KENAPA TAHU DOSA TAPI MASIH MAHU BUAT?

KERANA…

KITA RASA KITA BETUL..
KITA TELAH KALAH DGN HASUTAN IBLIS
DESAKAN NALURI DALAMAN..
KITA DAH SAYANG MAKSIAT
HATI DAH MELEKAT SEMUA INI..
KITA DAH JATUH HATI
KITA LEMAH X DAPAT KAWAL BREK LOOSE!
KITA ANGAU..SASAU
KITA DAH X BETUL
KITA DAH SENGET SEBELAH
KITA BERANGAN KUAT
KITA TERSASUL
KITA X BAPER SEDAR DIRI
KITA RASA TERBIASA
IKUT RASA
IKUT HATI
IKUT SERONOK
DAN HAMPA SAMBUNG SENDIRI LAA…NI MASA AKU DOK MUHASABAH DIRI SEPANJANG HARI LEPAS SOLAT SUBUH PAGI TADI…HINGGA MENANGIS…
TAPI KENAPA TAUBAT DAN HIDAYAH DATANG DAN PERGI??SILIH BERGANTI?
DAN KITA MASIH DI TAKOK LAMA DALAM IBADAH DAN MENUJU ILLAHI??
PERANGAI LAMA MASIH NAK BUAT LAGI..
NAK UPGRADE DIRI KERANA WANG
TAPI UPGRADE DIRI MENGADAP TUHAN MASIH KURANG???
AKU KATA KAT DIRI AKU NI DAN KALAU ADA SESIAPA TERASA JUGA BAGUS
SEMOGA KITA DAPAT ‘SHARE’APA YG AKU RASA NI!!!
ORANG SOLAT KITA SOLAT..
ORANG SOLAT LAMA KITA SOLAT ‘EKSPRESS’
ORANG DOA,KITA DOA..
KITA DOA MINTA MACAM -MACAM
TAPI YG ALLAH LARANG KITA MASIH SEDAP NAK BUAT…
YA RABBI SEMOGA ALLAH AMPUN DOSA KITA….
AKHIRNYA KITA MASUK DALAM GOLONGAN MANA NI???

TERIMA KASIH BUAT ADIK ADIK DAN ABANG ABANG SERTA KAKAK KAKAK JUGA ANAK ANAK YG SERING MASUK DALAM BLOG TIRAI!MARILAH KITA RENUNGKAN BERSAMA…

6 Responses

  1. Masalah puisi ini ialah gaya bahasanya bercelaru antara nada serius dan jenaka, apabila bahasanya dirojakkan dan nadanya tidak berfokus.

    Temanya berat, perutusannya hebat, tapi bahasanya….. Kesian.

    Orang yang mula tertarik dan ingin menghayatinya secara mendalam terganggu oleh bahasa compang camping …

    Maaf, sekadar beri pandangan.

  2. hehhehhe..Pak Asdy..
    apa tujuan penulis menulis?
    kalau penulis nak jawab begini boleh tak?
    Penulis sengaja menulis dengan bahasa yang begitu kerana penulis menulis sambil lewa sahaja..
    dan penulis sengaja nk biarkan org baca dgn gaya bahasa tonggang langgang…sbb masa menulis ni pun otak dah tak baper betul..
    Terima kasih wahai pengkritik tetap tiraihidupku yang ku kasihi!!!!

  3. Boleh saja jawapan itu.

    Hanya rasa rugi bila ada persoalan dan penghuraian yang seimbang dan boleh memperkayakan minda penikmat atau khalayak menjadi kurang bergizi sebab dibiar kecelaruan bahasanya.

    Sama saja dengan sebuku kek lapis yang berpotensi sedap dan mahal harganya dibiar berkeredut dan berkeriut dan lembang lembit macam cucur badak.

    Untuk makluman, keadaan bengang dan kepala tak berapa betul itu memang ciri seniman, sebab itu mereka selalu nampak tak betul, seperti overdress (para artis glamor), underdress, asal jangan undress. (Saya termasuk yang sentiasa well dress – bukan overdress, ini Budin tahu benar – sehingga menyusahkan orang rumah sebab banyak kena cuci baju)

    Namun seniman selalu berusaha menghasilkan karya yang ‘betul’ dan sempurna, walaupun tidak akan sempurna.

    Ini sekadar pandangan seorang pembaca karya anda yang ingin melihat karya itu akhirnya selayaknya disiarkan oleh Dewan Sastera kerana ada potensi bakatnya.

    Format akhir terpulang kepada anda yang mencipta karya anda.

  4. Boleh saja jawapan itu.

  5. aduuuuhh…kini ku sedar siapa diriku?cewah!!!aku juga termasuk penulis blog yg sedang diperhatikan!Tulisanku dinilai oleh peminat karya rupanya!
    Asdy memang bijak dalam memberi apprisiasi karya….lepas ni aku dah tak boleh menulis sambil lewa lagi!Cuma yang herannya Asdy..lawa ada jer idea terutama jika otak sedang bengang atau sedang sensitif..berlambak idea datang!
    Cuma laras bahasa sahaja dan suka sangat menggunakan bahasa yang caca merba dan singkatan ala ala sms!!!Oiii..aku sedang membuat apprisiasi karya aku plak dah!
    sssssbbbaaab aapppaaa Asdy ssssebut nnnama Bbbuuddinn???
    Lllllaawwwaaa ttteeerrgagap!!!!
    Mmmmmaaafkan lawa …
    Ssssaaaalllaah ttaauuu sssbbut nnnaama tu!
    Mungkin Budin yg Asdy sebut ni bukan bin Abdullah kut????

  6. Asdy…kuih lapis walau lembik kalau laparrr makan juga!Walau rasa macam nak muntah!

    Asdy,kini lawa dapat rasakan bagaimana manusia sanggup membunuh manusia lain!Bila keadaan mendesak dan bila kita rasa orang yg kita benci masih hidup dan menyusahkan kita!Kita rasa nak lenyapkannya sekelip mata!
    Asdy,pengalaman hidup walau pahit,namun tetap manis sebagai kenangan terindah dalam kamus hidup!
    Ssshhh..Asdy nak tanya sikit boleh ke?Bbbbuudddin yang Asdy sebutkan nama tadi bin siapa???
    Sapa dia?Ahli muzik?Cleaner?Lawyer?
    Lawa dah lupa..sssuumpah lupa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: