Kenangan Lama Bermain Di Hati….

Masa lampau aku,aku masih ingat betapa masa tu mak dan ayah sangat strict seolah kawasan rumah jika ada penceroboh pasti akan ditembak jika lalu.Aku memang la gadis yang ‘cute’dan lincah masa tu.Suka berkawan dengan semua orang tidak kira lelaki ke perempuan!Tudung memang sah tak pakai.Kalau di rumah cuma berseluar pendek.Rambut pulak panjang hingga ke paras ponggong.Kulitku putih gebu macam Mat gebu dan berbadan kecil.Kemana pergi aku lebih senang melepaskan rambutku terburai mencecah ponggong.Ramai lelaki bersiul ayunya…..kalau keluar ke pekan memang sah pakai seluar panjang atau berskirt pendek dan terbelah di tepi.Yang herannya aku langsung tidak tahu semua pakaian ku masa tu untuk apa??Untuk bergaya je la..Jauh sekali untuk pikat lelaki?Aku hanya memikirkan fesyen jer tanpa niat untuk pamerkan batang tubuhku.Masa tu didikan agama hanya di sekolah dan sedikit di rumah itupun kerana mengaji Quran dan mak yang ajarkan.Kalau masa PE(Jasmani) aku hanya berseluar pendek rambut ikat tocang je.Sah masa tu budak lelaki amik kesempatan jamu mata..tapi aku tak sedar…naya je aku kan?
Selepas sekolah aku banyak habiskan masaku menjadi guru sementara di daerah Grik.Aku mengajar di SK Air Ganda.Anak anak muda di kampung itu memang kaki skodeng!
Aku tinggal bersama seoarang guru sementara bernama Faridah.Tiap malam kami selalu berbual hal peribadi.Jadi macam -macam topik la setiap malam kami bualkan.Masa tu belum ada internet kalau tak tentu dok ngadap tenet je la keje!Tanpa kami sedar ada dalam 12 orang kaki skodeng kat bawah rumah kami.Mungkin dah lama depa ni buat keje skodeng ni hingga suatu malam kes ini disedari oleh kawan aku yang sempat menyuluh mereka dengan lampu suluh.Bertempiaranlah mereka lari dengan keadaan selimut telanjang.Hampa tau tak cemana selimut telanjang tu?Dia tarik kain pelikat ke atas macam pocong!hahhahha…ramainya skodeng kami….aku tak marah sebab mereka normal dan sebagai peminat cikgu hahahha!Seb bek mereka tidak ada niat tidak baik untuk ‘rape’kami ke..kalau tak nayaaaa…

Kira masa tu aku bebas jer nak pakai apa tanpa ada sesiapa menghalang walau ayah dan mak strict tapi bab berpakaian melantak jer.Nasib baik aku tidak kaki layan ‘jantan’ masa tu.Aku langsung tak de keinginan nak bercinta yang aku tahu nak study je masa tu.Konon pandai sangatlah pada hal cuma dapat masuk maktab jadi guru je..hahhaha!
Bila menjejak kaki jadi student kat maktab Perguruan Ilmu Khas KL aku masih serba salah nak pakai tudung ke tidak.So jadi masa tu jap pakai jap tidak.Serba salah sebab hati memang tidak suka langsung pakai tudung.Aku rasa aku lebih cantik jika tidak pakai.berkawan plak dengan budak Cina.Habis kawan Cina aku kata aku ni sebagai the hidden beauty..apa lagi rasa betul juga kata mereka!Tak pernah fikir langsung bab dosa tidak menutup aurat masa tu.Syok pulak orang puji kata cantik..haaha budak pompuan kan syok dipuji???
Aku suka menyanyi dan menari hingga terbawa bawa sampai sekarang hobi ni!Apa lagi masa di maktab join dengan badan budaya maktab.Kehulu kehilir lah dengan drama dan teater.namun kalah di peringkat Daerah…hahhah.memang kaki aerobik masa maktab dah memang suka menari.Terbawa bawa hingga kini ajar budak prasekolah menari plak…heheh!
Yang pelik aku tidak ada hati untuk bercinta dengan sesiapa pada masa itu.Aku pernah dapat surat cinta dan ajak date!Ingat lagi nama lelaki malang tu Radhi.Orangnya cute kira hensem la tapi aku tolak dengan lembut.Bab dating ni aku takut sebab ayah aku tu strict sangat.Pernah aku dapat surat cinta dengan gambar lelaki .Abis ayah aku bakar lepas tu abunya ditabur atas tanah…sedih tau..

Masa maktab aku agak sosial tetapi langsung tidak layan date hingga aku ketemu dengan seorang yang bernama Ghazali orang Ketereh Kelantan.Syok kisah dengan Ghazali ni.Mula kenal dalam bas sebab bas dia rosak tumpang bas aku.Aku memang tak suka duduk bersebelahan dengan lelaki sebab aku ni pemalu masa tu dan tak suka beri chance untuk lelaki bercinta denganku.Heran betui aku langsung tidak memikirkan fasal kawin masa tu sah…sebab aku takut “beranak” hahahha!Betul paling aku takut ialah beranak…ngeri mungkin ramai anak gadis sekarang yang berfikiran macam aku..sah jd andartu nanti…hahhaha!Soal sex aku letak tepi langsung sebab kurang pendedahan.Aku dikira baik dan bersih bab ini masa tu.Sesuci embun pagi la katakan..

Ghazali hensem dan cute.Dia serba salah bila dicabar oleh kawan-kawannya duduk sebelah aku!Dia anggota TUDM.Puas merayu minta nak duduk sebelah aku.Bila duduk mula adegan interview…mesra juga aku dengan dia!Punya gentlemen dia tolong angkat beg aku yg sarat sebab mak dan ayah bekalkan buah buahan masa tu sah berat!Dia carikan teksi untukku balik ke maktab.Sempat tulis no fon dia atas tapak tangan dia yang gagah tulis dan nak sangat beri no fon….aku masih jual mahal…

Sejak itu hubungan dengan Ghazali bermula…bila saling berhubung melalui telefon publik hahahha masa tu mana ada hand phone lagi daa!!!!Kalau ada pun yang jenis besar dan panjang…geli tengok…Bibit centa bermula…Aku dan Ghazali sempat perkenalkan seorang kawan hingga mereka bertemu jodoh.Ghazali kenalkan kawannya bernama Fuad dan kawan aku bernama Zaiton.Hingga keduanya berkahwin dan beranak pinak hingga sekarang menetap di Kelang. Hingga kini aku kehilangan Ghazali tanpa berita.Aku harap jika dia terbaca blog aku ini dapatlah hubungi dia semula.Bukan apa cuma ingin tahu kisah kawan lama kita.Bukan nak ganggu hidup dia!Dengar kabar dia sambung belajar dah naik pangkat apa entah itu pun aku tahu melalui Zaiton dan Fuad.
Zaiton dan Fuadpun aku dah kehilangan mereka di dunia ini!Bukan matilah…tetapi lost contact!Harap kesemua mereka dapat menghubungi aku yang rindukan kawan-kawan lama ni….bersambung….