Kak G aku ingat hang niii!!!!!

KAK G PUNYA KEJE NI!

11 Responses

  1. Ma…ok le tu , boleh jadi model majalah AZIE . Good Luck

  2. oitttt pa!!amboi jadi anony plak dah…ma bz se bz nya sekarang ni!!!Jgn dok bz soh boh pic baru x mo dah boh pic demo kata pasan cunggg!!!!hahahhahah!!

  3. Blog ni apa crte?nak tunjuk muka dan hal kluge ke?,

    Isshh!buang masa saja,.nak kata cum,tak de le,tak yh nak cari glamer,

    Ajar anak anak baca quraan dapat pahala, pandai nanti die,dah besar tak le teraba raba.

    Jgn maree.

  4. Blog ni apa crte?nak tunjuk muka dan hal kluge ke?,
    Jawapan:Penulis blog ikut suka asal bahagia,janji tak kacau sesiapa!Nak kata nak tunjuk muka tak banyak mana? begitu juga hal keluarga?dok tengok tang mana yg nmpak byk tak sangga sangga??hehe!

    Isshh!buang masa saja,.nak kata cum,tak de le,tak yh nak cari glamer,
    Jawapan:Sapa kata saya buang masa?Saya dah manafaatkan masa sepenuhnya,berblog hanya suka suka!
    iss sapa kata saya cun dan nak cari gelemer?Sedangkan saya tak punya apa!

    Ajar anak anak baca quraan dapat pahala, pandai nanti die,dah besar tak le teraba raba.
    Jawapan:Terima kasih nasihatmu diterima,anak dah mengaji khatam Quran semua,Indraputra pula bagaimana?Usiamu masih muda 28 angka last remaja,keluargamu bagaimana pula!heheheh..saya tak marah sekadar respon sebagai kekanda!!Anggap Indraputra sebagai adinda sahaja….hehehe

  5. Indraputra pula bagaimana?

    Thx.Akak,

    Hari ni off,pasal sibuk hantar borang ke tingkt 6,JAIS,nak settle down by this Augst.i.e:8/8/08 cantik kan hari tu:8/8/08(28).

    Dtang le,kat Damansara Utama,sblh Masjid Mujahidin,nanti kad di hantr tro’ Blog ni OK?.Salam smue,bye!!!!

  6. huhu…X berapa faham…
    tapi akak rasa macam Indraputra nak tamatkan zaman bujang jr..hehheh ye ke?
    Send jer mana tahu ada rezeki akak sampai 8/8/08 28 huh!
    Jap nak tanya ni mesti jumpa blog akak dari no2umno kan???hehehe

  7. wei apa cite ni. kata ingat kat akak tp apsal komen derang ni lain macam je bunyinya.

    blog ni ko punya kan…jadi tokeh sendiri…suka hatilah nak wat apa kan… akak pun pelik gak dgn nada komen Indraputra ni… apsal lak komen yg boleh buat hati terguris? Akak baca pun jadi terasa gak dibuatnya.

    Mungkin Indraputra belum punya famili lagi. Bagi org yg dah punya famili mcm kami ni mmg suka berbual pasal anak2… daripada mengumpat orang lain kan x guna.

    Buat Azi…tabahkan hati k… blog ni ko punya…ko bebas tulis apa aje. lagi pun bukan ada tulisan yg sensitif pun.

    Caiyok…
    Akak ingat gak kat hang terutamanya Hari Guru ni.

  8. Akak Akak jgn maree!lps ni Indra tak akan masuk blog ni lagi.

    Sekadar sembang Masjid.(Surat utk Pemuda Penang)

    (Without Prejudice)

    Jam sudah hampir pukul 2.50 pagi,keletihan masih terasa,setelah memandu dari Taman Robina ke Damansara yang mengambil masa hampir 3 jam setengah.,

    Sepatutnya masa ini sudah boleh berehat bersiap-siap untuk tidur,satu jam dua,kemudian bangun menunaikan sembahyang sunat,dan terus ke Masjid Mujahidin sembahyang Subuh.

    Tapi hati ini terasa resah,gelisah,selagi perkara ini tidak di luahkan, rasa nya sia-sia berbaring,mata tidak akan dapat pejam,apa lagi untuk tidur.

    Petang tadi,sekembalinya dari tugas di Pejabat rakan bagi mengendalikan beberapa kes,saya yang sudah lama tidak kerumah kawan,bercadang hendak berziarah nya,di taman Robina,.

    Malangnya beliau seisi keluarga sudah berpindah,maka hampalah saya,.

    Sebelum bertolak balik ke KL,saya terpandag Pantai,yang kelihatan begitu cantik ,di tepi perumahan itu ,maka saya mengambil keputusan untuk lepak sebentar,dengan menyusur jalan tepi pantai(Lorong laksamana kalau tak silap).

    Melihat ada banyak kereta yang di letakkan di bawah rimbunan pokok,maka saya mengambil keputusan untuk berehat disitu.

    Angin pantai yang sejuk,matahari petang yang sudah hampir melabuhkan tirai ,menjadikan pemandangan begitu indah di susuli deruan ombak memukul pantai,membuatkan hati saya begitu sayu ,dan terasa begitu syukur dapat menikmati rahmat Allah s.w.t yang sungguh indah.

    Dalam keasyikan melihat,entah mengapa mata ini terpandang ke sebelah sudut yang agak sunyi,dan saya begitu terperanjat melihat beberapa pasangan duduk berpeluk pelukan,tanpa menghiraukan orang lain .

    Subhanallah,rupanya sepanjang lorong itu terdapat begitu ramai lagi yang berkelakuan yang sama,dan yang peliknya perempuan-perempuan bertudung berkelakuan tidak senonoh dgn pasangan nya.

    Saya tidak mahu memanjangkan cerita ini.

    Saya berharap mana-mana pihak yang berkenaan ,agar sesekali meninjau kawasan ini,dan lakukan lah sesuatu agar perkara ini dapat diatasi,

    Itulah sahaja yg dapat saya tuliskan,

    Sekian,terima kasih.

    Damansara Utama,9hb Mei,2008.

  9. Kak G,apa yang indraputra tuliskan sekadar komen biasa antara bloggers!Indraputra kekanda tak simpan di hati apa yang adinda tulis!Kekanda amat memahami apa yg ada di fikiran orang muda seperti adinda!
    Ramai lagi antara kita yang sudah tidak tahan dgn karenah remaja sekarang dan mungkin semangat dakwah yg meluap di dadamu begitu jijik melihat kemungkaran yg berlaku di sekitar kita sekarang ini!
    Dan mungkin sekali sekala adinda rasa perlu mengatakan sesuatu walau kadang kadang mungkin mengguris hati tapi percaya lah kekanda lawa tidak simpan di hati apa yang adinda tuliskan kerana ada kebenaran di sebalik kata kata itu!
    Kak G biarlah adik kita ni tengah semangat berdakwah dan syukur kerana anak muda seperti dia masih punya kesedaran berdakwah dan ada semangat menentang kemungkaran!
    Kak G memanglah asik defence aku sejak azali….hehhe!Cool down sis!!Happy teacher’s day hehh!!

  10. salam
    akak bukan apa azi… ada kalanya kita kenalah berhati-hati dalam pertuturan. blog yang kita kendalikan adalah aspirasi kita. kita bebas berkata apa sahaja sebab blog itu kita punya. betul tak. nak citer pasal diri sendiri atau famili tak salah.
    kalau nak kutuk mengutuk tak ada faedahnya. kalau nak kutuk sangat email la supaya orang lain tak tahu.
    bab dakwah ni semua org boleh berdakwah tapi biarlah berhemah. nak sentuh bab peribadi ke jangan la di depan khalayak. nabi pun penah buat gitu pada musuhnya. hmmm banyak kena belajar lagi tu.
    sori la mungkin akak ni sensitif bila semakin tua begini. bukan x boleh tegur ye. akak bukan pun nak marah sangat cuma terkilan. akak penah terbaca pada blog Budin dulu bila ada org kutuk2 dia… kesimpulannya blog ni adalah wadah untuk mengeratkan silaturrahim dan menimba ilmu. jangan jadikan blog sebagai tempat menghentam orang lain. gunakan bahasa yang baik sebab kata orang dulu2 “yang kur ik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa”
    dalam berdakwah gunalah bahasa yang indah. contohnya kat blog dsantai.blogspot.com… menarik cara dakwahnya.
    ISLAM ITU INDAH. jadi mari kita sama-sama indahkan alam ini dengan insan yang menghuninya tahu menilai hati budi.
    buat adik yang membuat komen tu akak minta maaf andai ada bahasa yang kasar.
    wassalam

  11. Kak G,
    Aku dah lali dengan segala dugaan berblog..
    Semuanya bermula dengan cara mudah iaitu bermula dengan MAIN-MAIN!
    BELAJAR MELALUI BERMAIN ADALAH PRINSIP PRASEKOLAH..
    so cikgu prasek juga belajar melalui bermain!
    Ko faham faham je la kak g…
    Aku tetap suka dengan apa yang ku lalui kerana menambah kemanisan hidup ini!
    kak G cuti sekolah ni aku full version x cuti..Pangkor dan Pengkalan Hulu!

    Kak G,percayalah aku takkan buka aib sesiapa terutama orang yang aku sayang, di maya atau di mana sahaja!Demi Allah aku akan bela orang yang aku sayang!Akan ku tutup serapat mana aib dia jika ada…Kadang membuka aib orang yang kita sayang ibarat menepuk air di dulang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: