Putus Sudah Kasih Sayang…{kisah benar}


Perkahwinanku ini ibarat mengharap kemarau sampai ke petang ..rupanya hujan di tengahari!

Setelah dia menghalau aku dari rumah,aku membawa diri berbekalkan sebuah beg pakaian.Kemana harus ku pergi?Sambil air mataku berderai mengalir dan esak tangis ku yang masih penuh sendu…aku berjalan mengikut arah kakiku…

Feri yang ditunggu belum tiba lagi..aku perlu ke tanah seberang dengan segera kerana aku dah tak sanggup menerima penolakan yang maha hebat ini!
Abang,sampai hatimu memberikan ku talak yang memisahkan kita!Biarpun selama ini aku masih banyak bersabar dengan karenahmu.

Aku masih tidak boleh menerima bila kita bertengkar acapkali tangan mu singgah di pipiku dan rambutku disentap hingga mengeluarkan air bisa sampai berhari -hari..Jika dilihat raut wajahmu nampak macam orang baik baik..siapapun tidak percaya apa yang berlaku pada diriku ini!

Akhirnya feri yang ku tunggu sudah tiba!Air mataku berderai jatuh ke pipi sekuat bunyi enjin feri Langkawi..Aku menangis lagi hingga bercucuran air mataku.Ketika ini tiada siapapun yang sudi memberiku ‘shoulder to cry on’…aku menangis semahunya!Aku langsung tidak pedulikan orang ramai yang melihatku..

Dari video clip feri aku masih boleh mendengar sayup sayup lagu ‘Putus sudah kasih sayang nyanyian P Ramlee…..sedihnya..hibanya…dan air mataku terus mengalir semakin deras..membasahi pipiku!Dunia ku rasa gelap pekat…dan mataku kian kabur dik air mata yang kian membuak..bagai air mata air!

Masih jelas di pandanganku bagaimana malam itu..abang pulang ke rumah bersama seorang perempuan dan bermesra di depanku di bilik tidur kita!Sedangkan aku masih tercegat berdiri memerhati gelagat kalian!Aku disepak dan diterajang hingga berdarah kepalaku..tanpa sedikit belas kasihanmu bang!Dan perempuan durjana itu hanya mentertawakanaku bang!
Aku di halau bagai kucing kurap yang tidak berguna dan dipaksa menyediakan makanan untuk abang dan perempuan itu!

Luka hatiku bagai tersayat sembilu..pedih amat ku rasakan!Aku tiada haluan lagi untuk meneruskan hidup ini tanpa insan bergelar suami!Biarlah ku sendiri dan aku akan besarkan putra dan putri yang lahir dari zuriat kita!

Walau setiapkali ku pandang wajah keduanya saling tak tumpah wajah ayah mereka..namun aku tetap sayang dan kasihkan kedua mereka!Masa berlalu..dan aku sendirian mengharungi hidup ini!Aku cuba hilangkan segala yang pahit ku lalui!ku doakan kebahagiaanmu walau antara kita sudah tiada apa lagi ikatan!

Bulan lalu aku terserempak denganmu dan abang memanggilku dan cuba jelaskan yang abang akan rujuk semula kepadaku!Aku jadi serba salah dalam dilema ini!Keluargaku sudah memberi kata putus jika aku kembali kepadamu maknanya aku sudah tidak punya keluarga lagi….

Minggu lalu semasa aku mengikuti kuliah OUM tutor kuliahku Puan Moodiana yang perihatin denganku,telah memberi sedikit motivasi dan semangat untukku!Beliau mendengar segala yang ku curahkan!beliau juga amat simpati dengan keadaanku ini..
Bukan aku ingin membuka pekung di dada sendiri cuma sekadar ingin berkongsi pengalaman pahitku dan selepas itu aku rasa sedikit lega..

Pernah abang cuba melarikan anak -anak kita tanpa pengetahuanku!Anak -anak kita bagaikan pelarian semasa abang membawa mereka berhari -hari dan tidur di merata masjid!Kenapa anak-anak kita diperlakukan begitu…semasa itu aku hampir meminta untuk ditukarkan ke Sabah atau Sarawak supaya aku dapat pergi jauh darimu bang!
Aku akan lari dari segala kegilaanmu yang kau lakukan!

Akibat laporan kepada pihak berkuasa mahkamah beserta dengan kesan penderaan fizikal di badanku akhirnya aku berpisah denganmu walau aku masih rasa berat dengan perpisahan ini!Dan syukur kerana anak -anak berada di sampingku kini!

CATATAN:Kisah benar ini menimpa seorang wanita yang berpangkat dan berkerjaya.Bekas suaminya juga seorang anggota pasukan keselamatan yang berpangkat.Diceritakan semula oleh penulis sebagai pedoman kita bersama!

4 Responses

  1. kisah sp ke kah ini wahai kak lawa lagi jelita….

  2. emmmm..kisah yang ku adunkan dari beberapa kisah-kisah somi isteri yg berperang ku campuradukkan agar sebati ..ku uli hingga lembek dan ku tokok tambah kisahku kisahmu jua..hahhha..

  3. Lawa, teruskan menulis dan kemukakan karya mu ke media. Ada bakat besar di sebalik pelbagai kerenahmu.

  4. Saiee…lawa antara sedar dengan tidak..apakah aku boleh menulis???
    Tapi yang nyatanya lawa memang kuat berkhayal…huhu..misalnya masa nak beli rumah ..bertahun berangan sejak rumah mula dibina hingga dapat tinggal baru habis angan anganku!!!huh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: