Kisah Medical Check Up Plak Dah!!!

SMILE!!!! – I found this at Hannan’s blog 🙂

Teacher: What do you want to become?

Little Johnny: Doctor !!!! ( ooo yessss) hehehe

Teacher: Why?

LittleJohnny: Coz its the only profession where u can tell a woman to take off her clothes and ask her husband to pay for it.

SMILE ! Just a stupid JOKE. No worry, I never had such intention 🙂

Pengalaman Lawa:
Semasa buat 1st.time medical check up masa tu di Hospital Baling Kedah.Ada sorang doktor muda,kebetulan nama dia Dr Hannan!hemsem plak tu.Ada ke patut dia suruh lawa selak baju tinggi-tinggi hingga nampak seluruh bahagian atas… dan lepas tu minta disingkap kain hingga ke paras…aaauuwww maluuu la doctor!! Tolong laa I malu u buat macam ni??Alaa it’s ok u kene buat apa I suruh tau…tak mau!tak mau!tak mau!Tapi buat juga apa dia suruh..
aduh lawa rasa dipermainkan masa tu!Mentangla aku ni putih gebu..dia buat macam tu…Tak mahu buat dia kata nanti I tak buat pengesahan medical check up u!!!Serba salah tau masa tu…dah dia doktor main ikut jer laa..hahahhaa..silap aku tak ngurat jer doc tu…seb bek aku masih skema masa tu…kahkahkah!!emmm..sepatutnya lawa kene ask him to do the same things..baru yer!!Pastu suruh nurse semua keluar bilik!!!hahaaha!!Dapat patient yg daring sama baru doktor terkezuuut???

Hannan aku tau dia tak der niat macam tu …dia berkhidmat demi negara dan begitu juga semua doktor yang lain….jet sket ni!!
Hingga kini masih teranya-tanya betul ke prosidur semasa medical check up macam tu?Sila para doktor dan bakal doktor dan mangsa yg pernah buat medical check up tampil menjawab persoalan ini??Yang lawa tau sekarang ini cuma check biasa biasa jer dan buat X ray pastu balik!

Aauuuuwww aku ni sejak azali orang suka ‘bully’ uuuwwaaa…..!!!!
*************************************************************************************

Sambungan….
Cerita di atas sebenarnya banyak telah ditokok tambah.cerita sebenarnya gini..
Lawa sebenarnya melawan Doktor tu dan buat degil..sebab kawan-kawan lain tidak disuruh selak kain dan baju pun!Lawa cuma singkap sedikit sahaja!Amik syarat kata orang sebab lawa memang degil kahk!kah!lagipun dia bukan nak buat pemeriksaan badan pun sajejer nak kenekan lawa…Lepas tu lawa terus merapatkan diri dengan Doktor hannan dan menarik leher baju dia!Paaang!!!!Satu penampar hinggap di pipi doktor muda itu…Doktor hannan merayu. ‘jangan apa apakan saya lawa..tolong jangan diapa-apakan saya!Saya merayu..lawa nak apa ambillah..pisau bedah?Gunting?lampu?Baju doktor?Stathoscope?Meja bedah?Ambillah asal jangan apa apakan saya…!!!’Merayu Dr.Hannan lagi.Masa tu lawa dengan rangginya berdiri dan menerkam Dr.Hannan dan satu flying kick sahaja Dr Hannan rebah ..kalah di tangan lawa!Sebijik macam Mr.n Mrs Smith punya filem.Huh! Lawa menang dan sebelum keluar bilik dia…sempat warning dia..sambil berkata, ‘This is my card…hubungi saya jika anda perlukan seorang body guard!Kah!kah!kah! masih kategori fiksyen ni…Jangan betulkan TV set anda..

LELAKI IDAMAN WANITA-SILA PASTIKAN APAKAH ANDA SEBAGAI LELAKI ADA CIRI-CIRI INI???

Lelaki idaman wanita:

Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.Tapi sukar juga sebab kdg dia cemburu sebab sayang sangat!Penin gak ni kdg syok tengok masa dia jeles nampak nakal..cute!Geram..
Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
Lelaki yang punya pendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
Lelaki yang kemas dan bersih.
Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.
Lelaki yang bersuara:
Lunak dan romantis serta manja macam merengek gitu!
Lelaki yang tidak cerewet:
Menghormati perempuan dan tidak bermusuh dengan perempuan,malah menganggap semua perempuan adalah kawan tanpa pilih bulu!
Lelaki berminat dengan seks:
Jika tidak berminat dengan seks mungkin dia tidak normal!Jika dia gemar seks maknanya dia masih normal.Perempuan suka lelaki yang pandai berasmara!

Kita tidak ubah macam cerita masam masam manis…


maaf teman kadang aku jadi over dos dalam membalas mesejmu..
jari jemariku sepantas idea yang muncul dalam fikiranku..
akalku belum sampai tetapi mesejku tiba dahulu..
sepantas kilat jariku menaip laju..
aku tahu kau tidak senang melihat kenakalanku macam tidak punya akal kan?
aku tahu marahmu juga tiada sempadan bila kerasnya kau hamburkan kata-kata kesat
sebagai hadiah dan denda di depan khalayak..
aku ibarat budak-budak yang dimarahi depan khalayak..
aku tidak boleh terima marahmu di khalayak..
kerana prinsipku tidak akan marah bergaduh depan khalayak
aku akan terima jika teguranmu bertempat..
memang bertempat teguranmu,tetapi marahmu tidak bertempat..di khalayak sayang!
bila kita mulai saling memadam mesej..aku padam kau tulis,padam.kau tulis!!
padam!kau tulis!Hingga berkali -kali..
aku sempat tersenyum lagi masa tu..walau ketika itu marahmu masih menggelegak dan hatiku sedang terguris,namun aku masih boleh tersenyum hambar..
Inilah dugaan hidup berblog…antara kawan dan lawan,sayang kawan sayang lawan!
Tika marahmu tidak berpandu,jari jemarimu juga hilang kawalan..terbabas
Sama seperti tika aku sedang over dos aku juga hilang kawalan!!!
Esok aku akan ke workshop untuk repair apa yang tak kena..
‘Pomen’ lah aku kawan…

Bila aku minta untuk dipomen..wah mesti dapat respon dari aktivis pomen!
Cuma permintaanku kalau nak pomen aku..masuklah ke workshop aku dalam tiraihidup ini kawan..jangan pomen aku di khalayak..di premis orang lain!Seolah macam aku hendak dimalukan sahaja,atau sengaja hendakkan publish skemamu dan kenotianku.Maaf pakar bahasa,hamba ini jenis kelakar cuma.Jika jadi senssitiviti pakar bahasa harap maaf!Terima kasih buat semua yang pedulikan lawa dan tingkahlaku lawa.Tegurlah tapi …please la jika boleh direct kat empunya tubuh!
Aku terima teguran walau nampak macam aku nak debat jer bela diri konon..tapi aku jenis cool kawan.Terima kasih buat Jie,Norz,combi.budin dan terkini Mat Over!!
harap Mat Over marilah kita berdamai dan jadi kawan lawa ok.Aku terima nasihatmu Mat Over….rajinlah masuk sini pomen apa yang patut.Servismu diperlukan…

Sambungan kisah semalam….

Setelah aku dan Ghazali perkenalkan Zaiton dan Fuad,aku masih tidak nampak apa-apa perubahan pada Zaiton.Kami tinggal di Taman Cantik dekat Cheras pada masa itu.Dalam rumah itu semua geng bujang ada 8 semuanya.Cuma kebelakangan nampaknya si Zaiton dah mula berani keluar seorang diri.Pada hal sebelum ini aku lah yang sering menemaninya jika hendak keluar ke KL!Zaiton begitu berdisiplin dan agak warak jika dibanding antara kami.Yang paling rock ketika itu sahehlah aku dan yang lain.
Kami memang kaki menari dan rumah itu dah jadi pusat aerobik!Cuma Zaiton walau dia bestfriend aku dia tetap memakai tudung labuh sedangkan aku masih tidak tentu arah lagi ketika itu!Aku dan beberapa orang kawan lagi sungguh nakal ketika itu asal saja ada kawan yang disyakki hendak dating tetapi masih berahsia rahsia siap!!!!Aku dan geng aku sanggup ikut dengan menaiki bas lain ke bandar!Kami intai dari jauh dan sanggup buang masa demi mengintai kawan!!Nakal sungguh aku ketika itu.Selepas mengetahui memang dia keluar dengan Fuad,si Ghazali pulak mengajak aku keluar dengannya.Selepas itu kami berdua berpakat elok keluar berempat….Namun aku tidaklah senakal Budin yang suka mencuba untuk kiss kali pertama??Kuang3X.malah nak pegang tanganpun aku segan..cuma sekadar berbual.Baiknya akuuuuu!!!Korang percaya ke tak??Percayalah aku anak yang baik dan taat pesanan ibu -bapa..semua itu aku tak buat .. semuanya berlalu begitu sahaja…hanya tinggal kenangan!

Kira kami ni jenis agak nakal namun kami masih suci…tidak ada seorang pun yang pernah bersentuhan dengan lelaki ketika itu kecuali tersentuh!Jeng !jeng!jeng!
Masih ku ingat ketika itu ada seorang kawan serumah aku bernama Normah Hamjah orang Banjar berasal dari Sungai Sumun bagan Serai Perak.Dia ni asyik dating dengan tunangannya je ketka itu.jeles juga kami melihat kemesraan mereka tu…Dengan dia juga aku telah terputus hubungan!Harap dapat suatu hari nanti aku bertemu Normah!Entah dah berapa anak dia agaknya…

Ini kes aku jogging di kawasan kubur…Masih ku ingat aku sering beranikan diri bersama seorang lagi teman .Kami sering memerhati satu kuburan Christian berdekatan dengan Taman Cantik.Satu pagi aku dan seorang kawan ‘jogging’di perkuburan itu..memang aku ni gemar alam mistik sebab itulah suka sangat dengan kawasan kubur!Kami berjalan dan sekejap berlari anak di celah celah kuburan Christian itu sambil membaca apa sahaja yang ditulis di setiap nesannya.Ada kes pasangan yang mati kerana terhempas kapal terbang dan bermacam kes lagi.Aku amati setiap gambar mereka yang telah meninggal itu satu persatu tanpa berkelip mata…terasa macam wajah wajah pada kuburan itu tersenyum dan gambar mereka kelihatan masih baru!
Kami melalui celah celah kuburan itu terasa macam melalui perkuburan Zombi.Tetiba aku teringatkan zombi apa kata jika hantu hantu itu menarik kakiku..huh jenuh aku dan kawanku berlari semakin ke tengah kawasan perkuburan.Kami semakin jauh ke dalam kawasan itu!Rupanya kawasan itu sungguh luas semakin jauh ke dalam!Dengan tidak semena mena aku terbau sesuatu yang sungguh wangi menusuk hidung kami!Mula ingat aku sahaja yang terbau…rupanya kawanku juga turut menyedut wangian itu!Apa lagi????kami berlari pantas tanpa menoleh kebelakang!Cabuuuuuutttt!!!Bila berlari patah balik kami tidak nampak satu kelibat manusiapun melintasi kawasan itu ..maknanya bau wangi itu datang dari mana????Lariiiiii!!!!!!Aku rasa perkuburan itu masih ada lagi di Cheras kan?Takkan kubur orang nak ubah ganti pembangunan pulak kan?

Ada satu lagi kisah semasa berada di Chow Kit Road bersama seorang teman aku pernah terserempak dua orang budak lelaki dan perempuan yang memerhatikan aku dan kawan aku.Ada kelainan pada mata mereka.Nak tahu apa…bulu mata keduanya panjang sepanjang 1.5cm!dahsyatkan???Akhirnya kedua beradik bersama nenek mereka hilang begitu sahaja di celah kesibukan orang ramai.

Kisah seterusnya ialah kisah aku yang berani menaiki bas dari hentian Pudu Raya seorang diri.Bila tiba di Pudu Raya,kebetulan bas itu memang akan pergi ke Bandar Tun Razak dan melalui Jalan Cheras,jadi aku beranikan diri bertanya dan menumpang naik bas tersebut hingga sampai di Cheras.Semasa berada di dalam bas tiba -tiba aku jadi ketakutan sangat.Masa tu hanya aku bertiga dengan pemandu dan seorang lelaki lagi.Dalam keadaan begitu aku teringat jika mereka mengapa-apakan aku tentu tidak siapapun yang boleh menolong…aku rasa sungguh menyesal kerana berani menaiki bas seorang diri.Sepanjang dalam bas aku berdoa..Ya Allah selamatkan lah aku…tidak putus -putus mulutku kumat kamit membaca doa.bayangkanlah…ngerinya aku jika sesuatu yang tidak diingini berlaku!
Akhirnya alhamdulillah aku selamat sampai dan mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua.Nasib masih menyebelahiku rupanya.Bila ada kes gadis yang kene rogol dan bunuh lantas mengingatkan aku peristiwa itu! Sesungguhnya sikap berani memang ada dalam diriku.Seperti kata Budin aku kadang bertindak macam tak menggunakan akal…hahahhaha…sejak azali.Main buat jer…masa teringin..tak fikir padahnya…padan muka aku!!Lepas selamat dari mulut drebar bas…aku kena hadapi anjing yang menyalak sepanjang jalan ke rumah sewaku.Aduh…keadaan masa tu masih gelap kira -kira pukul 4.30 pagi.Bas yang ku tumpangi sampai agak awal.Seram sungguh berjalan seorang diri ketika itu.Aku menyesal je kerana menumpang bas tadi…sumpah aku tak ulangi dah perkara yang sama.Semoga anak anak gadis janganlah terlalu berani macam aku dulu…berani tak bertempat!kah..kah kah..

Bersambung….

Kenangan Lama Bermain Di Hati….

Masa lampau aku,aku masih ingat betapa masa tu mak dan ayah sangat strict seolah kawasan rumah jika ada penceroboh pasti akan ditembak jika lalu.Aku memang la gadis yang ‘cute’dan lincah masa tu.Suka berkawan dengan semua orang tidak kira lelaki ke perempuan!Tudung memang sah tak pakai.Kalau di rumah cuma berseluar pendek.Rambut pulak panjang hingga ke paras ponggong.Kulitku putih gebu macam Mat gebu dan berbadan kecil.Kemana pergi aku lebih senang melepaskan rambutku terburai mencecah ponggong.Ramai lelaki bersiul ayunya…..kalau keluar ke pekan memang sah pakai seluar panjang atau berskirt pendek dan terbelah di tepi.Yang herannya aku langsung tidak tahu semua pakaian ku masa tu untuk apa??Untuk bergaya je la..Jauh sekali untuk pikat lelaki?Aku hanya memikirkan fesyen jer tanpa niat untuk pamerkan batang tubuhku.Masa tu didikan agama hanya di sekolah dan sedikit di rumah itupun kerana mengaji Quran dan mak yang ajarkan.Kalau masa PE(Jasmani) aku hanya berseluar pendek rambut ikat tocang je.Sah masa tu budak lelaki amik kesempatan jamu mata..tapi aku tak sedar…naya je aku kan?
Selepas sekolah aku banyak habiskan masaku menjadi guru sementara di daerah Grik.Aku mengajar di SK Air Ganda.Anak anak muda di kampung itu memang kaki skodeng!
Aku tinggal bersama seoarang guru sementara bernama Faridah.Tiap malam kami selalu berbual hal peribadi.Jadi macam -macam topik la setiap malam kami bualkan.Masa tu belum ada internet kalau tak tentu dok ngadap tenet je la keje!Tanpa kami sedar ada dalam 12 orang kaki skodeng kat bawah rumah kami.Mungkin dah lama depa ni buat keje skodeng ni hingga suatu malam kes ini disedari oleh kawan aku yang sempat menyuluh mereka dengan lampu suluh.Bertempiaranlah mereka lari dengan keadaan selimut telanjang.Hampa tau tak cemana selimut telanjang tu?Dia tarik kain pelikat ke atas macam pocong!hahhahha…ramainya skodeng kami….aku tak marah sebab mereka normal dan sebagai peminat cikgu hahahha!Seb bek mereka tidak ada niat tidak baik untuk ‘rape’kami ke..kalau tak nayaaaa…

Kira masa tu aku bebas jer nak pakai apa tanpa ada sesiapa menghalang walau ayah dan mak strict tapi bab berpakaian melantak jer.Nasib baik aku tidak kaki layan ‘jantan’ masa tu.Aku langsung tak de keinginan nak bercinta yang aku tahu nak study je masa tu.Konon pandai sangatlah pada hal cuma dapat masuk maktab jadi guru je..hahhaha!
Bila menjejak kaki jadi student kat maktab Perguruan Ilmu Khas KL aku masih serba salah nak pakai tudung ke tidak.So jadi masa tu jap pakai jap tidak.Serba salah sebab hati memang tidak suka langsung pakai tudung.Aku rasa aku lebih cantik jika tidak pakai.berkawan plak dengan budak Cina.Habis kawan Cina aku kata aku ni sebagai the hidden beauty..apa lagi rasa betul juga kata mereka!Tak pernah fikir langsung bab dosa tidak menutup aurat masa tu.Syok pulak orang puji kata cantik..haaha budak pompuan kan syok dipuji???
Aku suka menyanyi dan menari hingga terbawa bawa sampai sekarang hobi ni!Apa lagi masa di maktab join dengan badan budaya maktab.Kehulu kehilir lah dengan drama dan teater.namun kalah di peringkat Daerah…hahhah.memang kaki aerobik masa maktab dah memang suka menari.Terbawa bawa hingga kini ajar budak prasekolah menari plak…heheh!
Yang pelik aku tidak ada hati untuk bercinta dengan sesiapa pada masa itu.Aku pernah dapat surat cinta dan ajak date!Ingat lagi nama lelaki malang tu Radhi.Orangnya cute kira hensem la tapi aku tolak dengan lembut.Bab dating ni aku takut sebab ayah aku tu strict sangat.Pernah aku dapat surat cinta dengan gambar lelaki .Abis ayah aku bakar lepas tu abunya ditabur atas tanah…sedih tau..

Masa maktab aku agak sosial tetapi langsung tidak layan date hingga aku ketemu dengan seorang yang bernama Ghazali orang Ketereh Kelantan.Syok kisah dengan Ghazali ni.Mula kenal dalam bas sebab bas dia rosak tumpang bas aku.Aku memang tak suka duduk bersebelahan dengan lelaki sebab aku ni pemalu masa tu dan tak suka beri chance untuk lelaki bercinta denganku.Heran betui aku langsung tidak memikirkan fasal kawin masa tu sah…sebab aku takut “beranak” hahahha!Betul paling aku takut ialah beranak…ngeri mungkin ramai anak gadis sekarang yang berfikiran macam aku..sah jd andartu nanti…hahhaha!Soal sex aku letak tepi langsung sebab kurang pendedahan.Aku dikira baik dan bersih bab ini masa tu.Sesuci embun pagi la katakan..

Ghazali hensem dan cute.Dia serba salah bila dicabar oleh kawan-kawannya duduk sebelah aku!Dia anggota TUDM.Puas merayu minta nak duduk sebelah aku.Bila duduk mula adegan interview…mesra juga aku dengan dia!Punya gentlemen dia tolong angkat beg aku yg sarat sebab mak dan ayah bekalkan buah buahan masa tu sah berat!Dia carikan teksi untukku balik ke maktab.Sempat tulis no fon dia atas tapak tangan dia yang gagah tulis dan nak sangat beri no fon….aku masih jual mahal…

Sejak itu hubungan dengan Ghazali bermula…bila saling berhubung melalui telefon publik hahahha masa tu mana ada hand phone lagi daa!!!!Kalau ada pun yang jenis besar dan panjang…geli tengok…Bibit centa bermula…Aku dan Ghazali sempat perkenalkan seorang kawan hingga mereka bertemu jodoh.Ghazali kenalkan kawannya bernama Fuad dan kawan aku bernama Zaiton.Hingga keduanya berkahwin dan beranak pinak hingga sekarang menetap di Kelang. Hingga kini aku kehilangan Ghazali tanpa berita.Aku harap jika dia terbaca blog aku ini dapatlah hubungi dia semula.Bukan apa cuma ingin tahu kisah kawan lama kita.Bukan nak ganggu hidup dia!Dengar kabar dia sambung belajar dah naik pangkat apa entah itu pun aku tahu melalui Zaiton dan Fuad.
Zaiton dan Fuadpun aku dah kehilangan mereka di dunia ini!Bukan matilah…tetapi lost contact!Harap kesemua mereka dapat menghubungi aku yang rindukan kawan-kawan lama ni….bersambung….

SAH ATAU TIDAK JIKA BERNIKAH SEMASA HAMIL ANAK LUAR NIKAH??

RAMAI YANG BERTENGKAR HINGGA RIUH RENDAH TAK TAHU YANG MANA SATU BETUL? HARAP ADA USTAZ YANG ARIF TOLONG PERBETULKAN PERKARA INI.

KES 1: SEORANG GADIS HAMIL ANAK LUAR NIKAH,TETAPI MENERUSKAN PERNIKAHAN DENGAN LELAKI YANG SAMA TANPA PENGETAHUAN PIHAK KADHI.PERKARA INI DIRAHSIAKAN BIMBANG TAKUT MALU BESAR!SAH ATAU TIDAK PERNIKAHAN INI???

KES 2:SEORANG GADIS HAMIL ANAK LUAR NIKAH DAN BERNIKAH DENGAN ‘PAK SANGGUP’.SAH ATAU TIDAK PERNIKAHAN INI?

KES 3: KEDUA PERNIKAHAN DI ATAS DI TERUSKAN HINGGA MEREKA BERANAK PINAK DAN APAKAH SI BAPA BOLEH MENJADI WALI JIKA ANAK-ANAK PEREMPUANNYA PULA YG AKAN BERNIKAH?ADA PENDAPAT MENGATAKAN PASANGAN INI PERLU MENIKAH(AKAD NIKAH SEMULA) DAN ANAK ANAK YG LAHIR SELEPAS ITU TIDAK BOLEH DIWALIKAN OLEH SI BAPA MELAINKAN SI BAPA TELAH DIPERBETULKAN(NIKAH SEMULA)!JIKA TIDAK TERPAKSA MENGGUNAKAN WALI HAKIM!

TOLONG LAH JAWAB SESUNGGUHNYA PERKARA INI BANYAK TERJADI DALAM MASYARAKAT KITA DAN SIAPA YANG BERANI TAMPIL BETULKAN PERKARA INI AKAN MENDAPAT PAHALA BESAR….!!!

Yang mana pilihan anda???

Susahnya kalau kawan dengan….
1)PENERBIT-asik nak terbit je keje dia pastu suruh orang tengok tv kalau tak tengok majuk….hehe
2)CHEF– asik beri resepi dan gambar makanan lazat hingga lari habis dietku!!!
3)WEBMASTER-Asik beri Url…url suruh masuk tengok dan komen website dia…tak komen majukkk!!
4)BLOGGERS-asik suruh masuk blog dia kalau tak masuk lama sah …majuk kata kita tak mau kawan dah
5)JURUGAMBAR-Asik beri url photopages dia..pastu suruh komen hasil keje dia ..tak komen majuk juga!!
6)DOKOR GIGI-asik nak goyang-goyang cabut…tak suka tau..
7)ASKAR-asik nak ajak lawan tembak…myampah!
8)BOMBA-asik nak ajak main bomba bomba sikit sikit pancut air…x sker aa!!
9)CHATTERS- Asik ajak masuk cenel dia atau ajak YM hingga naik penin dan abis idea nak chat!
10)DOKOR HAIWAN-Asik tanya kucing u dah baik??Bukan tanya kita dia tanya kucing jer..
11)DJ-Asik nak buat pengumuman penting barang hilang,anak hilang macam -macam boring!
12)GURU– yang ni ok bangat kerana selagi kita tak faham dia siap jelas hingga faham siap dengan praktikal lagi..hehehhe!

Ceria Di Hari Raya Idul Adha…


ni parents budak budak tu anak sedara saya yg meriuhkan suasana rumah saya.Anis si kakak tu anak orang kelate..anak susuan adik ipar saya!Yg herannya muka anis seiras muka saya kan??

Mereka ceria di Hari Raya…lihat mata mereka sama macam mata lawa??

Dera Budak Kecil????

Kanak-kanak ini ditinggalkan oleh papa dan mama dia kerana mamanya menemani bayi kecil(adik kanak-kanak ini)kerana jangkitan Kuning.Haahahahha apa lagi adik lawa dan lawa yang memang sukakan budak kecik ambil peluang ini!Cuba tengok kami buat budak ni jadi Trojan!Sah si lawa jurukamera episod ini!Sampai nangis budak ni kami bully!!SSSShhhh tolong jangan ‘report’ tali dera ok???

Sebenarnya budak ni anak jiran lawa hikhik..rumah kami dah jadi nursery untuk ibu-ibu yang sibuk nak shopping dan sebagainya!Sah aku tak boleh layan blog camni!!!

Gadis Sunti OKU….dialah anak muridku dulu..

Ini gambar Alia salah seorang bekas anak didik lawa.Sebenarnya prasekolah kerajaan tidak boleh menerima kanak-kanak kurang upaya seperti Alia.Mereka hanya akan ditempatkan di kelas prasekolah pendidikan khas setelah menjangkau umur 7 tahun.Guru Besar menerima pendaftaran Alia untuk dimasukkan ke kelas lawa ketika itu.Gambar gadis di sebelah Alia itu ialah kakaknya Munirah yang begitu sayangkan adiknya.Munirah sanggup setiap hari menemani adiknya di kelas lawa ketika itu.Kini Alia sudah berusia 10 tahun.Sungguh terkejut lawa melihat anak ini sudah bergelar gadis sunti dan comel sekali!Orang senasib seperti Alia akan mendapat bantuan dari Kebajikan Masyarakat!Kalau tidak silap Daklan ada letakkan cara-cara mendapatkan bantuan dalam blognya!Eemm check it out…!!