Because why???Because you are my friend….



“I comfortable dengan you,I suka u,I sudi jadi sahabat you,boleh kita kawan kan?”
Comel budak-budak ni!Masa kecik jer boleh buat gini pada sahabat dah besor tak boleh tau ka?hehehhe…Adie maaf lawa ambil gambar Adie ni…uummmm!!

Khas buat sahabat mayaku ku abadikan di dada blog ini!
Demi Tuhan yang Maha mengetahui
aku menyayangi dia dan seluruh sahabat maya yang mengenaliku,
yang memahami karenahku,yang faham aku,yang kenal kenakalanku yang suka menyakat!
Aku ingin jadi bahu untuk kalian luahkan rasa sedih,keciwa,hambar,tertekan,diperdaya,dianiaya,difitnah,luahkan
pada seorang sahabat yg mengerti kerana kita saling memerlukan!
Bukan semua yang sudi,kerana mereka juga punya masalah sendiri!
Kak G,ku petik kata-kata ini di dada blogmu
demi ku hamparkan di dada blogku buat tatapan semua sahabat mayaku!

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan
harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

*Biar ramai kawan jangan ramai musuh..jadikan musuh anda bagai sahabat…biar orang beri najis,kita tetap beri bunga!Bila sahabat susah,peritnya dapat kita rasakan cuma apa daya kita tangan dan kaki tak sampai nak hulurkan bantuan bagai kiambang akar tak jejak!Namun sokongan moral adalah sesuatu yang berharga di saat dia keciwa!

3 Responses

  1. Respect Yourself,Respect Anyone Else, and be.. Responsible for all your actions..:P

  2. I really respect you my dear bro!!
    Ssssuuumpahhh akak x saspek ko dik hahhahha!!

  3. sayE SuKer,berkAwaN..
    TApi,
    kaWAn selaLU KHIaNAt sy…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: