KL dan beli rumah corner lot!!!Syarat tadika mesti rumah corner lot..
    Senang kawan-kawan bloggers datang umah di KL!Siap tulis besar besar Kediaman Antulawa!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: