BURUK SANGKA

ASSALAMUALAIKUM!

Kita semua mengaku kita hamba Allah yang buat baik,
yang buat jahat,yang pi masjid dan yang tak pi masjid
yang pakai tudung singkat,yang pakai tudung labuh,
semua mengaku hamba Allah kan??
Manusia sebenarnya tidak dapat menilai manusia lain.

Kuasa menilai hanyalah Allah
Dalam dunia ni kalau bab mengutuk dan
mencerca orang adalah perkara
yang sangat disukai oleh orang!
Pada hal orang yang dok kutuk orang tu
sebenarnya dia pun tak tara mana??
tau ka??

Kalau betul dia hamba Allah dia
takkan sombong,berasa lebih,berasa alim,
berasa baik dari orang!
Kalau betul tawwadok,
tengok semutpun dah rasa macam diri kita ni kerdil
kerana semut tu akan selamat dari api neraka.
Kita????

Orang yang baik sentiasa rasa rendah diri,
Dia takkan rasa nak hina orang,
kutuk orang dengan kata-kata kesat
kerana orang yang tawadoq’akan berkata
orang lain lebih baik dari aku!

Orang yang dok kutuk orang ni pun
diapun bukan tara mana sangat??
Kalau kita nak respon dengan semua cakap
orang jenuh kita tau ka??
Orang yang benar hamba Allah ialah
yang dalam diri dia tiada rasa kemuliaan,
kalau berjalanpun menunduk
mana nak dengar dia kutuk orang,hina orang?
Jauh sekali lah!

yang dok ada ni diri sendiripun masih kekurangan dan jahil,
tapi bab cerca orang no satu!
Tambahan sekarang ada banyak saluran boleh guna untuk kutuk orang!
Pelbagai media boleh guna…

Kenapa dia suka kutuk orang?
Guna kemudahan internet untuk masuk kutuk?
Pasal apa??Dan siapa dia sehingga dia layak menghina orang??
Sedangkan dia juga tak tahu kesudahan dia nak mati macamana tau ka?

Ini juga boleh ditujukan buat penyokong
semua parti yang bertanding PRU12 yg lepas!
Jangan kita ikut sedap mulut masuk cerca orang
takut kita sendiri belum selamat di sisi Allah di akhirat nanti!
Entahkan yang dah meninggal terkejut baru ni ..dia lebih mulia dengan bekalan ibadatnya kepada Allah…siapa tahu????

Orang yang dok kutuk ni pun bukan tara mana?orang jahil jugak?
Apa dia tahu tentang hakikat diri kita?
Kita kata kat orang… apa yang kita tahu tentang orang tu?
Misalnya kita nak kata dia ni jahat!Dia ni tak guna?
Kita tau ke apa dia buat dalam 24 jam?
Kita tahu ka apa amalan dia?

Kita tahu betul ke berapa banyak kebaikan dia?
berapa banyak kejahatan dia buat?
Manusia mana tahu tentang manusia lain???
Melainkan yang sering berlaku pakai ambil
apa yang orang sampaikan
tanpa menyiasat sendiri…
orang kutuk diapun kutuk…pak turut!

Yang kata manusia ni ,dia suka menghukum orang!Dia suka mencerca orang!
Suka buruk sangka dengan orang!
Yang kata manusia ni dia selalu suka kata dia baik dari orang lain?

Allah sudah berkata rupanya,sebenarnya kita yang dihina dan dicerca tidak boleh menjawab segala tokmahan!Apa daya kita nak betulkan diri?
Biarkan sahaja asal kita tahu apa kita buat!
Asalkan kita tahu kita tidak sejahat yang di sangka dan dicerca!

Ciri iba durrahman ialah waktu orang semua tidur dia
bangun untuk solat malam!
inilah orang yang jadi hamba Allah!
Manusia yang jadi hamba Allah akan sentiasa
menjaga dia dengan Tuhan,
biarkan orang nak kutuk apapun asalkan
dia sentiasa tahu amalan dia dengan Tuhan!

Cuba kita semua cermin diri kita!
Kita ni tak tara manapun di sisi Allah!
Marilah kita sama sama tutup mulut dan
jari jemari kita dari menghina orang.
Mencerca orang,cerca orang tak kena
di sana dan tak kena di sini
kalau kita sendiri pun masih teruk..

Marilah kita berdoa agar sama -sama dijauhkan dari api neraka!Amin….

*Petikan ceramah Ustaz Shansuri Hj Ahmad.Sila klik no 227 dalam playlist Imeem!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: