Selamat Datang

Tirai hidup telah terdampar disini setelah menjadi mangsa PERMAINAN IT….. tetapi semua terkawal setelah pertubuhan blogger-blogger bersatu turun padang melerai mereka !

AKSI ANAK DIDIK LAWA -JUARA NYANYIAN DAN GERAKAN DAERAH KULIM KEDAH 2008

ANAK ANAK DIDIKKU YANG COMEL,AKTIF,BIJAK,CERIA DAN BERBAKAT!
LISA SAHAJA YG TIDAK HADIR HARI INI GARA GARA ‘MAJUK’ SEBIJIK CIKGUNYA UUWWAAA!
AKIBAT HADIAH(Juara daerah Kulim)KU SIMPAN UNTUK DIBERI SEMASA ‘ASSEMBLY’NANTI!
Catatan: Selepas ini mereka akan berentap sekali lagi diperingkat negeri di SK Jeniang Sik Kedah.Semoga berjaya ke peringkat kebangsaan di Kuantan Pahang nanti!

LISA MAJUK KONON CIKGU TAK BERI HADIAH…..Lisaaa!!!maafkan cikgu sayang!Cikgu simpan hadiah tu …memang cikgu nak berikan pada lisa sayang!!!

Love is Chenta-Frust Sikit Tak Per


Bayangkan kalau minah ni duduk atas mamat ni???mau patah pinggang huhu…


Mungkin Dia nak beri kita “gergasi” huhu..beginilah dikatakan “Chenta Buta”kan??Kan??
Jika dia adalah untuk kita walau di mana kita berada,
kita tetap ditemukan jua,
kerana jodoh dan pertemuan di tangan
Illahi..Percayalah!!!

“Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”

Everyday We Go To School By Tractor -Tiada Rotan Akarpun Berguna…kan??

Penulis dah pernah saksikan banyak kemalangan maut di sini!
Pengalaman membantu mangsa dan membisikkan kalimah syahadah paling tidak ku lupakan..mengalir air mataku ketika membacakan syahadah di telinga mangsa kemalangan!Sedih bah!
Sedih teramat seolah aku megiringi pemergian seseorang ke alam barzakh…

Kelihatan pekerja estet Ladang Bukit Selarong menurunkan murid-murid SJK Tamil yang juga turut sama menaiki ‘tractor’bersama murid-murid SK Bukit Selarong.

Beginilah senario yang dapat dilihat oleh kami guru-guru di kawasan estet di sini.Mungkinkah senario begini dapat dilihat di seluruh sekolah di kawasan estet di seluruh Malaysia???

Maknanya…keselamatan mereka ini terjamin kerana mereka tidak lagi melintas jalanraya yang begitu tenat laluannya di waktu pagi setiap hari!
Alhamdulillah syukur kerana inisiatif pihak ladang menyediakan ‘tractor’ini demi keselamatan murid!
Lampu trafik berhampiran sekolah ini memang terkenal kerana telah meragut banyak nyawa!!

Apa daya mereka dilahirkan dan dibesarkan di kawasan estet mahu tak mahu terpaksa melalui pengalaman ini setiap hari!
Kalau di tanya mereka,….mereka dengan bangga berkata,’Kami balik naik tractor cikgu!”Kami datangpun naik tractor cikgu”Seronok tau cikgu!’

Rahsia Lahir Bulan April

APRIL

* sangat aktif dan dinamik
* cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
* sangat menarik dan pandai manjakan diri
* punya daya mental yang sangat kuat
* suka dapat perhatian
* sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
* sangat berani dan tiada perasaan takut
* suka adventure, pengasih,penyayang, sopan santun dan pemurah
* emosi cepat terusik jika tidak terkawal
* Berkecenderungan bersifat dendam
* agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
* kuat daya ingatan
* gerak hati yang sangat kuat
* pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
* berpenyakit di sekitar kepala dan dada
* sangat cemburu dan terlalu cemburu

AKU LAHIR BULAN NI? DIA????

TERIMA KASIH BLOGGERS TAWAU!


*INILAH SATU PENGHARGAANKU BUAT PARA BLOGGERS TAWAU KERANA INISIATIF MEREKA MEMBANTU DALAM
KEMPEN DANA SURAU SKBS. (Kredit gambar puadede.com-klik follow link)

Praskbs Juara Nyanyian Dan Gerakan Daerah Kulim Pada
16 Julai 2008



Saat ini kami sibuk sekali kerana mereka ni giliran pertama muncul di pentas!


Murid yang akan naik pentas…tetapi cikgunya yang hampir pingsan…harap menang lagi kali ini!!

Gila teknologi…ku sepi tanpamu!

Ketahuilah
Aku Sayang Dirimu….

RANGKAIKATA DI ATAS JUGA TERHASIL KERANA TEKNOLOGI CANGGIH SEBAB SUSAH JUGA NAK BUAT NI..AKU IDAM NAK BELAJAR CARA BUAT!


Perempuan suka pakai barang kemas…dibuat daripada emas…tapi aku cuma sekadar barang manik kuran,kristal batu batan hiasan diriku!Asal nampak cantik dan aku suka sudah…patut aku dipuji kerana telah berjaya ubah paradigma dalam berhias!!!
Lagi pulak minyak dah mahal..lebih baik duit untuk beli barang kemas digunakan untuk minyak ke tempat keje!Lagi pun pakai barang kemas besar besar risau perompak kerat tangan!hehehe!
Apa kata kita mulakan dengan mamakai manik kuran!Nampak cantik jugak kan?
Label:Angkat bakul!


Lihat tanganku tanpa bersalut emas sesaga!
Kebanyakan wanita dah rasa malu untuk ke majlis kenduri dan sebagainya sebab tak pakai apa…hehheh tangan ‘bogel’Sesetengah orang Hari Rayapun sampai tak bererti tanpa barang kemas!Takkan sampai gitu…ku lihat kedai ‘bundle’dah makin laku sekarang!huhu…
Label:bogel tangan tak per!

Inilah aku yang lebih gemarkan alat alat teknologi!Jika aku punya banyak wang pastinya aku beli..Laptop Asus paling canggih,woofer paling bagus,camera digital,camera video,hifi ke wifi ke semua balon!!!!Segalanya tentang teknologi!
Hidup sepi tanpa teknologi!tanpa internet!sepi tanpamu sayang….
Label:Angau Teknologi!

Tolong Kami Bantu Kami….Berikan Kami Sebuah Surau!!!

BENDAHARI JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU SK BUKIT SELARONG
No akaun: Bank Muamalat 02030002120-71-9


Plan pembinaan surau yang bernilai RM80,000.00 yang telah mendapat kelulusan pembinaannya oleh Majlis perbandaran Kulim!


Kami terpaksa membuat praktikal solat dan solat Asar berjemaah di padang kerana ketiadaan surau.Surau lama hanya dapat memuatkan seramai 10 orang sahaja!Sesekali murid-murid membuat latihan praktikal di makmal komputer.Alhamdulillah plan kelulusan telah diperolehi cuma menantikan sumbangan dana pembinaan yang sedang giat dibuat sekarang!


Murid-murid terpaksa membuat praktikal solat jemaah di padang dengan beralaskan tikar!
Semoga dengan paparan gambar ini dapatlah para pembaca sekalian menyumbangkan sedikit
dana bagi menampung perbelanjaan pembinaan surau yang sedang dalam perancangan!


Wajarkah kami bermandikan bahang panas begini ketika diri ini ditarbiahkan menjadi insan taqwa?Yang nyatanya padang ini pernah menjadi saksi betapa luhur budi guru dalam menjana modal insan taqwa!

Sahabat Maya Atau Kekasih Maya?


Kenapa kita rasa serasi dengan kawan kita walaupun kita baru kenal?
Kenapa kita rasa suka sangat dengan dia?

Kenapa wujud perasaan suka?
(maknanya kita suka semua yang ada pada dia)
Hingga..dia tak percaya kita suka sangat padanya!
Dia tak yakin kita suka padanya!
Hingga dia tak yakin bila kita katakan nak jumpa!
Dia ada sahaja helah..

Sayang?(Maknanya tak mahu kehilangan dia!)
Kita tak kisah apa jantina dia!
Tarikan perbezaan jantina lebih kuat magnetnya!
Ini adalah normal…bayipun dah tahu suka pada lawannya!

Hingga kita rasa tak mahu berpisah!
Kenapa harus berpisah?
Kita bukan bercinta!
Kita cuma sebagai sahabat maya!

Disaat ini jika ada yang menghalang!
Kita akan pertahankan.
Sebenarnya kita memiliki banyak persamaan dengannya.
Sebab itulah kita dikata memiliki sifat sifat yang sama dan stereotaip!

Hingga kita sanggup buat apa sahaja.
Asalkan jangan dia tinggalkan kita!
Dalam maya ni pastinya ramai yang suka kita!

Namun ada juga yang tak suka,bencipun bukan!
Cuma sebab tidak banyak sifat stereotaip yang banyak!
Kita tak kisah,yang kita kisah orang yang suka kita sahaja!

Yang suka ni kena jaga hatinya!
Kena masuk jenguk juga blog dia!
Walau sesekali,kalau boleh nak masuk semua blog
yang kita suka tuannya!
ramai sangat yang kita suka!
Kalau sorang dua tak kisah!

Namun banyak kekangan
Kita bukan hanya keje ngadap pc ni!
Banyak nak dibuat
Janji masuk juga walau sekali sekala!

Ada bloggers suami orang/isteri orang/anak orang dll
Kalau suami,isteri,tunang,kekasih dah tak suka pasangan berblog,
abis laa,,,sedangkan apa lah sangat berblog ni!
Sekadar pengisian waktu terluang..hobi barangkali!

Kalau suami atau isteri kita nak kawin lain..
Dah lama dia buat…bukan nanti kita larang!Kita suruh!
Buat apa susahkan diri cari di internet?
Sebelah rumah,ditempat keje kan ramai yang dia jumpa?

Cuma berilah suami/isteri/kekasih,tunang anda
sedikit kelonggaran supaya dia gembira!
Supaya dia tak stress..walau banyak cara hilangkan stress,
namun jika berblog ni salah satu hobinya biarkanlah dia..
kasihan dia penat cari duit tu!!!

memang tulisan ini kene mengena dengan siapa sahaja
yg bergelar suami/isteri/tunang/kekasih!
Maafkanlah saya sekadar ingin membuka minda anda!
Mungkin saya terlalu ‘open ‘minded’ membicarakannya!


Kita pun dah makin dimamah usia…
Pastikan anda memiliki cinta sejati pasangan anda dan anda berikan yang terbaik buat dia…semakin tua semakin romantik!Kalau dah berpuluh tahun bersama dia takkan lepaskan anda keseorangan!Percaya lah..walau dia jumpa bidadari sekalipun!!!