Antara Pantun Yg ku abadikan di portallepak!

Menulis nama di atas nesan,
Terpijak batu kaki terluka,
Merajuk hanya permainan perasaan,
Sekadar selingan di waktu duka.

Pohon nyiur lambaian desa,
Tempat dara bertemu uda,
Entah kenapa tergugat rasa,
Bercerai berkasih talak tiada.

Makan buah si manjakani,
Makan bersama telur pindang,
Aku kembali ke persada ini,
Biar diriku tidak diundang.

Hidup umpama tanpa bunyi,
Pekak bisu bercakap seorang,
Sungguh diri terasa sunyi,
Hidup seperti rasa terbuang.

8 Responses

  1. Indah sunguh tiung berbunyi,
    Tiung hinggap di atas titi,
    Lupakan segala rasa sunyi,
    Bergembiralah utk menghiburkan hati.

    😛

  2. Putih sungguh bunga seroja,
    Selitan sanggul penyeri rupa,
    Cuma rasa terkilan sahaja,
    Cerita sejengkal dah jadi sedepa!

    Pagi pagi mengail gelama,
    Dapat seekor di dalam paya,
    Mengenang kenangan indah bersama,
    Walau berteman hanya di maya.

  3. woo
    tatau la kak cemana nk balaih
    ekeke
    😛

  4. Cerita sejengkal dah jadi sedepa,
    menabur fitnah menambah mumbu,
    asal jadi penyedap telinga…
    walau tak tumbuh tak melata..
    tak sungguh orang tak kata!
    Namun jgn jengkal nak jadi depa dan depa kan jadi berjela jela…sudahlah tu cuba bawak berfikir takkan dapat apa apa cuma sekadar pencetus sengketa!
    Mendalam makna Tiung untuk dihayati bersama….

  5. hehehe
    😛

  6. tiung bila agaknya nak banjer antulawa makan???

  7. anytime ja kak
    keke

  8. huhu anytime any place?set!!!!bila tu???

Leave a comment