JADILAH GURU SERBA BOLEH WALAU TAK BERAPA BOLEH!


Tadi aku pergi sekolah ceria macam biasa..
Pergi kantin makan nasi dagang dan minum kopi gano secawan.
Lepas tu ada misi(nurse) pula sudi nak ajar muridku berus gigi!

kesempatan ini ku ambil dgn menyiapkan peralatan latihan
seperti speaker,PA system,mic,radio kaset,cd,laptop dll
sempat minta Pak Mat bancuh simen untuk letakkan bunga mawarku.
Esok kalau sempat aku boh gambar hehhee..syok plak guna BOH!

Selesai semua, latihan bermula
Penat buat keje lone ranger..sendiri conduct,sendiri jadi
pereka tari..semua sdn.bhd.
Cara masuk,music intro(cuba macam macam oh carol,pink panther dll}
semua tak memuaskan hatiku!
Gerak tari?semua tak puas hati!Asik nak cut jer!
tensen macam ni..

Budak-budak pulak tak berapa gedik macam tahun sudah!
Apakah ni tanda tanda kekalahan???
Jangan putus asa kawan!

Petang sempat jenguk bonda di hospital.
Bondaku penat akibat buah pinggang..
Kasihan bondaku..

Dapat call dari fauziah..
Sekolah u dapat naik taraf!!
Alhamdulillah syukur..
Ya Allah selama ini..
Inilah harapanku terhadap prasekolah ini!
Hingga aku tertulis di potal PPDKBB
Ku tulis harapan menggunung muridku
hendakkan bangunan baru..
Hingga hubungan aku dgn GB bagaikan retak!

Akhirnya..
Inilah hadiah paling berharga..
buat murid murid Intan Baiduri!
Cikgu tak sedar air mata gugur
di pipi…
fizikal Intan Baiduri bakal berubah..

susah jugak jadi burung merpati
bila sayap patah dia degil nak terbang jua
…patah sayap terbang juaa..
sebab degil…bagus juga sifat degil ni hahhahha!

2 Responses

  1. dapat naik taraf aa
    syok aa
    jd la burung tiung kak
    haha

  2. sekolah lain dah lama naik taraf dgn bangunan baru tiung…aku masih di sini setia sehingga dapat peluang nai taraf ni!Bertuah murid-murid SKBS ni..tuah ayam nampak di kaki..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: