Apa lawa buat hari ini???12/4/2008

Beginilah kehidupan seorang yang bernama Azizah,guru,ibu,pelajar oum,penulis blog,kaki chatting,jurulatih,jurugegas,pengurus kewangan prasekolah,jurulatih action song,drebar,kaunselor,jurugambar,bibik,dan lain lain!


Sebenarnya aku mengambil jalan SP-Sidam-Kulim dan gerenti melalui Wat Siam tadi di Sidam Kanan!Ni dah hampir nak sampai ke Padang Serai Kedah.Suasana dah makin gelap!
Perutpun dah lapar…harap ada makanan di rumah sebab dah gelap nak singgah makan pun!Masa di SP tadi ingat juga nak singgah makan tapi lone ranger segan pulak nak makan sorang sorang…konon pemalu la!hahhahha!Balik umah rupanya nasi je yang ada…nasib baik adik aku rajin nak masakkan nasi goreng kampung…huhu…rasa macam nak kena gastrik plak ni…adoilaa…dah ler semalam aku rasa sedikit radang otot…rupanya kalau sakit otot kita tak boleh tidur dalam aircond!Sakitnya makin menjadi-jadi!Aku ingat dah tak boleh exam dah hari ni…nasib baik Allah sayang dan aku sihat kembali cergas dan cerdas kaki tangan dan mulut ….


Ni Wat Olak madu tempat orang Thai sembahyang dan buat aktiviti kebudayaan mereka!
Sawadeekap!!!
Di Wat Olak Madu ni depa sering buat Pesta Carabaou dan ramai artis Siam dijemput buat ‘rambong ‘siam…yuhuuu..aktif Orang Thai di sini!Aku pernah pinjam baju tradisional mereka untuk budak prasekolah aku kebetulan bangsa Thai juga!

Ni yang paling aku takut..hujan sebab mataku rabun kena tanggal spek baru boleh drive!Sp hujan tapi bila dah dekat Kulim reda pulak…legaa!Punya la loklaq..dah sampai simpang Pusat Serenti aku selalu tersasul teru pi OUM Aman Jaya..dah 2 kali jadi macam ni kalau aku ‘drive’ lone ranger!!Susah oo drive lonely ni…sasul manjang!Sebab apa…sebab sambil ‘drive sambil berangan-angan mat Jenin huhuhu!Masa drive fikiran melayang hingga ke Kuala Lumpur..Ipoh ..Kelantan Ganu dan hingga ke Sabah Sarawak!!!Dahsyat punya khayal huhu

Ni dekat traffic light Taman Sejati dekat Emerald Hotel,hotel ni ok jugak lah kadang guru-guru buat makan -makan besarrq di sini!Boleh laa..

Ni dekat traffic light Giant Supermarket di mana sahabatku Yusri bila balik SP mesti bawa Mem Besarq dia shopping sini!!hehehhe…barang sini murah la jugak…


UUmmmmm sempat juga aku ‘stop’tepi jalan dan shoot gambar pokok ni kerana keanihannya sebab tinggal dahan dan ranting..cantik kan?Aku dah jadi photographer rupanya…dan penulis blog(antara bloggers yg 500,000 tu la!!)
Masa stop tepi jalan ni kira berani la mak oi!! sebab kemungkinan dirompakpun boleh jadi tau!!Sebab jalan kiri kanan kelapa sawit dan sunyi …

OTW balik dari Merbok..sebenarnya ada urusan bayar barangan Prasekolah yang ku beli awal tahun baru ni!So duit perkapita dah dapat maka aku cepat langsaikan hutang sekolah!Lihatlah jalan raya menghala ke Sungai Petani makin cantik..tapi keretaku pandu dah berapa kali terjun lubang..hahhahha!Dah banyak lubang rupanya jalan ni!!


Alhamdulillah paper hari ni boleh buat syukran Ya Allah walau aku sering melupakanMu,Kau masih memudahkan segala urusanku Ya Allah!Walau di celah kesibukan yang maha dahsyat ini,banyak perkara yang kubuat,namun kau masih menguatkan ingatanku terhadap pengajianku!Apa yang ku baca,semua terpampang di mata,di minda!Ya Rabbi semoga perkara duniawi ini tidak melekakanku dari mengingatiMu Ya Allah!
Emmm..OTW to Merbok aku sempat singgah di Semeling dan mengambil gambar Rumah Orang Tua Semeling!Aku teringat dulu dulu aku pernah menyebut akan bertemu geng bloggers yang mungkin akan menginap di sini..jika tak ada sesiapa nak jaga masa tua kelak!!
Tapi masa tu tentu dah ada kemudahan internet maklumlah dunia makin canggih!
Sekarang nak baca Quran pun dah boleh sambil online!So jika aku tinggal di sini tentu riuh rendah pulak Rumah Orang tua ni..huhuhu…kan aku suka buat ‘havoc!!hahhahah!!
Masa di Merbok sempat aku call sesorang Alhamdulillah dia sihat dan wish semoga aku berjaya dalam exam.. dan OTW nak pi exam tadipun aku menerima panggilan kawan saiber yang sangat prihatin denganku mendoakan kejayaanku jua untuk hari ini!Dia pesan jangan gopoh menjawab…Terima kasih kalian…aku mesti pulun demi semangat yang kalian suntik buatku!

2 Responses

  1. blog berkesan, teruslah menulis.
    salam dari gambar rumah idaman

  2. Terima kasih cheriatna…
    Berkesankah blogku?
    aku terima salammu..
    aku kan terus menulis..
    siapakah dirimu??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: