Internet Tempat Bersosial???

N3 ini telah di edit di Jepun dan inilah hasilnya.kebanyakan kita suka bersosial di alam nyata dan begitu juga di alam maya(saiber.
Kalau kita perhatikan kenapa orang masuk blog kita?
Kenapa orang suka kita?
Kenapa kita boleh berkawan dengan kawan maya kita hingga begitu baik dan rapat?
Kenapa hingga dia juga sama seperti kita rasa diperlukan..saling memerlukan…tapi satu jer batang hidung tak pernah jumpa!
Jadi inilah yang dikatakan bersosial di maya!

Kalau dah sampai berjumpa dan pegangg tangan patutlah kita curiga dengan pasangan kita!Setakat berjumpa di blog,di shout dan di yahoo messenger adalah perkara biasa!

Seperkara lagi ialah tak semestinya apa yang kita lihat di blog, shout atau YM serupa seperti apa yang sebenarnya. Itu hanyalah topengan di alam saiber yang tidak pernah menjanjikan apa-apa bentuk perlakuan fizikal. Tapi siapa yang tahu sikap sebenar seseorang di luar dunia saiber….?

Di bawah ini disenaraikan beberapa perkara yang kebanyakan kita suka buat semasa dapat peluang ‘onine’!!!Iqraq lah….

1)Ada orang suka menyamar dengan menggunakan email orang lain dan memasukki blog orang lain!
2Mengubah password orang lain dan menghantar emeil palsu menggunakan email mangsa!
3)Membuat blog semata mata dedahkan keburukan orang lain.
4)Membuat analisis hebat macam semua yg diperkatakan adalah fakta!pada hal belum tentu hujung pangkal!Contoh kes Dsai…
5)Bercengkerama dalam email/yahoo messenger/shoutmix/cbox!Tanpa pengetahuan orang tersayang!
6)Menyamar guna nick orang lain dan cuba mengorek hal personal!
7)Mengapikan isu yang dah basi!Dia jadi tukang perangat!Mcm kes politik ta habis fasal liwat!Senyap lama dah timbul balik….jenuh ulang!
8)Tunjuk ‘friendly’ pada hal nak korek cerita basi!huhu..kes politikpun sama hingga tatau yang mana kawan dan yang mana musuh!
9)Chat bebaik je or minimise/close window cepat cepat!,or shutdown pc terus jika ada bini sebelah masa chatting!Bukan apa depa ni sayang bini tapi nak rasa jugak alam saiber!Nak explain orang bukan nak faham…so terpaksa laa..berdrama kejap!
10)Curi curi ber YM dan chatting tanpa pengetahuan mem besar!
11)Berani buat blog ‘porno’dedahkan aktiviti 18/21 dan 40 sx!
12)Sanggup buang masa dan karen dan meninggalkan buku pelajaran demi layan blog dan chat!Student tua dan muda terlibat ni..huhu

1)Buat blog untuk kawan.
2)Share password dan blog dengan kawan!(nasib baik kawan bukan makan kawan)
3)Buat email untuk kawan dan ajar kawan bagaimana nak buka mel!
4)Buat shoutbox/cbox untuk kawan siap beri html untuk masukkan dlm blog!
5)Buat playlist imeem,video dll untuk kawan letak dlm blog!
6)Ajar kawan buat avatar dan macam macam lagi!
7)Ulang masuk blog orang yang disukai atau digilai atau diminati…atau syok hahha!Hingga pasang khemah!!!Hingga ranking naik shoutbox kawan tu..
8)Chat dengan mesra dengan semua chatters dan bloggers asalkan ceria!
9)Buat gila gila di blog pada hal dia x segila yg disangka huhu!
10)Rajin masuk kaunseling kawan kawan kalau boleh sampai nak usap belakang!hahha rasa kalau kena usap dgn dia ni memang cair!!
11)Ada yang suami isteri spotimmm kawan dengan semua member blog.
12)Seronok masuk sembang sebab nak hilangkan stress..yg ni bagus!
13)Sanggup buat gathering dgn rakan bloggers!Tahniah Junaidix dan Carney!
14)Pandai cari lubang buat duit dlm internet!

Dah!!dah!dah!! dah banyak ni jika secara kebetulan ada persamaan dengan apa yang anda buat,sedang buat,anggaplah secara kebetulan sahaja!Tulisan ini hanya sekadar celoteh semasa tidak ada niat nak lukakan hati sesiapa!Ya ampun tuanku!
Jadi fikirkanlah anda terlibat dengan kerja kerja yang mana seperti senarai di atas!Jika positif alhamdulillah…semua bergantung pada niat anda..walau kekadang niat kita disalahertikan!
Marilah kita sama sama meneruskan hobi kita berblog ,berchatting.cari info,pungut ilmu pengetahuan di alam IT!

catatan:Aku ni contoh nyata..nak exam dok masuk buat n3 lagi huhuhu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: