Lawa menangis….


Hari ni 19 hb Jun 2008 aku keseorangan menangani,
mengurus murid-murid prasekolahku!

Sepanjang minggu mengadakan latihan nyanyian dan gerakan.
Sejak pagi layan karenah mereka,layan makan dan minum mereka!
Yang masih 5 tahun masih manja dan yang 6 tahun pulak nakal aduh..

Namun aku tetap bersabar kerana bekerja tanpa pembantu adalah sesuatu yang paling dahsyat!kalau sekadar mengajar tanpa latihan untuk ke karnival memang boleh buat..

Tiba tiba kedengaran muridku menjerit..’cikgu Aiman berak!!!Dia berak dalam seluar!!!
apa lagi masa tu aku sedang basuh cawan dan pinggan yg mereka gunakan tadi..terpaksa tinggal semua dan pastikan Aiman selesai..

aduh serba salah je jadi hari ni..pergi cari cleaner..x jumpa..patah balik
ambil berus lantai dan cuci najis budak yg berterabur..
tetiba berus lantai pulak patah dua..adoi!!celah tu ada pulak budak aku yg pijak najis Aiman dan bawak masuk dalam kelas ..adoi mak!!!Aiii!!
matilah macam ni…aku sedih sangat..rasa penat sangat..semua nak dibuat dalam satu masa..aku memang nak menangis masa tu..

tetiba ada call dari Ganu..suara kawanku sayup sayup kedengaran..
you call I masa I tengah sedih ni ..i memang nak menangis ni..dan aku meraung macam kene polong dan kawan aku jenuh pujuk..biarlah aku nak lepaskan tension ni ..aku menangis hingga tak sedar ‘cleaner ‘yg aku cari tadi jenguk dan lihat aku menangis!!

Tak pernah aku sehiba ini..lepas tu apa lagi aku pakai spek hitam je la sepanjang hari sebab mata dah merah berair..asal jumpa org pujuk terus menangis lagi..
Tapi budak budak aku tak sedar apa berlaku…
aku ni bagaimana gelak begitulah kalau menangis!!da begitu juga jika bertekak aku nak menang jer..walau at last aku kalah juga akhirnya…mudah cair balik..kalau org pandai pujuk habis!!hancuss!!

11 Responses

  1. adess..sian kak..

  2. kalaulah Tiung ada…
    boleh tolong mop kan lantai..
    akak boleh cekak pinggang dan jadi pengarah besar hahhahah!melampaunya haku..

  3. nape dengan akakku ni…ishhhh

  4. x jadi apa apa cuma hari tu agak penat…sampai menangis Zis…

  5. ZIS….AKAK X LEH MASUK BLOG TIRAI DGN EMAIL DAN P/WORD ADUHAI…DAH JAHANAM KE BLOG NI????ZIS TOLONG AKAK…..

  6. Wanita dan air mata tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan, bukan lagi bergelar wanita!. Itu hakikat yang seharusnya diterima…kata nenek DakLan

  7. haha kak
    oo camtu plak aa
    kekeke
    😛
    tp takpa tiung ok ja
    haha

  8. Daklan,
    huhuhuhu…uuwwwaaa…aku dah lepas geram aku pada kawan aku yg call dari Ganu tu..kesian telinga dia terpaksa dgr aku melalak!!!
    Ko tak abis sebut fasal nenek ko!pesal ko tak sebut pasal datuk ko…??dia tak nah beri apa apa advice ke huhuhu???

  9. Tiung..aku percaya ko..memang boleh diharap..jgn jd harapkan pagar..padi makan pagar hahhahah

  10. kesian nya mi dengar kisah akak kali ini…
    sabarlah itu lah sebenarnya sebahagian atau mungkin cebisan hidup yang dilalui oleh seorang guru…hanya tuhanlah membalas jasa dan pengorbanan seorang guru…
    moga akak terus kuat, tanah dan bersemangat dalam mendidik anak bangsa…

    p/s
    teringat drama tv kisah seorang ustaz yang jugak cikgu sekolah dengan muridnya mohd dhuha..sedih rasa macam nak nangis jugak…

  11. mi..sedih memang sedih rasa lemah longlai sangat hari tu..akibat 4 hari stay back balik pukul 6 ptg.
    aleh aleh hari ke 5 budak buat hal…ada saja kisah bila pembantu tak de..
    hari ni ada seorg murid akak dia ni tak take part tapi bapak dia hantar ke kelas latihan petg tadi..so akak terima juga sian plak dia dah dtg dari jauh..
    menyanyi ok je..
    at last dia gelisah ikut akak ke hulu ke hilir..at last..
    “cikgu……cikgu…dia kencing berterabur dalam kelas akak..aduhhh
    sorang lagi buat hal di petg gini..ni lah akibat hujan petang so budak budak kira mengencing jer..akak x marah mi..sabor je la dan berita gembira esok akak akan menerima assistant baru graduate tapi hanya pembantu sementara selama 40 hari dia akan keje dgn akak…syukur mi…syukran..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: